Port Tengok Kapal Terbang Landing Di Jalan Pekeliling KLIA2 Ditutup Selepas Viral Dikunjungi Ramai

Share

Agak ramai yang tahu tentang port best tengok kapal terbang mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA 2).

Cuma waze Jalan Pekeliling 2, korang yang nak tengok kapal terbang betul-betul atas kepala macam dekat airport Miami dan kemudian rakam momen tu, boleh port di sini.
Bahkan ramai yang syer coordinate kat google map, confirm sampai tepat di tempat lepak ni.

Lokasi : 2°42’34.9″N 101°43’13.0″E

Jika sebelum ini tempat port tepi jalan ini agak sunyi, namun ianya mulai viral selepas ia disyerkan di Tik Tok. Sekaligus menjadikan lokasi ini agak sesak dengan orang ramai tidak kira masa (biasanya jam 4 petang ke atas dan di hujung minggu) hingga dilihat mula membahayakan nyawa orang ramai yang berdiri di pinggir jalan semata-mata untuk melihat kapal terbang landing betul-betul di atas kepala.

Kawasan ini mula sesak dengan orang ramai hingga dianggap membahayakan nyawa kerana suasana di sini sudah seperti pasar malam. Agak sesak dan dipenuhi orang ramai termasuk di bahu jalan.

 

Kawasan ini asalnya sunyi sepi. Tak banyak kenderaan pun tapi selepas PKP ia mulai viral dan dipenuhi orang ramai tak kira masa.

Bimbang situasi buruk yang mungkin terjadi tidak kira masa (segalanya mungkin termasuk pesawat mungkin terbabas) sekaligus ia boleh membahayakan nyawa ramai orang dapat dilihat Jabatan Bomba dan Penyelamat KLIA, Sepang meletak kon plastik sementara di lokasi berkenaan.Tindakan ini sekaligus menutup ruang parker tepi jalan yang digunakan orang ramai meletak kenderaan sebelum ini.

Jadi bagi korang yang masih bercita-cita nak “tunjuk” kapal terbang atau nak merasa kapal terbang lalu atas kepala, abaikanlah ya kerana port best lepak ini sudah ditutup.

Boleh tengok perkongsian di bawah ini di mana pihak kontraktor sudah menutup ruang parking ini sepenuhnya selepas itu.

Oleh
almaswa Haji Che Ros