Kalau bercerita pasal perkhidmatan teksi di sekitar Kuala Lumpur (KL) ni, memang bertimbun-timbun cerita yang boleh kita dengar. Tapi masalahnya, cerita yang kita dengar tu kebanyakkannya bukan cerita yang boleh dibangga-banggakan sangat. Banyaknya cerita sumpah seranah pelanggan yang pernah menggunakan perkhidmatan teksi di KL.
Anda tak percaya? Cuba cari cerita berkaitan dengan teksi Malaysia di laman-laman sosial dan baca komen wargamaya yang pernah menggunakan khidmat teksi. Daripada beribu-ribu komen, boleh kata semua menyumpah seranah pemandu teksi. Ada yang kata pernah kena sembelih, ada yang kata suka mencarut, ada yang kata baran, ada kereta berbau dan tak selesa.
Saya boleh bilang pakai jari, daripada 10 komen, mungkin ada satu saja yang memuji sesetengah pemandu teksi yang betul-betul jaga perkhidmatan beliau kepada pelanggan. Untuk pemandu teksi yang jaga kualiti dan imej teksi, saya ucapkan terima kasih dan salam hormat pada anda.
Gambar hiasan.
Tapi pemandu teksi yang mencemar imej menjatuhkan maruah ni macam mana? Dah la diorang yang antara menjadi muka depan negara menyambut kedatangan pelancong-pelancong dari luar negara. Sedangkan warganegara sendiri pun dah pangkah naik teksi sebab kene sembelih, anda bayangkan pula dengan pelancong asing, rasa-rasanya macam mana?
Isu ini lah yang menjadi kemarahan kepada saudara Mohd Faiz Hashim dalam satu hantaran di laman sosial Facebook beliau. Melalui daripada pengamatan, saudara Faiz ni pun pemandu teksi tetapi beliau kecewa dengan sikap segelintir kawan-kawan teksi yang lain hingga mencemar dan memberi persepektif buruk kepada perkhidmatan teksi di negara kita.
Menurut saudara Faiz, sikap tidak jujur dengan tidak menggunakan meter dan berlagak samseng membuatkan pelanggan lari dari terus menggunakan khidmat teksi dan beralih kepada menggunakan khidmat e-hailing.
Ads
Faiz turut berkata bahawa baru-baru ini beliau ada membawa sekumpulan pelancong asing yang di’sembelih’ oleh pemandu teksi di KL dengan harga yang tidak masuk akal. Cerita daripada pelancong asing tersebut, dek kerana salah seorang dalam kumpulan mereka OKU, mereka terpaksa mengambil teksi berkenaan sekalipun ditawarkan harga yang merepek dan tidak menggunakan meter.
Ads
Sikap semacam ini lah yang membuatkan penumpang lebih suka naik Grab berbanding teksi. Tapi bila orang awam pilih Grab, ada pemandu teksi yang marah.
Antara lokasi hotspot pemandu teksi ‘kaki sembelih’ penumpang yang perlu anda berjaga-jaga selepas ini;
Ads
Depan Petaling Street Teksi yang bersidai luar Klcc Segelintir yang bersidai luar pavilion. Depan arab street Depan Time Square. Sepanjang jalan Bukit Bintang depan KFC hingga Federal hotel.
Saudara Faiz juga sempat menyampaikan kepada semua bahawa cara mudah untuk anda mendapatkan teksi bermeter adalah dengan menggunakan aplikasi GrabTaxi. Anda ada pilihan untuk menggunakan teksi bajet atau eksklusif bergantung kepada selera anda yang mana. Lebih menyakinkan adalah pemandu teksi yang menggunakan aplikasi ini akan mematuhi standard yang ditetapkan kalau tak mahu disenaraihitamkan kerana tidak mengikut undang-undang.
Akhir kata, kepada pemandu teksi, sebelum anda harapkan bantuan daripada sesiapa, apa kata anda bantu perniagaan anda dahulu dengan memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan. Dengan izin tuhan, anda boleh mengubahnya.
Gambar hiasan.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Tahun 2020, siapa sangka akan menjadi tahun yang akan paling diingati masyarakat dunia dek wabak COVID-19 yang menyerang hingga meragut ribuan nyawa dalam masa yang singkat.
Tahun 2020 sepatutunya menjadi tahun ‘unik’ untuk menyimpan tarikh istimewa dengan pelbagai agenda menyeronokkan seperti melancong, merantau, bercuti panjang, perkahwinan atau sambutan ulang tahun besar-besaran. Dek kerana itu, sebelum memasuki tahun 2020 lagi ramai yang telah merancang dan menyusun perkara penting yang ingin dilakukan lalu tiket penerbangan terus ditempah.
Malangnya ketika ini, apa jua penerbangan yang ada pilih tidak akan beroperasi buat masa ini terutama di Malaysia. Jika anda memilih penerbangan daripada AirAsia, ini ada perkongsian yang cukup membantu daripada Hafidz Dz cara untuk menukar tarikh baru penerbangan akibat COVID-19.
Memandang aku dah berjaya tukar tarikh penerbangan yang baharu menggunakan AirAsia Virtual Allstar (AVA), so aku share cara2 harap dapat membantu kawan2 yg pm cara nak tukar tu. Sebelum tu pastikan korang dah ada info ni :
1) PNR (no booking 6 aksara)
2) Nama keluarga/Nama ayah (ikut yang kita taip masa beli dulu)
3) Nama penumpang
4) Tarikh lahir penumpang
5) Emel yang dipakai masa beli tiket flight
6) Tarikh & masa yang korang nak tukar tu (jangan masa buat tu baru nk bincang or nak cari detail)
Tiada caj penambahan atau perbezaan harga tambang ye
Bagi yang nak try refund sebab xnaik flight hari ni atau semalam boleh cek gambar last
Semoga dapat membantu sedikit sebanyak disaat kita semua sedang gundah.
*masa dalam screenshot tu berbeza sebab buat banyak kali dari malam td & sy memang xda dapat emel dr AA mengenai cancellation flight..
**flight dalam tempoh 48 jam maybe AVA xboleh buat kena gi ke kaunter
Kawan2 yang rasa post ni bermanfaat untuk kalian please doakan urusan aku untuk tinggal bersama isteri & anak dipermudahkan..amin.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Sesetengah destinasi percutian memerlukan kita menyewa kereta ketika ke sana seperti salah satunya adalah di Pulau Langkawi, Kedah.
Sekiranya anda pergi bercuti secara berkumpulan, sudah tentu anda mahu kongsi sewa kereta beramai-ramai dan memerlukan kereta yang besar untuk menjimatkan kos.
Bila cerita bab sewa kereta ni, ada sesetengah orang yang paranoid kerana ini mungkin kali pertama mereka ingin menyewa kereta. Sebab ada sesetengah kes sewa kereta yang minta deposit tetapi bila tiba hari yang dijanjikan, kereta tiada. Deposit pun burn.
Jadi bagaimana cara untuk mendapatkan kereta yang sesuai, elok dan mampu disewa? Entri Libur kali ini akan cuba membantu anda menjawab persoalan ini. Ikuti tip yang kami sediakan di bawah:
Pilih kereta yang selesa
Tidak perlu pilih kereta yang terlalu besar jika tidak perlu. Paling penting dapatkan kereta yang selesa dan berada dalam keadaan yang elok (sudah diservis dan bersih). Kereta bersaiz sederhana adalah paling sesuai kerana kosnya tidak mahal.
Buat perbandingan
Sangat penting untuk anda mencari maklumat tentang kereta sewa. Pastikan ada beberapa pilihan supaya anda boleh membuat perbandingan. Ini bagi mengelakkan anda daripada ditipu dan pada yang sama dapat menjimatkan bajet percutian anda.
Pilihan di tangan anda
Sesetengah kereta sewa datang dengan pakej bersama pemandu pelancong. Jika harganya terlalu mahal, eloklah anda memandu sendiri. Lebih baik begitu kerana anda tidak terikat dengan jadual pemandu pelancong tersebut.
Elak masalah Bagi memastikan anda terlibat dengan sebarang masalah, sebaiknya periksalah status syarikat kereta sewa tersebut. Pastikan perniagaan mereka sah dan berdaftar. Elakkan menyewa daripada syarikat tidak berdaftar kerana dikhuatiri anda terlibat dengan sindeket kecurian kereta dan sebagainya.
Tanya orang
Jika anda merancang untuk ke destinasi yang pernah dikunjungi orang-orang terdekat dengan anda, lebih baik minta pendapat mereka. Mungkin mereka ada cadangan kereta sewa yang bagus. Anda akan lebih yakin dan urusan menyewa kereta akan menjadi lebih mudah.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Tak lama lagi kita dah nak sambut puasa, dan selepas sebulan daripada tu, kita semua akan bercuti panjang untuk sambut perayaan aidilfitri. Mesti best kan dapat bercuti terutama lagi cuti raya. Dapat jumpa orang tua dan sanak saudara di kampung. Siapa yang tak excited apabila tibanya cuti raya.
Tapi jangan excited sangat nak bercuti tau. Sebelum anda keluar rumah untuk bercuti panjang, pastikan anda buat lima perkara ini dulu.
Cabut plug electrik
Pastikan semua plug elektrik dah dicabut dari socket (kecuali peti ais). Ini untuk mengelakkan berlakunya litar pintas semasa anda tiada di rumah. Satu lagi tip, letak syiling atas air batu dalam peti ais anda. Sekiranya anda balik daripada bercuti seminggu kemudian, syiling tu ada di bawah air batu, maknanya pernah berlaku ketiadaan elektrik di rumah anda dalam jangka masa lama. Maknanya ada barang-barang dalam peti ais anda tidak lagi selamat untuk di makan.
Cabut kepala tong gas
Pastikan kepala gas dicabut dari tong gas. Ini wajib. Cabut terus kepala tong gas, jangan ada dakwa-dakwi lagi. Lebih baik mencegah daripada merawat. Kita tak tahu sama ada akan berlaku kebocoran atau tidak. So pastikan anda cabut semut kepala tong gas yang ada dalam rumah anda.
Tutup paip air
Periksa dan tutup semua kepala paip air (Tutup maincock). Kalau tak tutup, alamatnya beratus la bil air sampai dekat rumah waktu hujung bulan nanti. Lebih-lebih lagi kalau ada kebocoran dalam paip rumah anda. Mana la nak tahu kan? So adalah lebih baik kalau anda tutup terus maincock paip rumah.
Pastikan haiwan peliharaan selamat
Hantar haiwan peliharaan anda ke pet hotel atau tumpangkan di rumah jiran/kawan/keluarga. Jangan sesekali tinggalkan mereka sendirian di rumah. Siapa nak bagi makan, minum dan nak uruskan berak kencing mereka kan? So sebelum rumah anda huru hara apabila balik bercuti nanti, hantar dulu haiwan peliharaan anda kepada penjaga.
Pastikan kawasan rumah selamat
Pasang lampu di kawasan rumah yang gelap adalah antara cara untuk mengurangkan risiko rumah anda dimasuki perompak semasa ketiadaan anda di rumah. Bukan bermakna kalau buka lampu, perompak tak datang terus. Tak. Tapi sedikit sebanyak perompak tak berani nak masuk semberono ke dalam rumah yang terang benderang.
Lima perkara ini tak wajib anda ikut tapi sebagai peringatan untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tak diingini seperti masalah litar pintas, rumah banjir, haiwan mati atau kediaman anda dikotori najis atau dimasuki perompak. Paling takut, berlaku kebocoran gas dalam rumah, kan?
Jadi, malang tak berbau. Sebelum terkena, sediakan payung sebelum hujan.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...