Suka santai-santai nak healing dengan suasana teduh dek kerana pokok-pokok hijau, D’ Impiana Riverview ini port yang pastinya menarik dan mempesonakan untuk anda yang singgah di Lenggong, Perak.
Dengan suasana desa yang nyaman dan cantik pasti membuatkan anda semua teruja menginap disini.
Ada 11 unit Chalet yang membolehkan berkapasiti sehingga 40 orang cukup selesa bagi anda untuk berehat serta bercuti bersama keluarga atau pun aktiviti berkumpulan.
Antara harga bilik yang ada dalam RM160 (1 queen bed), RM 220 (2 queen bed) dan RM 250 (1 queen + 1 single, attached dengan dapur memasak).
Jadi ini cukup mudah bila ada dapur memasak, periuk, kuali, periuk nasi dan kelengkapan masak. Anda hanya perlu bawa bahan mentah sahaja.
Paling menarik dekat sini Chaletnya yang betul-betul di tepi sungai membuatkan kome rasa nyaman dan jangan risau setiap chalet juga terdapat bilik air private dan aircond.
Bukan itu sahaja ada juga kolam yang disediakan untuk anak-anak main air. Kesemua unit yang disewa sudah termasuk dengan breakfast atau sarapan pagi.
Anak-anak memang akan puas mandi sungai. Malam-malam boleh buat aktiviti sendiri selain dari hadap gadget sebab line internet tak berapa stabil. Jadi boleh lah tengok televisyen kat TV atau buat aktiviti lain.
Hotel/chalet ini memang sesuai buat yang suka dengan suasana alam. Deruan air sungai, bunyi unggas, udara yang nyaman dan segar serta persekitaran yang mendamaikan. Landscape yang cantik dan paling penting kawasan hotel, bilik dan toilet bersih. Sesuai untuk family gathering, nak camping tepi sungai, glamping pun ada.
Kira ini port memang healing habis, jadi kena datang puaskan hati sendiri.