Port OOTD Cun Kat Perak! Ladang Bunga Matahari, Tarikan di Bagan Datoh

Share

Sebelum ini ramai ke Thailand untuk melihat kecantikan ladang bunga matahari, seakan menjadi ‘trend’ jika bercuti ke Lopburi sebuah daerah di Thailand. Ketika pandemik ini, mungkin hanya gambar-gambar kenangan di sana yang mampu di ‘throwback’.

Namun sedikit terubat apabila di negara kita juga telah muncul beberapa ladang bunga matahari ‘mini’ yang tidak kurang menariknya. Antaranya ladang bunga matahari yang terletak di negeri Perlis.

Lokasinya berada di Taman Ular dan Reptilia, Sungai Batu Pahat menjadi destinasi pilihan bagi pelancong domestik. Suasana indah berlatarkan panorama Banjaran Nakawan menerusi bukit Sungai Batu Pahat pastinya memukau para pengunjung yang ingin meluangkan masa di sini.

Bagi pencinta bunga matahari, ada lagi lokasi untuk menikmati keindahan flora berwarna kuning jingga tersebut. Anda boleh ke Sunflower Garden Bangan Datoh, Perak sekali gus menjadi lokasi terbaik untuk merakam kenangan sambil dikelilingi pokok bunga matahari yang kembang mekar.

Lokasi ini sangat dicadangkan untuk anda yang suka ‘berOOTD’ untuk dikongsi dalam media sosial. Tiket untuk masuk ke ladang bunga matahari ini juga berpatutan, hanya RM10 seorang.

Alamat: Sunflower Garden. A128, Bagan Sungai Burung, 36100 Bagan Datoh, Perak.
Waktu Operasi: 9 Pagi – 5 Petang
Tiket Masuk: RM10

Jom cuti-cuti Malaysia ke negeri Perak

Sumber: FB Perak Kini | Foto: Travel on My Way

Oleh
Admin