Port Ngopi Ala Hipster, Kalau Ke Tampin Jangan Lupa Singgah Warung Kupi Atok Kayo

Share

Kopi sememangnya sudah sebati dengan kehidupan rakyat Malaysia. Bagi peminat kopi, tiada apa lebih enak saat aroma harumnya dihidu. Bahkan minuman kesukaan ramai ini diminum tidak kira waktu, sama ada pagi, tengahari mahupun di malam hari.

Bahkan ada banyak warung kopi ala hipster yang sentiasa menjadi tumpuan masyarakat bukan saja di bandar besar tetapi juga di pekan kecil bahkan ada kepelbagaian perisa boleh dinikmati oleh penggemar-pengemarnya.

Dan kalau korang ada cadangan bercuti ke Tampin, Negeri Sembilan, bolehlah menikmati secawan kopi di Warung Kupi Atok Kayo.

Minum kopi sambil pekena bahulu panas, pergh rasanya memang padu.
Dekorasi menarik di Warung Kupi ini, ada macam-macam dan sangat mengimbas nostalgia lama
Kena try kupi sejuk kalau datang ke sini, Katanya sangat sedap

Terletak di Taman Mas Gunung Tampin, atau lebih kurang 15 minit perjalanan kalau keluar dari Tol Simpang Ampat, di Warung Kupi Atok Kayo ini ada macam-macam jenis kopi untuk korang cuba. Nak berapa kali up side down pun boleh request, tak ada masalah pun.

Bermula dari kopi kampung yang diberi nama unik seperti Kopi Tok Penghulu, Kopi Tok Man & Laut Biru tapi ada juga caramel latte, hazelnut latte, kupi sejuk, Milky Biscof, Biscof Coffee latte serta lain lagi.

Paling best, tatkala minum-minum di sini, memori zaman kanak-kanak akan terimbas. Ini kerana hiasan warung ini meletakkan permainan dan alat-alat permainan lama yang hanya dilakukan oleh mereka yang lahir pada tahun 80-an. Jadi ia sangat nostalgia.

Port ala hipster untuk minum-minum di sini.
Ada macam-macam perisa termasuk hazelnut latte dan sebagainya
Perisa baru Milky Biscof dan Biscof Coffee Latte.

Tidak hanya penggemar kopi, tapi bagi yang tidak minum minuman berkafein ini boleh menikmati minuman berasakan coklat kerana ia turut dijual di sini.

Waktu perniagaan Warung Kupi Atok Kayo ini bermula dari jam 12.30 tengahari dan tutup pada 8.30 malam. Dan ia ditutup setiap hari Selasa ya. Gambar :- FB Warung Kupi Atok Kayo & Encik Rusydi.

Oleh
almaswa Haji Che Ros