Kuala Kangsar, bandar Diraja yang terletak di kawasan pertemuan Sungai Kangsar dan Sungai Perak.
Terletak kira-kira 48 kilometer dari bandar raya Ipoh, bandar diraja itu mempunyai aset pelancongan yang tidak dimiliki negeri lain, sekali gus menjadikan ia begitu eksklusif kepada penduduk negeri Perak. Sebagai bandar tertua Perak, Kuala Kangsar terkenal dengan pelbagai perkara, antaranya bangunan lama dan bersejarah. Di sini menempatkan salah satu masjid tercantik di negara ini iaitu Masjid Ubudiah.
Tidak lengkap kunjungan ke Kuala Kangsar jika tidak mencuba pelbagai juadah tradisi yang menjadi sajian kegemaran rakyat Malaysia seperti Ikan Patin Gulai Tempoyak dan makanan bercitarasa kampung.
Dari perkongsian di facebook Seladang Perak ini antara cadangan port makan terbaik mesti singgah jika ke Kuala Kangsar.
Port nak makan tengahari dengan gulai tempoyak pior original yang santai di Kuala Kangsar. Nak makan ikan patin tempoyak dengan ulam ulaman kampung, mohle sini.Lagi lazat, ada menu kambing bakar tau, pekena dengan nasi putih panas panas memang marvelicious lunch kome nanti.
Selain itu, ada juga ayam goreng berempah dengan sup daging, juga menu menu tertentu yang berubah mengikut hari. Sempoinya di sini, lauk pauk telah dihidangkan dalam pinggan klasik lama, yang ada bunga bunga dekat sekeliling tu, ibarat mengimbau kenangan macam kita makan di rumah opah dan tok nenek kitalah.
LANDMARK BETUL BETUL SEBELAH SK PADANG ASAM. DALAM 2 KM DARI EXIT TOL KUALA KANGSAR (AMBIL SIMPANG KE TAIPING SELEPAS EXIT TOL)
WAKTU OPERASI: SETIAP HARI KECUALI JUMAAT SAHAJA CUTI (10.30am-4.00pm)