Orkid antara tumbuhan paling popular di dunia kerana mempunyai karakter menarik dan pelbagai warna seperti ungu, merah, kuning, biru, hijau dan coklat. Ada pelbagai jenis orkid ada dijual di pasaran dan tahukah anda hutan di negara ini antara yang mempunyai ribuan jenis dan spesies orkid.
Bagi anda peminat orkid, wajib untuk datang bersantai di The Florescence by World of Phalaenopsis, Batang Kali. Selain menjamu selera dengan santapan pemanis mulut yang lazat, anda juga boleh membeli dan membawa pulang bunga orkid yang ada di dalam kafe indah ini. Jangan lupa untuk merakam gambar kenang-kenangan di setiap sudut di sini.
Ini perkongsian daripada saudara Fariz Ali yang berpeluang bersantai di ‘kafe orkid’ ini.
Kafe Dibanjiri Orkid
Bertempat di The Florescence by World of Phalaenopsis Batang Kali. Tempat ini bukanlah untuk kaki bunga sahaja, malah sesuai untuk kaki makan juga!
Jemputlah ke cafe ini. Pasti anda tidak menyesal, silap-silap, datang berkali-kali pula!