Ada port iftar di Putrajaya yang menarik untuk anda berbuka puasa secara berjemaah yang boleh anda lepak bersama kawan-kawan di bulan Ramadan. Bukan selalu dapat peluang cipta moment begini, jom buat!
Mahalnya pada pemandangan dan sekitar itu, lapang dan nampak orang lain juga berbuka sama di sekitar situ. Dikongsi oleh saudara Hafiz Hazwan
, ini antara tempat wajib pergi ya.Salah satunya adalah di pesisir Pantai Floria, atau Sisiran Rekreasi Floria di Putrajaya.
Boleh pergi beli makanan di Bazar Ramadan Putrajaya dan berkelah berbuka puasa di tepi tasik ini. Menjelang waktu Maghrib kalau cuaca elok, boleh nampak ‘sunset’, lawa!
Boleh dilihat tinggalan jambatan monorel yang terbengkai dari Pantai Floria ni. Macam-macam aktiviti ada di kawasan sekitar antaranya kita boleh tengok orang berkayak, berjogging dan mengayuh basikal.
Nak bawa makanan sendiri untuk buka puasa pun boleh je. Bentang tikar atau kalau ada kerusi healing lagi cun.
Kalau korang nak tempah set ‘picnic’ pun ada. Boleh tengok di IG, ada banyak yang buat servis sewaan set ni untuk sambutan reunion atau pun hari jadi. Nak sewa untuk iftar? Boleh cuba tanya.
Waktu hujung minggu memang ramai la sikit orang lebih-lebih lagi waktu cuti sekolah. Nak port yang cantik kena datang awal.
Boleh parking kereta di tepi Masjid Besi atau di parking Floria Putrajaya untuk datang ke sini. Percuma sahaja. Tak perlu bayar.
📌 Pesisir Pantai Floria, Putrajaya
💲Masuk Percuma
🕜 Dibuka setiap hari
Lokasi yang paling popular setiap kali bulan Ramadan di Putrajaya!
Lokasi ni sangat popular tatkala bulan puasa yang mana menjadi port orang ramai beriftar atau berbuka puasa. Penuh satu padang.
Senang je nak cari Dataran Perbadanan Putrajaya ni atau ada juga orang panggil Laman Kompleks Perbadanan Putraya.
Cari Masjid Besi atau Istana Kehakiman, dataran ini terletak di antara kedua-duanya, simetri pada garis lurus.
Terdapat skrin TV gergasi yang besar di dataran ini yang menjadi tumpuan bila ada perlawanan bola sepak, sepak takraw atau badminton yang membabitkan pasukan Malaysia. Ramai-ramai bersorak sambil tengok perlawanan.
Anak-anak kecil bebas berlari di padang ni. Boleh buka meja camping atau bentang tikar sambil makan-makan. Hujung minggu pada bulan biasa ada ramai orang tapi tak berapa padat sangat.
Waktu malam pula kawasan ni meriah diterangi lampu yang berwarna-warni menghiasi suasana laman.
Kalau anda buntu tak tahu nak lepak mana buka puasa dengan keluarga dan anak-anak, boleh lah datang ke sini. Percuma sahaja bukan kena bayar pun.
📌 Laman Kompleks Perbadanan Putrajaya
(Bertentangan Istana Kehakiman Putrajaya)
📌 Persiaran Perdana, Presint 3, 62675 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya
💲Percuma
🕜 Dibuka setiap hari
Ini salah satu port iftar atau berkelah yang menarik di Putrajaya betul² berhadapan dengan Masjid Putra (Pink Mosque) yang terletak di seberang tasik!
Lokasinya berhampiran Kelab Tasik Putrajaya di Presint 8. Siap ada tandas lagi di kawasan berhampiran. Senang!
Boleh lepak bawah pokok yang redup sambil usya bot & cruise Putrajaya lalu dan tengok budak-budak main kayak. Bentang tikar nak tidur waktu tengahari pun boleh.
Waktu petang abang rasa lagi lawa untuk bergambar ke nak OOTD ke. Boleh lah bawak skuter elektrik atau basikal untuk kayuh di sini.
Nak beli air minuman ada ‘vending machine’ di tepi tandas. Air mineral, air tin semua ada. Tandas pun masuk percuma sahaja. Tak perlu bayar.
Boleh parking kenderaan di kawasan sekitar Kelab Tasik Putrajaya. Ada banyak parking & luas. Kalau nak main kayak kena bayar lah.
📌 Persiaran Lembah Tasik, Presint 8 Putrajaya
(Berdekatan Kelab Tasik Putrajaya)
💲Masuk Percuma
🕜 Dibuka setiap masa
Jadi, kalau anda berada di sekitar Putrajaya, boleh lah bawa keluarga atau ajak kawan-kawan berbuka puasa di sini.