
Nak lari sekejap dari kesibukan kota atau dengan terma yang popular sekarang iaitu ‘healing’, drive sahaja kereta anda selama 30 minit dan singgah di Rawang, Selangor.
Bertempat di Templer Park, Villa Takun antara tarikan yang cukup estetik untuk staycation anda dan teman-teman. Kalau yang ada pasangan juga boleh datang ke sini untuk percutian romantis.
Dikelilingi dengan alam semulajadi, menghadap Bukit Anak Takun, anda boleh memilih untuk tinggal di dalam RV persis di luar negara atau juga menginap di dalam chalet kaca yang serba moden dan juga glamping.
Nak lepak santai kat sini juga terdapat café moden yang cukup menarik. Nikmati secawan kopi sambil melihat kehijauan alam pasti dapat menenangkan hati yang galau.
Nak datang solo dan menikmati percutian sendirian pun boleh ni. Memang tenang dan damai je!
Alamat: Villa Takun, 6, Jalan 3/3A, Templer Park, 48200 Rawang, Selangor
IG: Villa Takun
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Trip 7 Hari Jejak Mexico: The Caribbean Escapade. Ini Benda Best Korang Boleh Follow

Kalau anda tergolong dalam individu yang suka akan kelainan dalam percutian, boleh mula menabung dan cuba melancong ke negara Mexico.
Mexico adalah sebuah negara yang terletak di Amerika Utara, bersempadan dengan Amerika Syarikat dibahagian utara. Namun ramai yang masih ragu-ragu untuk bercuti ke Mexico dek tahap keselamatan di situ selain popular dengan kawasan jenayah antara paling bahaya di dunia.
Walau bagaimanapun, ia tetap menjadi kunjungan pelbagai pelancong dari serata dunia. Ini kerana Mexico mempunyai sisi yang lain yang sangat menarik terutama lokasi tarikan pelancongannya. Dari segi kebudayaan pula Mexico memiliki lebih daripada 1000 perayaan tradisi yang diwarisi dari penduduk pribumi dan dari penjajahan kolonial satu ketika dulu.
Teringin nak bercuti ke Mexico?
Baca perkongsian trip daripada Ayu Hasman yang pernah berlibur ke sana. Memang best!
Macam biasa, ekspedisi TMPL ni memang kekadang dibuat sebab terpengaruh dengan lokasi famous di Instagram. Hari ni sis baru sempat nak share journey sepanjang di Mexico atau lebih specifik nya di Yucatan. Fyi, kat Mexico ada 32 buah negeri. So Yucatan ni salah sebuah negeri yang famous dan banyak tempat best.
Ekspedisi kali ni kitorang decide untuk sewa kereta sebab nak jimat masa dan explore banyak tempat yang agak terpencil. Kitorang pick up kereta di Merida Airport dan return kereta di Cancun Airport.
Route perjalanan : Merida – Izamal – Valladolid – Tulum – Playa del carmen – Cancun
Antara main highlight sepanjang 7 hari di Yucatan adalah:
- Merida – famous with Colonial Architecture. Half day pun dah boleh cover main attraction. Merida juga merupakan one of the safest cities in Mexico.
- Izamal – Kalau kat Santorini famous dengan bangunan yang berwarna putih-biru, kat sini pula famous dengan bangunan warna kuning. Kalau ikut sejarah, sebelum ni bandar Izamal ni warna lain. Tapi masa 1993, Pope John Paul 2 plan nak datang melawat Izamal. So masa ni la dorang decide untuk cat bangunan dengan menggunakan warna kuning. Mengikut kepercayaan mereka, warna kuning merupakan warna yang melambangkan Tuhan Matahari. Sesuai dengan konsep bandar Izamal, yang juga merupakan tempat suci masyarakat Mayan.
- Chichen Itza – Tempat ni merupakan the new 7 wonders of the world. Mengikut sejarah, tempat ni pernah menjadi pusat pemerintahan tamadun Maya sekitar tahun 600 AD sehingga 1000 AD. Kalau korang berminat nak tahu lebih mendalam cerita masyarakat maya ni, korang boleh layan movie Apocalypto.
- Cenotes Xkeken – kat Mexico sebenarnya ada beribu-ribu cenotes. Setiap cenotes tu berbeza dan mempunyai keunikkan yang tersendiri. Kitorang decide untuk explore cenotes xkeken yang terletak berhampiran dengan bandar Valladolid. Kat cenotes ni korang boleh swimming & diving. Kalau tak reti swimming, korang boleh sewa life jacket kat sana. Jangan memandai nak main terjun. Sebab cenotes ni biasanya mempunyai kedalaman sehingga 40m.
- Las Coloradas Pink Lake – sebenarnya tasik ni merupakan tasik garam yang terletak di sebelah kilang pemprosesan garam. Warna pink ni terhasil kerana wujudnya red-algae dan plankton. Boleh mandi ke kat tasik ni? Jawapannya tak boleh. Korang hanya boleh jalan-jalan dan snap gambar je. Celup kaki pun tak boleh.
- Tulum Archeological Site – tempat ni pernah menjadi bandar pelabuhan semasa tamadun Maya. Senang cerita, macam major gateway untuk aktiviti perdagangan di Yucatan. Kat sini korang boleh tengok beberapa bangunan tinggalan Mayan, antaranya watchtower dan el castilo (pyramid)
- Cozumel Island – bagi pendapat peribadi, tempat ni paling best. Untuk ke Cozumel Island, korang boleh naik ferry daripada Playa del carmen. Cozumel island ni merupakan sebuah pulau yang terletak di Caribbean Sea. Kalau korang jenis suka aktiviti laut, korang boleh try snorkeling dan juga scuba diving. Dia punya laut memang marvelous!
- Playar Del Carmen – bandar dia tourist friendly. Ramai yang boleh berkomunikasi dalam english. Highly recommended untuk makan lobster dan segala jenis seafood. Murah dan sedapppp
- Cancun – Cancun ni macam big cities yang lain. Time kat sini, kitorang naik catamarans ke Isle Mujeres. Pulau dia kecik je. Kat sini korang boleh jalan kaki ke Playa Norte. Playa Norte ni tersenarai dalam Top 10 best beaches in the world. Pasir pantai kat sini warna putih. Bergabung pulak dengan warna biru turquoise air laut, memang superb!
Tip:
- Sewa kereta – korang boleh book secara online di Rentalcars.com. Jangan lupa untuk tambah full insurance coverage. Lesen memandu malaysia boleh digunakan disini.
- Korang boleh bawa USD untuk tukar ke Peso. Ataupun, withdraw duit dari ATM. Saya prefer withdraw duit dari ATM dengan menggunakan bigpay. Kadar tukaran duit lagi bagus daripada tukar di local money exchange. Yang belum ada bigpay, korang boleh apply di http://bigpay.link/referrals. Dan masukkan code EXWRHCG1JQ untuk dapatkan RM10 secara percuma.
- Simcard – saya beli simcard dari Telcel. Coverage di Mexico City dan Yucatan sangat bagus. Especially masa kat Rio Lagartos.
- Visa – rakyat malaysia tak perlukan visa untuk ke Mexico. Yang penting, pastikan korang standby siap-siap return flight ticket dan travel insurance untuk memudahkan proses di kaunter immigration.
- Makanan halal agak susah nak jumpa di Yucatan. So kitorang makan seafood je. Korang boleh try local dish – seafood tacos.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Homestay Unik Di Zen Retreat Waterfall Villa, Ada Pool & Air Terjun Dalam Rumah

Bila sebut pasal cuti, antara perkara yang ibu ayah fikirkan ialah adanya kolam renang untuk anak-anak mandi manda untuk setiap hotel, resort atau homestay yang dipilih.
Bagi yang tak nak bersesak-sesak mandi di kolam renang terbuka khususnya di hotel, bolehlah buat pilihan bercuti di homestay yang menawarkan banyak kemudahan termasuklah kolam renang.
Antara homestay yang menarik boleh dicuba ialah Zen Retreat Waterfall Villa yang terletak di Taiping, Perak.
Bukan saja tempatnya menarik tapi apa yang bestnya, kolam mandinya terletak dalam rumah yang mana korang semua boleh mandi sepuas-puasnya. Ia juga dilengkapi semua kemudahan termasuk memasak.
Bertemakan konsep minimalis untuk rekaan villa ini, ia menawarkan 4 bilik tidur di mana di satu di bahagian bawah sementara tiga lagi di atas dan kesemuanya dilengkapi penghawa dingin. Kalau datang ramai-ramai, boleh muatkan antara 14-15 orang ya. Jadi memang happeningla malam-malam.
Untuk kolam renang sedalam 3 kaki ini, ia terletak di ruang tamu di mana ibu ayah boleh memantau anak-anak mandi. Jangan risau dengan isu keselamatan kerana di sekeliling kolam renang ini ia dilengkapi panel gelas lutsinar. Bukan saja kolam ini menjadi daya tarikannya tapi bunyian air terjun juga turut mendamaikan (namun bunyi pamnya agak bising kalau dibuka pada tengah malam ya).
Berapa harga Zen Retreat Waterfall Villa ini?
Sewaannya adalah RM550 untuk 2 hari 1 malam dan kalau deal terus dengan owner dapat murah sikit katanya.
Paling best, kalau menginap di sini, ada banyak aktiviti boleh dibuat. Antaranya ia agak dekat dengan Zoo Taiping, Taman Tasik Taiping Trong Leisure Farm (taman itik) dan Kuala Sepetang). Jadi banyak aktiviti korang boleh buat ya selain jalan-jalan di sekitar homestay nie.
Paling menarik, rumah ini asalnya adalah milik penyanyi lagenda Datuk Jamal Abdillah. Hah, bestkan.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
9 Tarikan Pelancongan Yang Anda Boleh Buat Di Jeddah Selepas Selesai Tunaikan Ibadah

Isi Kandungan
ToggleMekah dan Madinah adalah dua nama tempat yang tidak asing lagi terutamanya kepada masyarakat di Malaysia yang majoritinya menganut agama Islam. Dua tempat ini sentiasa menerima kunjungan jutaan manusia dari setiap pelusuk dunia terutamanya sekali ketika musim haji – jadi tidak ketinggalan rakyat Malaysia.
Saban tahun, berpuluh ribu rakyat Malaysia akan pergi menunaikan umrah atau haji di bumi paling suci umat Islam itu. Dalam pada menunaikan rukun Islam yang ke-5, datang ziarah dan beribadat di sana dan mencari secebis ketenangan dalam hidup, ada juga yang datang untuk merasai dan mendalami sendiri suasana serta budaya yang terdapat di tanah arab tersebut – lebih-lebih lagi Jeddah.
Sekiranya anda berkesempatan untuk menjejakkan kaki ke sana dan ingin melihat daerah lain selain daripada bumi Mekah dan Madinah, anda boleh berkunjung ke Jeddah yang terletak di sebelah barat Mekah dan Madinah bersebelahan dengan Laut Merah.
Di Jeddah ini terletaknya pusat pentadbiran kerajaan Arab Saudi kerana kedua-dua daerah Mekah dan Madinah dikhususkan sebagai daerah tempat beribadat. Jadi, untuk melihat masyarakat arab dengan kehidupan yang lebih moden, anda boleh la susun itinerari perjalanan anda beberapa hari ke Jeddah.
Sekiranya anda berkesempatan untuk ke Jeddah, di sini Libur sarankan beberapa perkara yang boleh anda lakukan di sana nanti.
Mengunjungi Jeddah Waterfront
Untuk tempoh beberapa abad, Jeddah memainkan peranan penting sebagai lokasi pelabuhan untuk negara Arab Saudi. Oleh kerana menjadi tempat tumpuan kapal-kapal untuk berlabuh, Jeddah terkenal dengan nama panggilan sebagai ‘bride of the Red Sea’. Oleh kerana menjadi lokasi tumpuan yang terkenal sejak dahulu lagi, sehingga kini kawasan di Jeddah Waterfront ini dipenuhi dengan pelbagai manusia daripada pelbagai peringkat masyarakat untuk berkumpul seperti kaum keluarga dan kumpulan anak muda beriadah dengan aktiviti-aktiviti seperti berkelah, bersiar-siar sambil menghirup udara segar dari laut.
Jeddah Waterfront ini telah menerima sentuhan lanskap yang baharu sekitar tahun 2017 dan kini, kawasan Jeddah Waterfront meliputi pantai saujana mata memandang, pelbagai jenis restoran, taman-taman rekreasi, hotel, resort serta masjid-masjid. Demi menarik lebih ramai orang untuk berkunjung ke sini, ada beberapa festival telah disusun atur untuk memeriahkan lagi suasana di Jeddah Waterfront.
Makan di Restoran Al Baik
Restoran Al Baik adalah satu daripada rangkaian restoran makanan tempatan terbaik yang ada di Arab Saudi. Restoran ini terdapat di merata-rata tempat di sekitar Jeddah dan anda perlu cuba sendiri untuk makan beberapa juadah istimewa yang disediakan di sana. Walaupun beberapa juadah bertukar-tukar saban tahun untuk memenuhi kehendak pelanggan, menu istimewa Al Baik berupa ayam yang digoreng dengan cmapuran rempah ratus istimewa masih lagi menjadi kegemaran kepada pelanggan yang singgah makan di restoran ini.
Kebanyakkan pelanggan yang datang lebih gemar untuk membawa pulang makanan yang dipesan oleh mereka kerana ruang makan hanya disediakan kepada pelanggan lelaki sahaja dan kebiasaannya penuh. Jadi, tip kepada ada, pesan makan yang anda mahu dan bawa pulang makan di hotel atau makan di Jeddah Waterfront bersama keluarga atau kawan-kawan anda.
Membeli-belah di pusat membeli-belah di Jeddah
Sekiranya anda berkunjung ketika musim panas, suhu di Jeddah boleh mencecah ke tahap yang membuatkan anda berasa sangat panas dan berpeluh-peluh. Kehangatan musim panas di sana tidak sama dengan apa yang anda alami di Malaysia. Oleh demikian, ramai rakyat Arab Saudi akan menghabiskan masa di pusat membeli-belah untuk lari sebentar dari rasa panas yang menyengat di luar bangunan. Disebabkan itu, pusat membeli-belah juga adalah satu daripada budaya yang terdapat di sana.
Di Red Sea Mall, anda boleh lihat dekorasi ruang dalam bangunan membeli-belah itu dihiasi dengan lukisan dan hiasan dalaman bertemakan sejarah Arab Saudi zaman silam. Tidak ketinggalan juga dengan butik dan kedai-kedai yang ada di dalam bangunan membeli-belah itu yang seakan turut sama mengikut tema dengan menjual jubah dan barangan kemas orang-orang Arab.
Singgah di kafe kopi Arab
Anda ingin mengalami sendiri pengalaman berada dalam masyarakat Arab Saudi? Anda perlu singgah ke kedai-kedai kopi yang terdapat di kebanyakkan penjuru di dalam bandar Jeddah tersebut. Orang baru yang datang ke Jeddah kebiasaannya akan memilih kedai-kedai kopi sebegini untuk berbual bersama orang tempatan dan merasai sendiri budaya yang ada di sana. Ada banyak kedai-kedai ini menjual juadah makanan yang lazat, bersama sekali dengan perbualan bersama rakan-rakan yang baru anda kenal, bersama secangkir kopi, pasti akan memberikan satu pengalaman baharu kepada anda di bumi Arab Saudi. Antara kafe kopi yang dicadangkan kepada anda adalah Brew 92, Gailah Hub, dan Medd kerana kesemua kedai ini adalah popular dan menjadi kegemaran masyarakat tempatan.
Nikmati shawarma dan falafel asli dari kedai tempatan
Boleh dikatakan terdapat banyak tempat yang menjual shawarma atau falafel di setiap jalan di Jeddah. Tidak ada dua kedai yang menjual shawarmas atau falafels dengan rasa yang sama, jadi pastikan anda mencuba sebanyak mungkin!
Melawat Athr Gallery
Keindahan dan kehalusan hasil seni juga berkembang dengan baik di Jeddah dan di Athr Gallery adalah tempat yang baik untuk anda melihat hasil seni yang dipamerkan di sana. Athr Gallery ini adalah salah satu ruang seni kontemporari terkemuka di Jeddah dan menganjurkan pameran gambar, montaj, lukisan dakwat, kitab, patung, karya abstrak, dan sebagainya untuk menyediakan platform hebat kepada artis Saudi dan Arab.
Meluangkan masa di Pancuran Raja Fadh
Pancuran air ini juga dikenali sebagai Pancunran Jeddah dan struktur ikonik ini telah memancurkan air setinggi 1,024 kaki selama lebih tiga dekad dan boleh dilihat dari pelbagai lokasi sekitar Jeddah. Ketika malam, pancuran ini akan dihiasi dengan limpahan lampu berwarna-warni.
Teroka kejiranan Al Balad
Al-Balad adalah salah satu kawasan kejiranan tertua di Jeddah. Dari segi istilah, Al Balad bermaksud ‘bandar’. Tempat ini didirikan pada abad ketujuh dan berfungsi sebagai pelabuhan laut di rantau Arab Suadi satu masa dahulu. Kebanyakan jalan-jalan dan rumah-rumah kekal tidak berubah sejak sekian lama dan keaslian yang dikekalkan itulah sebabnya ia mesti dikunjungi untuk hari-hari apabila anda ingin keluar dari pusat membeli-belah dan kesesakkan lalu lintas.
Ziarah ke Masjid Terapung Jeddah
Masjid Terapung Jeddah yang juga dikenali sebagai Masjid Fatima Al Zahra ini menarik berjuta-juta pengunjung setiap tahun. Terutamanya semasa air laut pasang. Masjid putih yang indah dibina di atas tiang yang yang tertanam jauh di bawah permukaan air, memberikan gambaran seolah-olah masjud ini terapung di atas laut. Bangunan ini berfungsi sepenuhnya dan digunakan oleh ramai untuk solat, tetapi juga dibuka untuk pelancong yang ingin mengambil gambar atau hanya melihat-lihat kawasan sekitarnya.
Singgah ke Taman Tema Al-Shallal
Terletak di pinggir Laut Merah, Al-Shallal adalah resort bercirikan taman tema dan menarik beratus-ratus penduduk dan pelancong setiap hari. Terdapat tasik buatan manusia dan air terjun menghiasi persekitaran resort berkenaan dengan permainan roller coaster serta permainan-permainan taman tema yang terdapat disekitarnya.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI