Port Gathering Best Kat Rumah Kebun, Hulu Langat. Boleh Muat Sampai 20 Orang. Masak-Makan-Mandi-Borak Sampai Puas!

Share

Sesekali nak lari dari kesibukan kota dan nak dekati alam semulajadi, Rumah Kebun yang terletak di Hulu Langat, Selangor adalah tempat yang tepat.

Mempunyai kawasan yang luas dengan fasiliti lengkap tempat ini ‍sesuai untuk berehat dan juga membuat Family gathering.

Dekorasi yang cukup cantik dengan hiasan yang berasaskan kayu, kawasan Rumah Kebun ni merupakan kawasan private di mana orang awam tidak dibenarkan akses sekiranya tidak menginap di sini.

Rumah Kebun ini menyediakan 4 bilik dan 4 bilik air untuk kita beristirehat .. Ada 11 katil dan boleh memuatkan lebih kurang 16 – 20 orang.

Bagi yang nak rasakan kelainan dengan berkhemah, kat sini juga turut disediakan campsite untuk camper.

‍‍‍‍‍‍ ‍‍‍‍‍‍Antara facilities yang ada di sini adalah :

Kolam depan bilik

Tempat BBQ

Ruang santai

Ruang memasak

‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍

‍‍‍‍‍‍

‍‍‍‍Lokasi : Rumah Kebun

Alamat : Kampung Sungai Semungkis, 43100 Hulu Langat, Selangor.

 

 

 

 

 

Oleh
SAHR