Port Dickson Punya ‘Port’ Snorkel, Intai Terumbu Karang Cantik

Share

Port Dickson merupakan destinasi percutiaan pilihan ramai sejak dari dahulu lagi.

Kebanyakkan mereka yang datang bercuti ke sini tidak akan melepaskan peluang untuk bersiar-siar dan bermain air di pantai yang indah.

Port Dickson kini menawarkan produk pelancongan terbaru iaitu peluang melihat terumbu karang. Keunikan ini memberi suatu tarikan baharu kepada para pelancong yang gemar snorkeling dan selam skuba.

Setakat ini terdapat 46 spesies terumbu karang direkodkan di kawasan berkenaan. Lima daripadanya dikategorikan sebagai ‘vulnerable’ atau mudah terjejas.

Antara terumbu karang yang terdapat di Port Dickson ialah Astreopora Myriophthalma; Ctenactis Echinata; Cycloseris Cyclolites; Cyphastrea Chalcidicum; Diploastrea Heliopora; Echinopora Gemmacea; Favites Abdita; Fungia Fungites; Galaxea Astreata; Goniastrea Edwardsi; Goniopora Columna dan Leptastrea Purpurea.

Malah apa yang menariknya, sebahagian daripada terumbu karang yang terdapat di negeri ini juga jenis terumbu yang banyak ditemui di pulau negeri pantai timur dan Sabah.

Untuk melihat terumbu karang berkenaan, pengunjung tidak perlu memiliki peralatan snorkeling atau menyelam skuba, memandangkan ia tumbuh tidak jauh dari permukaan air di pesisiran pantai berkenaan.

Lokasi terumbu karang Port Dickson terletak di: 

  • Kawasan Monkey Bay dan Lagun Biru
  • Tanjung Tuan sehingga hotel lima bintang, Lexis Hibiscus
  • Pasir Panjang, meliputi jarak sepanjang kira-kira 4.2 kilometer.

Biasanya kawasan ini jadi tumpuan pelancong ketika air pasang kecil kerana ketika itu air jernih. Bagaimanapun pengunjung dinasihatkan supaya tidak mengambil atau merosakkan terumbu karang kerana ia akan memberi kesan kepada habitat laut.

Tarikan Terumbu Karang Port Dickson
  • Terdapat pelbagai hidupan marin mendiami kawasan ini seperti ikan GT (gerepoh), kerapu pisang atau sonoh (coral trout), selar dan yu sirip hitam.
  • Kawasan ini juga adalah kawasan rayau bagi penyu. Terdapat dua spesies penyu di sini iaitu penyu agar dan karah. Penyu yang biasanya terkenal di pantai timur ini sebenarnya banyak mendarat untuk bertelur di pantai Port Dickson.

  • Kebanyakan telur penyu dapat dikutip dan ditetaskan di Pusat Ikan Hiasan Port Dickson di Teluk Kemang, dan dilepaskan semula di pantai ini.

Sumber: Bernama

Oleh
Admin