Nak bercuti tapi dalam masa yang sama suka memancing, Libur nak kenalkan satu tempat yang terletak di Pekan, Pahang. Kaki pancing boleh bawa anak isteri ke sini sambil teruskan aktiviti memancing.
Terletak di Kg Padang Rumbia, Pekan Pahang, sementara si suami memancing, anak boleh buat aktiviti lain seperti mandi dalam kolam renang yang turut disediakan di atas rumah rakit ini.
Dah memancing mestilah dapat ikan kan, kalau nak makan segar hasil tangkapan anda, boleh terus masak di sini. Nak buat BBQ atau masak hidangan lain, segala kemudahan ada disediakan kat sini.
Bilik yang ada di sini juga cukup selesa macam tinggal di rumah sendiri. Memang berbaloi dan cukup menarik untuk bercuti bersama keluarga kat sini. kaki pancing mesti teruja kalau beritahu antara ikan-ikan yang boleh dapat kat sini adalah lampam, pari air tawar dan banyak lagi.
Untuk kaki pancing, bolehlah survey tempat ni, mana tahu berminat untuk bercuti ke sini bersama keluarga tersayang. Dapat ikan, dapat luang masa dengan keluarga, memang bestlah!
Alamat:
Lot 283, Jalan Haji Jaafar, Kampung Padang Rumbia, Pekan, Malaysia
FB: Rumah Rakit Maraie Kg Padang Rumbia
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Laluan Denai Baru Dibuka Untuk Ke Puncak Bohey Dulang. Laluan Ini Dikatakan Lebih Selamat
Baru-baru ini Libur ada siarkan tentang kecantikan destinasi Pulau Bohey Dulang. Klik di sini untuk membaca artikel penuh. Selain membuat aktiviti selam skuba, snorkeling atau bersantai di persisiran pantai, pengunjung juga dicadangkan untuk mendaki ke puncak Bohey Dulang untuk menyaksikan pemandangan dari atas yang sangat mempesonakan.
Ramai yang teruja untuk sampai ke puncak untuk menyaksikan sendiri rupa bentuk sekeliling Bohey Dulang yang indah. Disebabkan itu, laluan untuk ke puncak dikatakan agak sesak. Oleh itu, laluan denai baru telah diwujudkan dan dibuka kepada umum untuk menjamin tahap keselamatan pengunjung.
Laluan denai baharu pendakian ke puncak Pulau Bohey Dulang sejauh 700 meter ke puncak itu dirasmikan Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Taman Taman Sabah (TTS), Mohd Amin Abd Mem. Mohd Amin ketika ditemui berkata laluan itu dibina oleh TTS dalam tempoh dua minggu dan sudah dicuba dan diperiksa dari segi keselamatan sebelum dibuka kepada pengunjung.
Denai pendakian yang baharu ini bertujuan untuk mengurangkan kesesakan pendaki dan kerosakan denai selain meningkatkan tahap keselamatan pengunjung termasuk had daya tampung denai ke puncak Bohey Dulang. Denai pertama yang dibuka sejak 2011 akan menjadi laluan pengunjung untuk turun dari puncak.
Laluan pendakian baharu itu lebih landai dan agak jauh berbanding laluan lama yang tinggi tetapi pendek. Kedua-dua laluan ini pasti akan memberi cabaran pendakian yang berbeza dan memuaskan.
Pulau Dohey Dulang merupakan antara lapan pulau yang diwartakan di bawah Taman Marin Tun Sakaran selain Pulau Sibuan dan Pulau Mantabuan yang juga menerima kunjungan pelancong ramai.
Sumber: frontdesk
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Hati-Hati Travel Ke Algeria, Lelaki Kongsi Pengalaman Kena Cekup Polis
Dicekup dan diheret masuk ke dalam van putih polis Algeria
“Abrar ! Syam kena cekup dengan polis !”
Fikri menjerit dari jauh. Dia menunjukkan ke arah sebuah van putih di sebelah kiri saya. Saya menoleh ke kiri dan melihat salah seorang travel buddies saya sedang dikepit lehernya (neck lock up) oleh seorang arab yang tidak dikenali. Dia diheret masuk ke dalam sebuah van putih.
Sebelum terbang ke sini lagi kami sudah baca dan dengar cerita yang kurang enak dari traveler yang pernah ke Algeria. Negara ini agak tertutup untuk pelancong luar.
Pelancong dari Malaysia pun tidak terlalu ramai ke sini. Kalau ada yang datang pun kebanyakannya datang bersama agensi pelancongan yang besar. Kumpulan kecil backpackers seperti kami ini seolah-olah tidak dialu-alukan.
Permulaan pengembaraan kami di Algeria agak kurang menyenangkan. Saya telah disoal bertalu-lalu oleh pihak Imigresen Lapangan Terbang Algiers.
“Apa pekerjaan kau di Malaysia ?”
“Kau ada kenalan atau tidak di sini ?”
“Kenapa kau datang ke Algeria ? Siapa yang akan bawa kau berjalan-jalan di negara ini ?”
Sebaik sahaja keluar dari Lapangan Terbang Algiers, kami terus bergerak menuju stesen keretapi. Kami perlu beli tiket keretapi petang ini ke Oran, bandar pelabuhan di arah barat laut Algeria. Kemudian kami simpan bagasi di stesen keretapi dan berjalan ke tengah bandar mencari restoren untuk makan tengah hari.
Ketika sedang makan tengah hari, tiba-tiba dari jauh kedengaran orang ramai bertakbir dan menjerit keras. Makin lama makin hampir. Dan akhirnya kumpulan demonstrasi dan perarakan tersebut sampai ke depan restoren tempat kami makan tengah hari.
Saya pernah menetap di Syria selama beberapa bulan. Kemudian tinggal di Jordan selama 4 tahun ketika melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana muda. Maka saya boleh faham apa yang dilaung oleh peserta demonstrasi tersebut. Secara mudahnya demonstrasi tersebut berkaitan dengan politik setempat negara Algeria.
Darah muda dan sifat ingin tahu kami mula membuak. Kami keluar dari restoren untuk melihat perarakan secara lebih dekat. Secara perlahan-lahan kami mula masuk ke dalam perarakan demonstrasi tersebut untuk rasai pengalaman menarik ini.
Ini kesilapan pertama kami
Kesilapan kedua pula ketika mana saya bertanya kepada seorang polis yang bertugas adakah saya dibenarkan untuk ambil gambar perarakan ini. Polis tersebut kata tiada masalah. Kami boleh ambil gambar perarakan ini dengan syarat jangan sesekali ambil gambar pihak berkuasa seperti barisan polis dan tentera.
Maka saya dan beberapa travel buddies yang lain keluarkan telefon pintar masing-masing dan mula mengambil gambar suasana sekeliling.
Kemuncak kesilapan kami adalah apabila salah seorang travel buddies kami keluarkan kamera mirrorless beserta lensa yang agak menarik perhatian. Lensa tersebut tidaklah terlalu besar, tetapi cukup untuk menimbulkan persepsi seolah-olah dia jurukamera atau wartawan profesional.
Dia mula ambil gambar dengan menggunakan kamera tersebut. Tidak sampai beberapa minit sahaja tiba-tiba lehernya dikepit oleh seorang pemuda arab. Pemuda tersebut cuma berpakaian biasa seperti orang awam. Dia tidak mengenakan sebarang pakaian atau tanda yang menunjukkan bahawa dia seorang polis atau tentera.
Mujurlah ketika itu saya sempat melihat kejadian ini. Rakan saya ini dan travel buddies yang lain tidak boleh bertutur di dalam bahasa arab. Hanya saya seorang sahaja yang faham dan boleh bertutur bahasa arab.
Saya terus berlari membelah lautan para pendemonstrasi untuk dapatkan rakan saya tersebut. Maka polis yang bertugas turut ‘sumbat’ saya masuk ke dalam van putih. Saya terus teringatkan video kanak-kanak palestin yang diheret masuk ke dalam van putih oleh tentera dan polis Israel. Perasaannya lebih kurang begitu.
Saya cuba tenangkan rakan saya ini. Kemudian saya jelaskan kepada polis tersebut bahawa kami hanyalah pelancong yang datang untuk melihat tempat menarik di sini. Saya jelaskan juga bahawa kami berani ambil gambar kerana sudah dapatkan keizinan dan kepastian dari polis yang bertugas. Polis tersebut tidak memperdulikan alasan yang diberi.
Setelah beberapa minit berada di dalam van putih, kami dibawa ke balai polis berdekatan. Ketika ini saya sudah pasrah jika terpaksa dihantar pulang ke Malaysia. Daripada disumbat ke dalam penjara dan diberi hukuman berat, lebih baik kami terus pulang ke Malaysia walaupun belum sempat melihat tempat menarik di sini.
Kami mula disoal-siasat oleh dua orang polis. Salah seorang polis tersebut mungkin berpangkat lebih tinggi dari seorang lagi. Bagaikan sedang melihat filem aksi barat, saya rasakan kedua polis tersebut sedang melakukan peranan good cop bad cop.
Good cop bad cop merupakan salah satu tektik psikologi yang diguna oleh pihak berkuasa ketika melakukan interogasi. Salah seorang polis akan berkelakuan kasar dan paksa pesalah jawab soalan dengan betul. Manakala seorang lagi polis akan berkelakuan agak lunak dan seolah-olah bersimpati dengan pesalah.
Proses interogasi berjalan hampir 45 minit. Kami ditanya soalan bertalu-talu mengenai tujuan utama kami ke sini. Saya dapat rasakan bahawa polis tersebut mengesyaki kami ini bekerja sebagai wartawan antarabangsa.
Saya cuba bertenang dan jawab soalan dengan berhati-hati. Kedua-dua polis tersebut tidak pernah ucapkan perkataan wartawan atau media. Maka saya ambil jalan selamat dengan tidak menyebutnya juga.
Setelah berpuas hati dengan jawapan yang kami beri, akhirnya pihak polis membebaskan kami. Kedua-dua polis tersebut minta kami bawa mereka berjumpa dengan travel buddies yang lain. Kesemua gambar passport kami diambil dan kami terus dihantar ke stesen keretapi.
*
Anda boleh baca banyak lagi cerita, inspirasi dan tip travel di sini :
https://www.mytravelxperts.com
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
8 Lokasi Di Turki Jadi Kegilaan Ramai Pelancong Malaysia Dek Terpengaruh Tonton Drama
Kepelbagaian budaya dan warisan Turki menjadikan negara itu sebagai salah sebuah destinasi tumpuan pelancong dari seluruh dunia. Ramai orang Malaysia yang memilih untuk bercuti di Turki, lebih-lebih lagi selepas ‘terpengaruh’ dengan melihat beberapa lokasi penggambaran filem tempatan yang berlatar belakangkan destinasi di negara yang terletak di sempadan benua Asia dan Eropah.
Tidak dinafikan, seperti apa yang anda lihat di dalam kaca televisyen, Turki sememangnya negara yang cantik dan menarik untuk diterokai. Pelancong boleh memilih untuk datang ke Turki sepanjang tahun, meliputi empat musim iaitu musim bunga, panas, luruh dan sejuk. Musim bunga berlangsung pada bulan Mac hingga pertengahan Jun, musim panas (pertengahan Jun hingga Ogos), musim luruh (pertengahan September hingga November) dan musim sejuk (Disember hingga Februari).
Antara lokasi menarik di Turki:
ISTANBUL
Istanbul merupakan pusat pelancongan yang menjadi tumpuan ramai pengunjung. Antara tempat-tempat lawatan ialah seperti Leather Outlet Centre, Blue Mosque, Topkapi Palace, Muzium Hagia Sophia, Masjid Sultan Sulaiman dan Spice Bazaar.
- Aktiviti di Istanbul tidak lengkap jika tidak menaiki cruise menyusuri Selat Bosphorus yang menjadi sempadan Asia dan Eropah.
- Jangan lepaskan peluang membeli-belah di Grand Bazaar yang merupakan sebuah pasar paling besar dan tertua di dunia yang menempatkan lebih 3,000 buah kedai pelbagai jenis kraf dan perhiasan serta tekstil menarik.
BURSA
Bursa merupakan antara destinasi pelancongan yang banyak menyimpan peninggalan sejarah Islam. Antara lokasi tumpuan pelancong termasuklah masjid tertua iaitu Ulu Cami (Great Mosque).
- Great Mosque merupakan Tapak Warisan Dunia diiktiraf Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO). Uniknya masjid terbesar di Bursa ini mempunyai 20 kubah yang dibina pada 1396 oleh Sultan Beyazit 1 selepas kejayaannya menakluki Macedonia.
- Bersebelahan bangunan masjid adalah Green Mausoleum iaitu makam Mehmet 1 yang memaparkan keunikan seni berwarna warni.
- Silk Market pula terkenal sebagai pusat perdagangan kain sutera turut menjadi persinggahan pelancong untuk membeli-belah.
CAPPADOCIA
Cappadocia, antara tempat wajib dilawati di Turki. Pelancong bukan sahaja dapat merasai pengalaman menaiki belon udara panas, malah turut dapat menyaksikan keindahan dan keunikan batuan yang cantik dilihat dari atas. Kelebihan memiliki ruang kawasan yang luas menjadikan Cappadocia antara destinasi belon udara popular di dunia.
ANKARA
Antara tempat yang akan dilawati di Ankara ialah Ataturk Mausoleum yang merupakan muzium dan tempat persemadian Mustafa Kemal Ataturk iaitu pemerintah yang menukarkan Turki daripada sebuah negara Islam kepada sekular. Bangunan ini menempatkan barang-barang peninggalan Mustafa Kemal Ataturk di galeri pameran. Selain kenderaan beliau, pengunjung boleh menyaksikan sendiri senjata, surat, pakaian, dan jam tangan.
- Tuz Golu yang terkenal sebagai tasik kedua terbesar di Turki dan merupakan tasik garam terbesar di dunia. Menariknya di sini, anda berpeluang melihat dan memijak permukaan pantai yang dipenuhi garam.
KUSADASI
Di Kusadasi terdapat kota kuno Ephesus yang menyimpan sejarah Yunani dan Rom purba. Pelancong boleh mengambil peluang untuk menyaksikan kesan runtuhan bandar purba tersebut. Ephesus turut tersenarai sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO yang berprestij.
PAMUKKALE
Bandar ini merupakan tempat popular yang turut tercatat sebagai salah satu daripada Tapak Warisan Dunia dibawah UNESCO. Antara tempat menarik untuk dilawati ialah Hierapolis Ancient City Ruins yang merupakan kota suci dalam kesusasteraan Arkeologi kerana terdapat banyak kuil dan bangunan keagamaan.
- Cotton Castle turut menjadi tumpuan kerana bentuknya yang seakan-akan kapas dan terdapat kolam air panas yang kelihatan seperti sungai yang dilitupi salji.
KONYA
Konya begitu sinonim sebagai pusat Islam tertua yang menjadi pusat pembelajaran dan pengajaran sufi. Antara tempat menarik yang wajib dikunjungi adalah Melvana Museum yang merupakan tempat bersemayamnya sang pujangga Turki yang juga pencipta Tarian Sufi iaitu Jalaludin Rumi.
BOLU
Di Bolu, terdapat sebuah masjid tertua di Turki iaitu Masjid Sultan Eyub. Masjid ini juga merupakan masjid pertama yang dibangun setelah kerajaan Islam di bawah pimpinan Muhammad al-Fatih menawan kota Konstantinopel (Istanbul) pada 1453.
Trivia
- Bawa mata wang USD atau Lira Turki (tukar di Malaysia). Tanya harga barang sama ada dalam USD, Euro atau Lira Turki.
- Bawa sos cili atau sambal kering/ikan bilis untuk menambah selera makanan.
- Tandas awam berbayar termasuk di luar masjid TL1.
- Merokok adalah perkara biasa bagi wanita termasuk bertudung.
Foto: Google Image | Sumber: Juara Travel
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI