Pokok Cat Claws Sedang Berbunga Cantik Di Gunung Lang, Kali Terakhir Berbunga Pada 2017

Share

Tengah viral sekarang ini pokok Cat Claws yang berbunga cantik di kawasan rekreasi Gunung Lang.

Ini kerana sejak ditanam pada tahun 1999, inilah kali pertama pokok Cat Claws ini berbunga kuning sekaligus menambah daya tarikan pelancongan ke kawasan ini.

Dalam satu kenyataan dari Majlis Bandaraya Ipoh, Penolong Arkitek Landskap Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), Noor Sauwiya Shari berkata, tanaman hiasan jenis menjalar itu ditanam MBI pada 1999 dan merupakan satu-satunya yang ditanam di bandar ini.



Katanya, pokok berasal dari kawasan hutan Amerika Latin dan Caribbean itu sukar untuk berbunga dan pertama kali mempamerkan tarikannya pada 2013.

“Untuk berbunga lebat, tumbuhan ini perlu kepada cuaca terlampau panas, lazimnya pada pertengahan Mac setiap tahun. Sejak ditanam, hanya beberapa kali ia mengeluarkan bunga iaitu pada 2013 dan 2017.

“Pada tahun ini, fenomena musim panas yang melanda negara menyebabkan pokok itu kembali berbunga dan lebih menarik apabila ia paling lebat kerana mengeluarkan bunganya serentak,” katanya di sini hari ini.

Noor Sauwiya berkata, keindahan Cat’s Claw yang menjalar dan ‘memayungi’ pondok-pondok di taman tersebut akan menjadi lokasi terbaharu lensa kamera pengunjung.

Malah katanya, ibarat berada di luar negara, pengunjung yang hadir juga boleh melihat warna bunga keemasan itu semasa mereka menaiki bot.










“Ketahanan bunga ini bergantung kepada cuaca khususnya hujan. Ia berbunga di penghujung musim kemarau yang menandakan musim hujan akan tiba.

“Bunga yang berkembang ini tidak lama, apabila hujan, bunga-bunga ini akan mula gugur,” katanya.

Sumber : Utusan / Gambar :
Sauwiyashari Awiey

Oleh
almaswa Haji Che Ros