Rapid Rail Sdn Bhd mengumumkan kesemua pintu keluar masuk Plaza Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Masjid Jamek yang terletak bersebelahan OCBC Bank dan Bank Muamalat ditutup sementara mulai hari ini sehingga 28 April 2020.
Penutupan sementara ini adalah berikutan perluasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di sekitar kawasan Masjid India.
Ads
Bagaimanapun, pintu keluar atau masuk Stesen LRT Masjid Jamek yang terletak bersebelahan dengan Masjid Jamek masih dibuka dan perkhidmatan LRT akan beroperasi mengikut waktu operasi semasa Perintah Kawalan Pergerakan.
Pengguna LRT Laluan Kelana Jaya atau Laluan Ampang/ Sri Petaling hanya boleh membuat penukaran tren sahaja di Plaza Stesen LRT Masjid Jamek.
Manakala bagi pengguna yang ingin ke atau dari arah Sentul Timur, mereka dinasihatkan untuk mengguna terowong sambungan di stesen tersebut bagi membuat penukaran serta untuk keluar atau masuk melalui bahagian stesen (bersebelahan Masjid Jamek) yang tidak ditutup.
Langkah itu diambil bagi membantu pihak berkuasa dalam mengurangkan pergerakan orang awam yang tidak sepatutnya pergi ke kawasan terlibat. Untuk maklumat, layari akaun media sosial Rapid KL atau menghubungi talian bantuan di 03-7885 2585.
Bagi kaki travel, selain jalan-jalan makan angin, sebabagian dari kita tentu memperuntukkan sejumlah besar wang untuk berbelanja membeli produk di negara dikunjungi. Lebih rare kalau dapat membeli barangan original, bukan fake pada harga lebih murah dari dijual di Malaysia. Tak hairanlah, kaki travel khususnya ke Eropah berbelanja sakan membeli pelbagai produk termasuk baju, beg tangan berjenama dan lain lain.
Tapi bagi kita yang tersekat tidap dapat travel ke luar negara akibat pandemic COVID-19 boleh berkongsi keinginan dan angan-angan (hikz) untuk terbang ke Jepun boleh membaca perkongsian ditulis oleh Zunita Ramli, rakyat Malaysia yang juga seorang usahawan yang menetap di negara matahari terbit ini berkongsi kisah beg Randoseru yang harganya mencecah RM8000 sebuah. Lebih menarik ramai pelajar sekolah membawanya ke sekolah.
Jom baca catatannya.
Biasa kalau tengok anime Jepun macam Doraemon, mesti perasan beg sekolah yang dipakai oleh Nobita, Shizuka, Giant dan Sinyu berbentuk empat segi kan?
Beg ni sebenarnya nama dia “Randoseru”.
Dan jangan terkejutnya kalau saya kata harga sebuah Randoseru premium boleh mencecah sehingga RM8000!
Randoseru bermula di Jepun sejak zaman pemerintahan Edo lagi, iaitu sekitar 150 tahun dahulu. Lama kan? Ada banyak teori pasal asal usul nama “randoseru” ni, termasuk dari pengaruh Belanda (ransel) dan Jerman (landser).
Teori pengaruh Jerman mengatakan, ianya bermula sebagai menghargai pengorbanan tentera jadi beg yang digunakan di sekolah menyerupai beg yang digunakan dalam militari. Perkataan “Randoseru" berasal dari perkataan Jerman “landser” yang bermaksud ‘askar’.
Berikutan kemenangan Prusia (Jerman) dalam Perang Franco-Prusia, Jepun telah mengadaptasi beg galas tentera Jerman yang bentuknya serupa dengan beg randoseru Jepun.
Tapi beg randoseru ni mula digunakan di Jepun sekitar tahun 1887, masa putera mahkota Jepun masuk sekolah dan guna beg randoseru. Sebabnya dua tahun sebelum tu, kerajaan Jepun buat undang-undang melarang ibu bapa hantar anak ke sekolah. Jadi pelajar perlu berjalan kaki sendiri dengan bawa barang keperluan sendiri dalam beg.
Jadi beg yang selesa amat penting.
Dengan desain yang teliti, beg Randoseru ini didesain untuk tak bebankan tulang belakang pemikul, sebaliknya berat ini dikurangkan dengan adanya kusyen tebal di bahagian belakang Randoseru.
Randoseru premium biasanya diperbuat dari kulit dan mempunyai warranty kualiti. Sebab tu harga dia boleh cecah ribu-ribu, walaupun jenis biasa. Cuma nak lebih murah tu ada je dan biasanya buatan Chinalah. Tapi kalau murah sangat ni, faham-faham lah kualiti dia kan.
Beg randoseru ni amat memudahkan kerana selain berguna untuk bawa barang yang berat, ianya juga sangat tahan lasak, dan selamat. Jadi tak hairanlah kalau ianya boleh digunakan sehingga 6 tahun, atau lebih. Ada juga beg randoseru dijual semula sebagai item second hand lepas 6 tahun pakai tau. Dah macam beg LV pulak kan
Sebenarnya tak ada pun undang-undang Jepun yang mewajibkan pakai randoseru ni ke sekolah, boleh je pakai beg biasa. Tapi sikap orang Jepun ni dia tak nak lain dari yang lain. Hehe. Walaupun ada yang tak mampu nak beli, ada program kumpul beg randoseru second hand & derma pada yang kurang berkemampuan. Begitulah. . #CatatanZunitaDiJepun
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) menegaskan peniaga bazar Ramadan disekitar Pulau Pinang yang menggunakan telefon bimbit, memakai jam tangan dan perhiasan diri ketika mengendalikan makanan boleh dikenakan denda. Tindakan itu dilakukan agar peniga makanan mematuhi peraturan berkaitan aspek pemakaian dan penjagaan kebersihan yang ditetapkan.
Antara kesalahan yang sering ditemui adalah berkaitan kebersihan premis, pekerja tidak mendapat suntikan anti-tifoid dan masalah pakaian pengendali makanan. Keseluruhan kutipan dari kompaun yang dikumpul adalah RM18,200, dan agak banyak. Ini disebabkan ramai peniaga makanan tidak patuh kepada peraturan kebersihan makanan yang telah ditetapkan. Ini boleh menyebabkan pelbagai gejala penyakit dari makanan muncul sehingga berdepan dengan risiko.
Timbalan Pengarah Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP), Ku Nafisah Ku Ariffin berkata, sepanjang operasi yang dijalankan di bazar Ramadan tahun lepas, sebanyak 128 notis membabitkan nilai kompaun berjumlah RM18,200 dikeluarkan kepada peniaga yang gagal mematuhi syarat yang ditetapkan dalam Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009.
Katanya, kebanyakan peniaga mengetahui peraturan yang ditetapkan namun masih ada yang mengambil sikap sambil lewa dengan mengabaikan peraturan. Jabatan kesihatan berharap setiap peniaga mengikut syarat dalam mengendalikan makanan kerana ia penting supaya pengguna mendapat sumber yang bersih dan sihat untuk dimakan.
Minggu lalu, Melaka telah mengubah waktu solat Subuh untuk negeri itu dikurangkan lapan minit. Bermula 6 Januari 2020 pula, waktu solat Subuh di Negeri Sembilan ditambah lapan minit, berbanding takwim solat sedia ada.
Menurut Mufti Kerajaan Negeri Sembilan Datuk Mohamad Yusof Ahmad, keputusan untuk melaksanakan perkara itu telah mendapat persetujuan, daripada Majlis Agama Islam Negeri Sembilan.
Perubahan ini adalah berdasarkan ketetapan, menggunakan parameter altitud matahari 18 darjah di bawah ufuk dalam menentukan waktu subuh, setelah keputusan itu ditetapkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) ke-116 pada 20 hingga 21 November tahun lepas.
"Selaras dengan dengan perubahan ini, semua masjid dan surau di seluruh Negeri Sembilan hendaklah menggunakan azan subuh mengikut perubahan yang telah ditetapkan," katanya.
Tambahnya, sebarang kemusykilan boleh berhubung dengan pegawai Ustaz Mohd Rashidi di talian 06-7652428 atau Ustaz Shamsul Zahri Mohd Salleh di talian 06-7652418.