Bergembira bersama keluarga tidak semestinya perlu membelanjakan wang yang banyak kerana masih banyak perkara boleh dilakukan untuk mengabadikan percutian itu tanpa berbelanja besar. Tahu cara, percutian pasti menyeronokkan, duit untuk belanja juga lebih jimat.

Anda sedang merancang percutian ke negeri pantai timur dengan keluarga tersayang? Nah! jadikan perkongsian daripada Hazwani Hashim ini sebagai panduan dan tambahan kepada bajet dan itinerari percutiaan kalian.

Selamat bercuti~

Plan Bercuti Ramai-Ramai Memang Jimat. Ini Perkongsian Trip Adik Beradik Dari Serendah Ke Kelantan & Terengganu.

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya ingin kongsikan maklumat dan pengalaman saya travel ke sekitar Kota Bharu, Kelantan bersama dua orang kakak kandung, dua kakak ipar (kesemua mereka berusia 40an ke atas dan syukur masih sihat, cergas dan riang) juga bersama seorang anak buah yang terpilih untuk trip ni. hehe.

Plan Bercuti Ramai-Ramai Memang Jimat. Ini Perkongsian Trip Adik Beradik Dari Serendah Ke Kelantan & Terengganu.

Ads

Saya buat konsep kumpul duit macam rombongan. Jika berlebihan, akan di pulangkan. Jika tak cukup, kami akan buat penambahan.

  • Kos anggaran 3hari 2malam: (Untuk seorang)
  • Homestay : RM67.00 [all RM400.00]
  • Minyak : RM50.00 [all RM300.00]
  • Tol : RM33.00 [all RM200.00]
  • Makan-makan : RM150 [all RM900]

Jumlah kasar untuk seorang = RM300.00 [all RM1800]

Kami bertolak pada pukul 4 pagi Jumaat dari Serendah. Singgah solat di Kuala Lipis, Pahang. Waktu perjalanan pergi, kami menggunakan laluan Kuala Lipis – Gua Musang dan melalui Central Spine Road Gua Musang. Dapat dan merasa la tengok sekitar kampung-kampung orang lain. Selama ni kami asyik balik kampung di Utara Kedah dan Perak je. Kemudian, dah masuk Gua Musang, kami sambung ke laluan Gua Musang – Kota Bharu, merentasi Machang.

Trip selama 3 hari 2 malam yang penuh keindahan, keceriaan, kenikmatan dalam mengeratkan hubungan keluarga. Alhamdulillah dari awal hingga balik, takdir Allah mudah urusan kami. Tiba di Bandar Kota Bharu pukul 1pm (9 jam perjalanan ikut laluan kampung) saya drive slow je. Antara tempat-tempat yang kami pergi dari Jumaat hingga Sabtu malam.

Ads
  • Makan tengahari di *Yati Ayam Percik, Kota Bharu*.
  • Makan tengahari di *Warung Pak Mat Pulau Pisang*.
  • Makan malam di *Celoreng Cafe Wakaf Che Yeh*.
  • Makan malam di foodtruck dan gerai sekitar *Bangunan Mara, Kota Bharu* sambil dengar alunan lagu dari buskers.
  • Sarapan pagi Sabtu di *Floating Market Pengkalan Datu*
  • sambung bersantai minum air kelapa di *Pantai Senok*.

Plan Bercuti Ramai-Ramai Memang Jimat. Ini Perkongsian Trip Adik Beradik Dari Serendah Ke Kelantan & Terengganu. Plan Bercuti Ramai-Ramai Memang Jimat. Ini Perkongsian Trip Adik Beradik Dari Serendah Ke Kelantan & Terengganu. Plan Bercuti Ramai-Ramai Memang Jimat. Ini Perkongsian Trip Adik Beradik Dari Serendah Ke Kelantan & Terengganu. Plan Bercuti Ramai-Ramai Memang Jimat. Ini Perkongsian Trip Adik Beradik Dari Serendah Ke Kelantan & Terengganu. Plan Bercuti Ramai-Ramai Memang Jimat. Ini Perkongsian Trip Adik Beradik Dari Serendah Ke Kelantan & Terengganu. Plan Bercuti Ramai-Ramai Memang Jimat. Ini Perkongsian Trip Adik Beradik Dari Serendah Ke Kelantan & Terengganu. Plan Bercuti Ramai-Ramai Memang Jimat. Ini Perkongsian Trip Adik Beradik Dari Serendah Ke Kelantan & Terengganu.

Asalnya salah sorang kakak ku tercinta cakap, nak gi ronda-ronda Kelantan untuk tengok tempat orang sahaja. Taknak beli apa-apa. Tapi, bila adik bongsu dorang bawak pegi Pasar Siti Khadijah (2-2 petang), dan Wakaf Che Yeh (2-2 malam). Bye-bye la rancangan asal. “Kita Serangggg!!! Shoppinggg!!Shoppinggg lagi!!! Begitulah kakak-kakak ku.

Plan Bercuti Ramai-Ramai Memang Jimat. Ini Perkongsian Trip Adik Beradik Dari Serendah Ke Kelantan & Terengganu. Plan Bercuti Ramai-Ramai Memang Jimat. Ini Perkongsian Trip Adik Beradik Dari Serendah Ke Kelantan & Terengganu.

Ads

Pagi Ahad kami bertolak dari Kota Bharu 9pagi, gerak ke arah Kuala Terengganu pulop. (last minute plan). Sampai Kuala Terengganu pukul 12.30pm terus terjah:

  • Jambatan Angkat Kuala Terengganu di Seberang Takir.
  • (demi kakak-kakak ku tercinta nak tengok jambatan baru)
  • makan tengahari di Marang.
  • singgah solat di Kampung Rusila, Marang.

Plan Bercuti Ramai-Ramai Memang Jimat. Ini Perkongsian Trip Adik Beradik Dari Serendah Ke Kelantan & Terengganu. Plan Bercuti Ramai-Ramai Memang Jimat. Ini Perkongsian Trip Adik Beradik Dari Serendah Ke Kelantan & Terengganu.

Dalam 2.30pm gerak balik ke arah Kuala Lumpur melalui LPT exit Bentong.
Tiba pukul 9pm. Syukur yaAllah.

  • *Kos sebenar* sepanjangg trip ni untuk seorang:
  • Homestay : RM67.00 [all RM400.00]
  • Minyak : RM40.00 [all RM240.00]
  • Tol : RM8.33 [all RM50.00]
  • Makan-makan : RM98.33 [all RM590]

*Jumlah sebenar* untuk seorang = RM213.66 sahaja.
Di pulangkan RM86.34 sambung shopping di Marang. beli sata. nyumm.

p/s: Dapat pergi trip antara 4-6 orang, memang sesuai untuk penjimatan kos. kami banyak habis Shopping. Dan jangan lupa bawak topeng muka, hand sanitizer ya.

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI