Plan Bercuti Ke Sarawak? KoRang Wajib Isi Borang Pengisytiharan Kesihatan

Share

Ambil perhatian buat anda yang bercadang bercuti ke negeri Sarawak!

Warganegara Malaysia dari Semenanjung, Sabah dan Labuan yang sudah merancang untuk memasuki negeri Sarawak ketika ini (6 Ogos) tidak perlu lagi memohon dan mengisi borang ‘EnterSarawak’. Bagaimanapun, mereka masih diwajibkan mengisi Borang Pengisytiharan Kesihatan, demikian diputuskan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN).

  • Bagi warganegara asing dan warganegara Malaysia yang tiba atau transit dari luar negara, mereka masih perlu memohon dan mengisi borang EnterSarawak dan Borang Pengisytiharan Kesihatan.
  • Warganegara Malaysia dari Semenanjung, Sabah dan Labuan yang masuk ke Sarawak dengan destinasi terakhir mereka di kawasan pedalaman serta jauh dari klinik kesihatan yang ada menyediakan kemudahan untuk mengambil sampel COVID-19, akan dikuarantin di hotel. Sampel akan diambil pada hari kedua dan sekiranya keputusan adalah negatif, barulah mereka dibenarkan balik ke rumah masing-masing.
  • Warganegara Malaysia yang menjadikan mana-mana kawasan yang menyediakan kemudahan mengambil sampel COVID-19 sebagai destinasi terakhir mereka akan dipakaikan gelang tangan dan dibenarkan balik ke rumah masing-masing.
Oleh
Husna