Tahu tak di Ipoh ada lokasi yang sangat menarik dan tidak mengecewakan untuk disinggah?
Jika berada di Ipoh jangan lupa luangkan sedikit masa ke Taman Rekreasi Gunung Lang, Ipoh, Perak. Terletak di utara pusat bandar raya Ipoh, kawasan ini merangkumi taman seluas 30.35 hektar dan tasik seluas 14.16 dengan berlatarbelakangkan bukit batu kapur Gunung Lang dan Gunung Bilike.
Taman ini dilengkapi tiga tasik buatan yang dipenuhi pelbagai spesies ikan air tawar. Pelbagai keistimewaan lain yang ada di sini antaranya air terjun buatan manusia selain menawarkan pelbagai aktiviti riadah lain seperti memancing, mendaki bukit, merentas belukar, menjelajah gua dan banyak lagi.
Lokasi ini sangat terkenal dijadikan ‘stop over point’ laluan pengguna Lebuh raya Utara Selatan. Untuk datang ke destinasi ini, penggunjung perlu melalui Lebuhraya Utara Selatan melalui susur keluar Sungai Siput dan Jalan Kuala Kangsar. Alang-alang jika anda dalam perjalanan dari utara ke selatan, atau selatan ke utara singgahlah sebentar di sini. Memang tak rugi!
Ada Lagi Yang Menarik?
Sumber: Perak Hari Ini