Sungguh cantik Lombok bila terbentang langit biru dan gunung-ganang serta air laut biru. Patut lah ramai yang suka datang berbulan madu di sini, cukup sesuai untuk tenangkan emosi.
Namun jika anda belum pernah sampai tetapi nak lihat suasana di sana, boleh rujuk pengalaman Puan Laila Nadrah
ini yang pergi 4 hari 3 malam ke sana.Bermula dari 28/9/23 -1/10/23, Puan Laila berlibur di Lombok. Jom ketahui apa yang menarik kat sana.
Airport Lombok – Senggigi.
Damri bus ke senggigi. Stay di Puri Saron 2 malam.
Sewa motor besar (150k rp/ day) di Senggigi – Jeti Bangsal – Gili Trawangan.
Naik public boat (20min) 50k rupiah per pax pergi balik. Ambil pakej snorkeling 3point, 250k rupiah per pax. Kalau tak minat snorkeling, boleh naik bot jalan-jalan sewa basikal di pantai. Lagi jimat!
Senggigi – Bukit Selong – Sembalun.
Sewa supir 3 jam perjalanan dari senggigi ke sembalun. Balik dari sembalun check in di Mataram ( Fave hotel)
Mataram – selong belanak- mawun beach-bukit merese-tanjung aan beach – lombok airport (sewa supir)
Keseluruhannya, Lombok cukup cantik dengan cuaca terang panas, air biru, gunung bukit nampak jelas.
Jika anda rasa nak ke Lombok, jangan lupa singgah beberapa tempat ini, ya!