Oleh kerana penutupan pintu masuk ke luar negara akibat Covid-19, ramai yang mengambil kesempatan hanya bercuti dalam negara.
Sebenarnya dalam negara kita juga banyak tempat atau lokasi menarik untuk menghabiskan masa bercuti bersama keluarga atau rakan-rakan.
Dan salah satunya adalah Pulau Langkawi. Baru-baru ini pelakon Nora Danish mengambil peluang meraikan sambutan hari lahir salah seorang temannya di Pulau Langkawi.
Apa yang menariknya dalam percutian ini Nora Danish dan rakan-rakannya sepakat mengenakan baju bertema warna menjadikan foto diambil sangat cantik dan menarik.
Ads
Dan sudah tentunya pemilihan lokasi percutian juga penting dalam memberikan keselesaan dan kegembiraan sepanjang percutian ini.
Nampaknya bagi mereka yang tinggal di negeri fasa kedua PPN dan telah lengkap 2 dos vaksin diberi keistimewaan untuk rebut peluang bercuti bermula 26 Ogos lalu.
Salah satunya penginapan bersama Lexis Hotel Group terutama bagi penduduk di Negeri Sembilan dan Pulau Pinang yang beralih ke fasa kedua Pelan Pemulihan Negara (PPN).
Ini juga sejajar dengan pembukaan Lexis Suites Penang kepada penduduk di Pulau Pinang yang sudah melengkapkan vaksin dengan pengumuman fasa kedua PPN di negeri itu sejak 10 Ogos lalu.
Ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), hotel dan resort Lexis hanya dibuka kepada pekerja essential namun bermula 26 Ogos lalu, ia dibuka kepada semua tetamu di Negeri Sembilan dan Pulau Pinang yang memenuhi syarat dan kriteria berikut.
1. Semua petugas barisan hadapan
2. Pekerja essential dengan surat kelulusan MITI
3. Warganegara Malaysia dan asing yang sudah lengkap vaksin (negeri Fasa 2)
Individu-individu yang telah lengkap divaksin adalah individu yang telah memenuhi kriteria-kriteria berikut:
1. Bagi jenis vaksin yang memerlukan dua dos suntikan (seperti Cormirnaty (Pfizer-BioNTech), Vaxzevria (Oxford-AstraZeneca) dan CoronaVac (Sinovac) – individu berkenaan mestilah telah melepasi hari ke-14 dari tarikh suntikan dos kedua; atau
2. Bagi jenis vaksin yang hanya memerlukan satu dos suntikan (seperti COVID-19 Janssen (Johnson&Johnson) dan Convidecia (CanSino) – individu berkenaan mestilah telah melepasi hari ke-28 dari tarikh suntikan.
3. Kad/Sijil Digital Vaksinasi COVID-19 dikemukakan sebagai bukti
4. Individu yang telah menerima vaksinasi lengkap dibenarkan membawa anak-anak berusia 17 tahun dan ke bawah, di hotel-hotel dan resort Lexis, dengan mematuhi protokol kesihatan umum. Para tetamu juga dapat menikmati percutian mereka di persekitaran yang selamat di hotel-hotel dan resort Lexis.
Berikut adalah SOP yang ketat diamalkan di semua hotel dan resort Lexis untuk menjaga kesihatan dan kesejahteraan semua tetamu yang telah lengkap vaksin:
1. Pemeriksaan suhu badan dan polisi wajib memakai pelitup muka sebagai protokol standard
2. Borang pengisytiharan kesihatan, log masuk tanpa sentuhan (termasuk pengimbasan aplikasi MySejahtera) dan pemeriksaan Sijil Vaksinasi Digital semasa ketibaan
3. Peningkatan kekerapan pembersihan ke semua permukaan sentuhan tinggi dan kawasan umum yang digunakan oleh para tetamu di seluruh hotel dan resort oleh kakitangan pembersihan profesional
4. Penggunaan pembersih dan pembasmi kuman kelas perubatan di seluruh hotel-hotel dan resort
5. Kolam renang peribadi di dalam bilik sentiasa dibasmi kuman dan dijaga dengan baik sepanjang masa
6. Pengamalan jarak sosial dan dine-in yang selamat, serta amalan keselamatan makanan yang dipertingkatkan
Tak ramai tahu di Kuching, Sarawak juga mempunyai tarikan mural untuk tatapan pelancong, sama hebat macam apa yang terdapat di George Town, Pulau Pinang.
Ada pelbagai jenis mural yang ada di Kuching seperti ikon negeri Sarawak iaitu Burung Enggang, Orang Utan, peniaga pasar malam dan si penghibur jalanan.
⭐ TRIVIA Pengguna aplikasi akan mengimbas QR-code yang ada di mural berkenaan dan informasi mengenai mural dan sejarah di kawasan tersebut akan dipaparkan
Selain daripada seni mural yang menghidupkan lagi panorama menarik di Kuching, Sarawak tampil dengan inisiatif yang lebih unik apabila bakal melancarkan satu aplikasi bagi menceritakan sejarah seni mural yang dipamerkan.
Setiap mural menarik yang dikenalpasti di Kuching akan diletakkan QR-code untuk diimbas oleh pelancong dan mereka boleh mendapatkan informasi berkenaan mural dan sejarah tempatan tempat mural itu dilukis.
Canggih Kuching sekarang. Sambil melancong sambil belajar sejarah tempatan yang ada. Jadi apa tunggu lagi? Dilancarkan saja aplikasi ini di Google Play dan Apps Store terus download dan jom selfie dekat semua mural yang ada di Kuching, Sarawak!
⭐ TRIVIA Penggunaan teknologi itu akan membantu meningkatkan nilai hartanah di kawasan Warisan Lama termasuk di Lebuh India di sini
Buat anda yang nak bercuti di Bali, dua lokasi ini menjadi tumpuan bagi mereka yang suka berbelanja untuk healing.
Sekiranya membeli-belah bukanlah terapi anda, apa kata anda cuba menerokai pengalaman yang berbeza di Sanur dan Ubud.
Ini antara yang menarik bila berkunjung ke dua lokasi berkenaan:
1) 1o1 Bali Oasis, Sanur
Sekiranya merancang untuk ke Sanur, 1o1 Bali Oasis Sanur boleh dijadikan penginapan healing anda.
Bilik dekorasi minimal ala Bali dengan dua buah kolam renang untuk anda pilih untuk bersantai.
Dekorasi di lobi pula dihias dengan pelbagai replika menarik seperti kereta antik untuk sesi foto.
2) Villa Cella Bella, Ubud
Suasana villa yang romantik, sesuai bergambar di setiap sudut untuk media sosial anda.
Tiga buah kolam renang untuk dipilih. Ada kolam renang kaca, kolam renang inifniti dan kolam renang utama, yang mana ketiga-tiga kolam renang ini berhadapan dengan kehijauan rimba Ubud.
Villa pula dihias mewah dan setiap villa ditugaskan kakitangan khas untuk memastikan penginapan anda berjalan dengan lancar.
Lokasi Untuk Makan
1) Sanur
Sekiranya anda menginap di 1o1 Bali Oasis Sanur, anda tidak perlu pergi ke kafe atau restoran di luar kerana di hotel sudah terdapat pelbagai menu tempatan dan juga antarabangsa.
Sambil menikmati pilihan juadah yang enak, penginap juga dihiburkan dengan irama gamelan oleh pemain gamelan Bali.
Tapi sekiranya anda ingin meneroka makanan di Sanur, terdapat kedai makanan sihat di sepanjang jalan berdekatan dengan hotel tersebut.
2) Ubud
Terdapat dua restoran yang perlu anda kunjungi jika anda berada di sini.
Bagi mereka yang ingin mencuba makanan vegan, jangan lupa ke Wild Vegan yang terletak di pusat Ubud.
Pasta vegan dan sup labu adalah antara menu wajib cuba.
Jika anda penggemar daging itik, jangan lupa ke Bebek Bengil yang juga terletak di tengah pusat pelancongan Ubud.
Masakan yang berasaskan itik dicampur dengan ramuan rempah ratus asli Bali bagi memastikan keenakan cita rasa Bali kekal terpelihara kelazatannya.
Healing Layani Persembahan Kebudayaan
Sekiranya anda penggemar lagu-lagu moden, di sepanjang Pantai Sanur terdapat restoran-restoran yang menyediakan live band mengikut cita rasa anda.
Muzik yang disediakan terdiri daripada jazz hinggalah ke rock.
Bagi yang ingin menikmati persembahan tradisional Bali, Ubud adalah tempat yang sesuai untuk anda.
Sekiranya anda ingin mencari kelainan selain tarian kecak di Uluwatu, anda boleh melihat persembahan tradisional legenda Ramayana dan Sinuman di sebuah kuil berhadapan dengan Art Market Ubud.
Pastinya di Bali terdapat pelbagai aktiviti untuk agenda jalan-jalan dan healing anda.
Pastikan aktiviti ini tersenarai dalam agenda anda ke Bali nanti. Apa yang ditunggu lagi, jom healing di Bali!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!