Ini adalah homestay persendirian di dalam bangunan apartment. Jadi tiada lobi khusus untuk menerima tetamu seperti di hotel.
Apa yang penting, anak pasti akan suka dengan persekitaran homestay ini yang mesra kanak-kanak. Banyak aktiviti anda boleh buat, tidak lah cuma layan Tv.
Insyirah Homestay Mutiara Melaka
Tetapi proses check-in agak mudah, hanya ambil kunci di mailbox kemudian boleh terus masuk homestay. 1 unit parking diberi, berdekatan dengan lif. Kalau datang lebih dari 1 kereta boleh parking di lot visitor.
Jumlah Bilik Yang Ada
Homestay ini mempunyai 2 bilik tidur dan 2 tandas. 1 tandas di dalam bilik tidur utama dan 1 lagi tandas di luar untuk dikongsi bilik tidur ke-2 dan tetamu lain.
Bilik tidur utama mempunyai pemandangan terus ke arah Pantai Puteri.
Di dalam bilik tidur utama, ada almari yang mana dalamnya ada iron, sejadah yang gebu, picnic mat, selimut, bantal. Ada juga kerusi healing untuk dibawa ke pantai.
Bilik tidur ke-2 ada kawasan permainan kanak-kanak. Ada slide, ada monkey bar & wall climbing.
Dapur cukup teratur dan peralatan untuk memasak memang lengkap. Mesin basuh pun ada dan internet okay. Fasiliti di apartment ini pun terbaik.
Anda yang stay sini boleh pergi pantai dan boleh jadi sangkut dengan facilities lengkap di situ. Mana tidak, siap ada games room, kids playroom, reading room, party room, activity room, dan karaoke room.
Owh ya, ada outdoor playground, kolam renang, dan bbq area juga. Ini port paling penting ramai cari sebab nak puaskan hati anak-anak, bukan?
Memang puas hati menginap sini. Siapa yang nak bercuti tepi pantai kat Melaka, boleh try homestay ni.
Bab parking pun tak perlu risau sebab percuma untuk anda yang menginap di sini. Jadi, jom lah bercuti di Melaka pula!
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Lelaki Kongsi Trip Summer Ke Iceland, Dapat Tengok Fenomena Midnightsun & Capture Gambar Cantik. Epik Sangat!
Iceland antara destinasi yang sering menjadi bualan ramai kerana keunikan dan kecantikan negara itu sendiri.
Dapat berkunjung ke sana pastinya antara wish list para pengembara. Tambah pula bila berkunjung ketika musim panas yang mana waktu siangnya sangat panjang dan malamnya langsung tidak gelap.
Berpeluang berkunjung ke Iceland pada musim panas yang lalu memberikan peluang kepada Khairul Hafiz dan teman-teman untuk melihat sendiri fenomena Midnightsun yang cukup cantik.
Mengabadikan foto-foto cantik sepanjang percutian ke sana, Khairul Hafiz turut berkongsi info tentang Iceland untuk rujukan pengembara.
Sambil enjoy tengok gambar-gambar cantik yang dikongsikan, jangan lupa juga baca coretan Khairul tentang Iceland yang cukup menarik!
Trip Iceland Summer Midnight Sun
Dalam istilah geologi, Iceland adalah sebuah negara yang masih muda dan masih dalam pembikinan. Jika bumi dikatakan berusia 4.5 billion tahun lamanya, batu yang tertua di Iceland hanya berusia sekitar 16 juta tahun lamanya.
Kedudukannya terletak di tengah rantaian gunung Atlantic, di mana plat tektonik Eurasian dan Amerika Utara dengan perlahan terpisah membuatkan Iceland terpecah kepada barat dan timur sekitar 2cm dalam jarak masa setahun.
Jika menjenguk di tingkap kapal terbang ketika penerbangan menghampiri Lapangan Terbang Kefkavik, kita dapat melihat rekahan lava mengarah pada satu arah yang sama, dan ia juga kelihatan seperti sebuah kek yang telah ditinggalkan terlalu lama di dalam oven.
Kesan daripada keadaan ini dapat dilihat pada landskap di Pingvellir National Park di mana lurah gaung dan dinding batu bersusun pada susunan tertentu yang sama.
Plat pada permukaan lautnya pula bergerak pada arah yang bertentangan, menyebabkan tekanan berlaku kepada kerak bumi, dan akhirnya ia melepaskan tekanan melalui kejadian gempa bumi dan erupsi gunung yang membentuk gugusan gunung berapi di tengah-tengah Lautan Atlantik.
Di bawah mukabumi Iceland terdapat gumpalan mantel tambahan dengan lebih banyak gunung berapi, menyebabkan pulau itu tertimbul tinggi dari lautan, dengan sebab kejadian itu ia digelar sebagai Land of Fire.
Sebagaimana namanya, Iceland juga digelar sebagai Land of Ice. (Walaupun ais yang ada di Iceland tidaklah sebanyak seperti yang ada di Greenland). Sekitar 10% daripada permukaan bumi Iceland ini diliputi oleh glacier. Ia berada di kedudukan Latitud yang tinggi, hanya sedikit terkeluar di bawah bulatan Artik.
Beberapa gunung berapi yang masih aktif di Iceland juga tertimbus di bawah glacier seperti Grimsvotn dan Katla.
Ada beberapa kekeliruan berlaku tentang Iceland. Pertama, ia sebuah negara yang sejuk, namun ia tidak sesejuk seperti di kawasan bulatan Artik yang lain. Di situ terdapat satu fenomena dinamakan Gulf Stream. Di mana, ada arus lautan yang membawa angin panas dari Teluk Mexico, ke Lautan Atlantik membuatkan suhu di Iceland lebih tinggi dari yang sepatutnya.
Ketika musim sejuk, purata suhu adalah sekitr 0 darjah C dan ketika musim panas purata suhu adalah sekitar 11 darjah C.
Ketika musim panas inilah, kami dapat menikmati suasana midnight sun. Satu fenomena di mana malamnya tidak gelap, masih terdapat cahaya matahari dan cahaya matahari pagi sangat cantik dapat dilihat seperti langit yang terbakar berwarna oren kemerahan, merah jambu serta ungu.
Waktu Maghrib juga hanya masuk pada sekitar pukul 11.30malam, dan Isyak pula pada pukul 12.30 malam, manakala waktu Subuh pula pada pukul 1.30 pagi.
Jika kita berpuasa, semasa kita berbuka puasa, belum sempat nak sendawa, kita dah terdengar azan subuh. Hihi!
Orang Iceland akan berkata,
“Jika anda tidak sukakan cuaca pada hari ni, tunggu lagi dalam lima minit.”
Ini kerana suhu di Iceland boleh berubah sekelip mata dalam masa 5minit. Sedang awan mendung hitam di atas, dan hujan turun rintik-rintik, dalam masa 5 minit, tiba-tiba awan hitam berarak pergi, dan cahaya matahari muncul dan memberi silauan cahaya matahari kepada pemandangan.
Dalam masa sehari, kita boleh merasa hujan, angin yang kuat, salji, hujan batu dan cahaya matahari dalam masa yang singkat.
Antara fakta yang kadang-kadang ramai orang tersalah adalah, Iceland adalah pulau yang kecil. Fakta sebenar adalah Iceland adalah sebuah pulau yang sangat besar sekitar 103,000 km persegi, lebih besar dari kebanyakan negara eropah seperti Hungary, Austria dan Portugal.
Oleh kerana penduduk di seluruh Iceland hanya sekitar 380,000 orang, kepadatan penduduknya sangat kurang. Jika kita memandu di Iceland, kadang-kadang dapat melihat hanya 2 atau 3 buah rumah, kemudian dalam selang jarak yang lama lagi baru kita dapat jumpa lagi beberapa buah rumah yang lain.
Orang Iceland sendiri mengatakan, kambing berbiri lebih ramai di Iceland sekitar 800,000 ekor berbanding jumlah manusia.
P/s: Saya kongsikan beberapa gambar yang saya ambil sendiri ketika lawatan ke Iceland pada Jun dan Julai yang lepas Trip Iceland Summer Midnightsun.
Land of Fire and Ice.
Catatan Nota Lensa Kembara,
Khairulđer Hafizsson
Kapten Lensa Kembara,
Reykjavik, Iceland
Sumber: Khairul Hafiz
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Pantai Chenang, Langkawi Sunyi Sepi
Tidak terjangkau oleh akal, Pantai Chenang yang riuh menjadi lokasi tumpuan pelbagai kegiatan sukan air, bersantai, serta merakam gambar kenangan di sini boleh sunyi sepi apabila suasana menjadi lengang tiba-tiba, tanpa kehadiran pelancong atau sebarang aktiviti.
Lokasi yang sentiasa meriah dengan hiruk-pikuk pelancong kini kelihatan kosong berikutan Perintah Kawalan Pergerakan bagi membendung penularan COVID-19, sejak 18 Mac lepas. Pantai Chenang boleh dijadikan gambaran terbaik kepada situasi dihadapi industri pelancongan Langkawi yang begitu terkesan susulan penularan wabak itu.
Wabak COVID-19 memberi impak besar kepada hampir semua penduduknya, bukan sahaja dari sektor pelancongan, malahan ekonomi. Langkawi sudah dikategorikan sebagai zon hijau kerana pesakit terakhir COVID-19 telah sembuh dan dibenarkan keluar dari Hospital Sultanah Maliha, tetapi sektor pelancongan masih tidak dapat bergerak dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini. Industri pelancongan menyumbang 60 peratus kepada ekonomi pulau ini, jadi apabila kehadiran pelancong merudum dengan mendadak, situasi menjadi sangat mendesak.
Presiden Persatuan Pemandu Pelancong Langkawi (LTGA) Ardi Bahador berkata 220 orang ahli persatuan yang berkhidmat sebagai ‘duta kecil pelancongan’ hilang punca pendapatan, dan kini buntu memikirkan masa depan mereka. Rata-rata ahli persatuan merupakan pemandu pelancong sepenuh masa, pemandu pelancong bebas, dan juga bergaji harian. Ini bermakna sumber pendapatan mereka bergantung kepada kehadiran pelancong. Situasi sekarang benar-benar memberi tekanan, ada ahli persatuan cuba untuk mencari pendapatan sampingan seperti menjadi pemandu e-hailing, dan ada yang membuat jualan dalam talian, tetapi masih tidak dapat menampung kehidupan yang semakin mencabar.
Namun ahli persatuan bersyukur kerajaan ada memberi bayaran secara one-off sebanyak RM600 kepada pemandu pelancong yang berdaftar kerana impak wabak COVID-19 kepada industri pelancongan, dan berharap ada bantuan lain serta sesuai masih boleh disalurkan.
Sumber: Bernama
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
16 Tempat Menarik Kat Kelantan Kena Singgah, Baru Lengkap Percutian Di Negeri Cik Siti Wan Kembang Ni!
Kelantan cukup terkenal dengan keenakan dan kepelbagaian makanan, selain itu juga, negeri Cik Siti Wan Kembang ini juga mempunyai banyak tarikan menarik untuk dikunjungi.
16 tempat yang disenaraikan ini antara tempat dan makanan menarik yang ada di Kelantan. kalau korang ada plan nak bercuti ke sini jangan lupa singgah di tempat-tempat ini, barulah lengkap percutian korang ke Kelantan!
- Pasar Siti Khadijah
Kalau datang Kelantan tapi tak tidak singgah di sini memang tak lengkap. Kat sinilah tempat peniaga sayur-sayuran, buah-buahan dan macam-macam lagi barangan ada dijual. Nak beli keropok, serunding, kuih-muih dan jajan-jajan untuk buah tangan pun ada dijual kat sini. Kat sini juga ada menjual makanan dan minuman yang enak, boleh ke tingkat satu Pasar Siti Khadijah dan nikmati pelbagai juadah di sana.
- Street Art, Kota Bharu
Terletak di belakang deretan kedai, tempat ini dijadikan laluan seni oleh Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) sejak 2016. Ia diwujudkan hasil kerjasama Persatuan Seni Lukis Kelantan dan syarikat cat Jotun. Memang sesuai nak OOTD kat sini.
- Kopitiam Kita
Roti Titab yang menjadi buruan sehingga ada yang sanggup menaiki kapal terbang dari Kuala Lumpur ke Kelantan semata-mata untuk merasai keenakan hidangan itu.
- Muzium Wau
Wau dan Kelantan memang cukup sinonim, kalau korang nak tengok pelbagai jenis Wau bolehlah ke Muzium Wau. Antara jenis wau yang dipamerkan di situ adalah Wau Kenyalang (Sarawak), Wau Puyuh (Kelantan), Wau Kikik (Melaka), Wau Seri Bulan (Perak), Wau Helang (Perlis & Terengganu) dan banyak lagi.
- Pantai Senok, Bachok
Mendapat julukan Pantai Nami, keindahan lanskap di sini persis di Kepulauan Nami, Korea Selatan seperti yang dipaparkan dalam filem terkenal Winter Sonata. Dikelilingi pokok-pokok ru yang tinggi dan tersusun, ini juga antara port OOTD yang cantik.
- Alemy Meggi Ketam
Rugi kalau ke Kelantan tak cuba makan meggi ketam. Ketam yang digunakan dalam mee segera yang dimasak dalam sup adalah ketam nipah. Korang boleh pilih sendiri saiz ketam yang korang nak. Ketam memang segar dari laut, memang puas hati!
- Pok Weil Tiram Fresh
Penggemar oyster segar boleh cuba makanan viral ni kat sini.
- Masjid Razaleigh
Seakan masjid di Masjidil Haram, kalau korang ke Kelantan naik kereta dan lalu jalan Gua Musang, wajib singgah. Sambil berhenti untuk solat dan berehat bolehlah OOTD sekali.
- Jeram Mengaji Agro Resort
Kat sini kalau nak bergambar memang cun dan cantik, tempatnya macam dah kat New Zealand. Datang pagi-pagi boleh tengok kabus tebal. Dah puas bergambar dan main sungai boleh beli susu, dadih dan produk tenusu lain.
- Kota Sultan Ismail Petra
Mercu tanda korang dah sampai dekat Kota Bharu. Wajib bergambar kat sini tau!
- Singgora
Penginapan dan juga tempat makan yang masih mengekalkan seni bina Melayu Tradisional. Terletak tak jauh dari bandar KB. Dapat makan kat sini pun menarik sebab tempat ini menyediakan hidangan tempatan seperti nasi bersama ulam-ulaman dan budu serta lauk pauk kampung
- Lalang’s Resort & Spa
Terletak di kawasan air terjun dan sungai yang sentiasa terpelihara, memang sesuai sebagai tempat percutian keluarga. Memang tenang dan damai je kat sini, tempat pun cantik, banyak sudut boleh bergambar.
- Latar Kashmir
Cukup terkenal di kalangan penduduk tempatan, tempat ini masih lagi belum banyak diteroka. Mempunyai pemandangan yang cantik dengan air terjun yang landai, lepas dah singgah masjid Razaleigh boleh waze ke Lata Kashmir pula.
- Drum & Desk
Yang nak minum dan makan sambil ber-OOTD di café cantik, Drum & Desk yang terletak di Taman Sari, Kota Bharu ini memang cantik. Hidangan pastri yang disediakan di sini menggunakan sourdough. Ada juga menu lain untuk korang makan dan semuanya sedap-sedap.
- Nasi Ulam Cikgu
Yang sukakan lauk pauk kelantan bersama budu, boleh singgah kat sini. Kalau datang bercuti naik pesawat, boleh terus lunch kat Nasi Ulam Cikgu kerana lokasinya berdekatan dengan lapangan terbang.
- Pantai Nusuk
Lokasi tersembunyi sebuah pantai di Sabak membuatkan kawasan ini dikenali sebagai Pantai Nusuk. Tempatnya cantik dan masih lagi belum banyak diteroka. Ia makin popular dan menjadi tumpuan ramai bila hujung minggu.
Kredit: Haikal Ahmad
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI