Piknik di sungai antara aktiviti hujung minggu yang menjadi pilihan masyarakat di Malaysia. Memang banyak sungai yang jernih dengan kawasan yang cantik untuk dijadikan port piknik bersama keluarga.
Antara tempat yang menjadi pilihan Siti Melur dan keluarga untuk berpiknik adalah Nur Laman Bestari Eco Resort yang terletak di Ulu Yam, Selangor. Kesempatan bersama keluarga tersayang ke lokasi perkelahan ini pada awal tahun sangat menyeronokkan.
Air sungai yang jernih dan dapat buat pelbagai aktiviti lain seperti bermain ATV, BBQ dan sebagainya, memang jadi port baik untuk aktiviti bersama keluarga.
Bagi yang nak camping, kat sini juga ada campsite yang boleh disewa. Dimiliki oleh orang persendirian membuatkan tempat ini lebih privasi dan tidak sesak untuk berkelah bersama keluarga.
Nak tahu apa yang menarik ada kat sini, ikuti perkongsian Siti Melur:
Port Piknik & Mandi Sungai Best Di Ulu Yam
Hai guys. Just nak share tempat untuk campsite, atau mandi sungai picnic dekat KL Selangor. Memang recomended. Tempat best, sungai jernih, kawasan luas, bersih, dan mcam-macam aktiviti ada kat situ.
Ads
Kami just ambil pakej untuk picnic, tak bermalam. Kalau untuk picnic dari 8.30am- 5pm.
Bagi saya ini tempat ni memang terbaik & facilities serba lengkap. Kawasannya sangat luas. Parking luas, Sungai bersih. Yang best wakaf/pondok yang kami ambil betul-betul dekat dengan sungai. Campsite pun ada (korang boleh rujuk gmbar). Memang dah provide siap-siap dengan khemah. Bagi kami memang best la untuk picnic dan aktiviti bersama keluarga. tak crowded. Anak-anak pun enjoy.
REVIEW :
Toilet & Bilik Mandi ( Bersih & luas) dekat dengan wakaf/gazebo/pondok
Ads
Pondok – boleh pilih yang jenis mana – ada sinki,kipas ceiling, plug point – kami pilih pondok lantai hijau ( RM100)
Bbq pit (ada di setiap pondok dan boleh request kalau tak ada, bayar RM50
Parking- luas, dekat dengan campsite
Management – baik, senang berurusan
Ads
Antara chalet yang ada kat sinicampsitepool
Apa yang best kt situ air sungai jernih, sejuk dan tak bahaya untuk kids. Macam-macam aktiviti ada kat situ, ATV pun ada. Pool ada 3 dan ada slides untuk kids. Memang best lah. Kids pun siap tak nak balik. Boleh tengok gambar kami untuk aktiviti kami kat sana. And dekat situ ada jugak chalet, kalau nak bermalam pun boleh sama ada di campsite atau chalet boleh refer management. Harga wakaf/pondok/gazebo boleh tengok kat komen.
So untuk korang yang nak cari tempat untuk mandi sungai and aktiviti bersama family time weekend memang saya suggest untuk ke sini.
Kerap saya lihat gambar cantik di puncak Kerunai dan Kenderong; terutamanya video serta gambar matahari terbit dan awan tebal hanya di bawah kaki (awan karpet). Awan di sini tebal dan gebu, mungkin kerana kedudukan kedua-dua gunung ini dilitupi hutan tebal dan berhampiran hutan Royal Belum. Saya berharap hutan ini tidak akan diteroka oleh pembalak atau dijadikan chalet atau resort berhampiran!
Yang rendah ialah si adik Kerunai, yang tinggi si abang Kenderong. Foto: http://renbowlala.blogspot.my
Gunung Kenderong dan Gunung Kerunai merupakan gunung yang tidak terletak atas mana-mana banjaran. Ia tersergam di kawasan Grik dan boleh di lihat jelas dari pekan Grik jika cuaca cerah dan tidak berkabus. Kedua-dua gunung ini hanya bersebelahan, juga dikenali sebagai K2 Perak atau Kembar Dua. Gunung Kenderong berketinggian 1223M dan Gunung Kerunai berketinggian 1000M dari aras laut.
Gunung Kenderong dikatakan lebih sukar didaki berbanding Kerunai. Untuk ke puncak Kenderong perlu mendaki curam sehingga 60-80 darjah. Ramai pendaki mengatakan ini cabaran terhebat sebelum dapat ke puncak dan menikmati indah ciptaan Allah.
Kedua-dua gunung dilitupi hutan Dipterokarp Bukit, hutan Dipterokarp Atas, dan hutan Montane. Terdapat banyak flora di gunung ini yang mempunyai nilai perubatan.
Selamat memburu sunrise/sunset dan awan karpet dan bersama jaga hutan kita.
Gunung Kenderong terletak di Kampung Pahat mempunyai ketinggian setinggi 1,223 meter (4,012 kaki). Gunung ini pernah terbakar sebanyak dua kali diyakini kerana api perkhemahan yang tidak dipadam sepenuhnya. Harap kita sama beringat tentang ini demi memelihara alam kita.
Sunrise & Awan Karpet @ Gunung Kerunai. Hayati indah ciptaan Allah & fahami melalui al-quran. LIBUR sokong kempen World #QuranHour 31 Ogos ini. Walau dimana anda berada, luangkan masa anda. Baca,amal,faham.Video: Mohamad Khairullah / Bunny Hikers #libur #QuranHour #kerunai
Brunei Darussalam sememangnya satu negara yang sangat menarik untuk dilawati. Selain daripada faktor kedudukannya yang berdekatan dan berjiran dengan Malaysia, faktor budaya,, kesenian dan tempat makan makanan tempatan yang terdapat di sana juga antara sebab menarik mengapa anda perlu berkunjung ke Brunei.
Tapi berkunjung ke sana tanpa tahu tempat-tempat yang menarik untuk dilawati pun tak berbaloi juga. Jadi di sini saya kongsikan satu perkongsian itinerari dan info oleh Romi Zunaidi berkenaan tempat-tempat pelancongan menarik yang terdapat di Brunei untuk anda lawati.
Tempat-tempat yang beliau senaraikan cukup menarik, rugi kalau anda tak ambil sedikit input daripada apa yang dikongsikan di sini. Nah, tanpa buang masa, jom kita baca apa yang disampaikan oleh saudara Romi Zunaidi ini.
Matawang Brunei Dollar (BND)
1 Dollar lebih kurang RM3. Kadang-kadang bila anda membayar sesuatu penjual ada menyebut 1ringgit sahaja tetapi maksudnya 1 Dollar Brunei. Jangan salah faham. Hanya sebutan sahaja tapi nilainya tetap Brunei Dollar. Jangan pula bayar dalam ringgit Malaysia pula.
Penginapan
LeGallery Suites Hotel, Bandar Seri Begawan
34 BND
(Recommended sebab lokasinya yang strategik dan berdekatan dengan restaurant dan pasaraya. Ada 3 tempat lawatan yang saya berjalan kaki dari sini. Pickup dari airport free bagi sesiapa yang menginap di sini)
LeGallery Suites Hotel. 1 Night 34BND for 2 person.LeGallery Suites Hotel. Tingkat dua. On the way ke bilik.
Pengangkutan
Ada traveller yang menyewa kereta tetapi bergantung kepada kemampuan dan itinerari anda. Seperti saya hanya download apps ‘DART’. Di Brunei tiada grab. Hanya satu perkhidmatan e-hailing beroperasi di sana iaitu DART. Harganya semasa saya cuba jika lingkungan jarak dalam 3km adalah 5 Dollar Brunei. Ada yang jarak dalam 7km dalam 7 Dollar. Tidaklah murah tetapi berbanding taxi lebih baik anda menggunakan Dart.
Tempat-tempat lawatan yang sempat dikunjungi.
1) Masjid Omar Ali Saifuddien
2) Royal Regalia Museum
3) Maritime Museum
4) Malay Technology Museum
5) Jame’Asr Hassanik Bolkiah Mosque
6) Jolibee Restaurant
7) Istana Nurul Iman (Luar Gate)
8) Gadong Night Market
9) Kampung Ayer
Istana Nurul Iman.Istana Nurul Iman.
Catatan
– Tiada bayaran dikenakan untuk mengunjungi muzium. Pengunjung yang mengunjungi Royal Regalia Museum dan Maritime Museum dikehendaki meletakkan barang peribadi di dalam locker yang disediakan. Tidak boleh mengambil gambar didalamnya kecuali di main lobby entrance manakala di Malay Technology Museum juga harus meletakkan barang peribadi di dalam locker yang disediakan tetapi anda boleh mengambil gambar di dalam muzium.
– Jika anda ingin merasa fast food terkenal dari Filipina boleh berkunjung ke Jolibee Restaurant. Ada banyak cawangan di Brunei dan semestinya halal. Di Malaysia yang saya tahu sudah ada di Kota Kinabalu.
– Pasar Gadong harus dimasukkan dalam perjalanan anda.Dengan harga makanan dan minimun serendah 1 Dollar anda dapat merasa pelbagai makanan dan minuman dari sini. Namanya dipanggil Gadong Night Market tetapi kalau anda berkunjung ke sini pada waktu petang pun sudah dibuka untuk pengunjung. Saya berkesempatan merasa Nasi Katok dengan hanya 1 Dollar. Antara menu favourite saya sewaktu di sini.
Pasar Gadong.Pasar Gadong.Pasar Gadong.Pasar Gadong.
Nasi Katok. 1 BND.
– Jangan lupa ke Kampung Ayer. Anda boleh menaiki bot return ke Kampung Ayer dengan 2 Dollar Brunei. Anda juga boleh mengambil pakej boat ride mengelilingi Kampung Ayer ataupun pakej mengelilingi Kampung Ayer + Mangroove Tour. Banyak pilihan disediakan.
Menariknya disini terdapat rumah, sekolah, klinik dan pelbagai kemudahan di Kampung Ayer yang terletak di atas sungai.
Kampung Ayer.Kampung Ayer.
– Sebelum ke Brunei saya telah membaca perkongsian traveller lain tentang kurangnya motosikal disini ataupun ada yang tidak menjumpai langsung. Pengalaman saya pula sepanjang saya di Brunei saya tidak menjumpai satu motosikal pun disini. Ketika berbual dengan salah seorang DART driver, beliau mengatakan memang di Brunei agak sukar menjumpai motosikal. Beliau sendiri memiliki motosikal tetapi jarang dibawa keluar.
Buat pertama kali ini travel paling cepat saya habiskan selama 2Hari/1Malam kerana ada komitmen lain. Disarankan untuk lebih santai saya cadangkan anda boleh travel 3hari/2malam malah anda boleh masukkan sekali Jerudong Park ke dalam itinerary.
Sekian perkongsian serba sedikit dari saya. Harap bermanfaat untuk semua. ?
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Sistem air ini dibina oleh British, kemungkinan sekitar 100 tahun dahulu. Ia jelas dilihat dari jenis batu dan rekaannya. Binaan ini untuk menyokong perlombongan industri tin waktu itu dan mengawal banjir yang mudah berlaku di Serendah.
[VIDEO] Perigi usia lebih 100 tahun ini salur air masuk ke bawah tanah & kawal banjir di Serendah, Selangor ?Baca sini http://stg.libur.com.my/perigitujuh/#perigi7 #serendah
Serendah mendapat nama kerana kawasan ini ialah lembah rendah yang dikelilingi kawasan bukit tinggi dan Sungai Serendah yang mengalir di tengah kerap melimpah keluar serta membanjiri kawasan di sini terutamanya selepas hujan.
Tujuh perigi yang mengalirkan air ke bawah tanahPintu air tujuh kesemuanya. Kolam ni bila air banyak jadi dalam
Biasanya selepas hujan, jumlah air menjadi banyak. Perigi tujuh ini bertujuan mengawal jumlah air mengalir. Pada hari biasa, mungkin 1-2 perigi sahaja yang akan dilalui air, telaga lain pula mungkin tidak. Namun apabila jumlah air banyak, semua telaga akan menyalurkan air keluar. Pintu air tujuh kesemuanya. Air banyak kolam ni jadi dalam dan bahaya
Air yang jatuh ke bawah tanah ini disalur lebih kurang 5 meter ke bawah seterusnya melalui lorong pintu dan ke kolam sebelum mengalir semula seperti biasa.
Kawasan ini dilarang mandi dikhuatiri tersedut masuk ke dalam lubang pergi.
Belum pernah ada kes lemas di sini. Di sebelah bawah, kolam akan menjadi dalam apabila jumlah air banyak. Waktu ini memang bahaya bagi orang ramai.
Untuk ke sini, cuma cari di Google Map Perigi Tujuh Serendah. Ia diselia oleh Jabatan Pengairan & Saliran Daerah Hulu Selangor. Kawasan ini tidak dikenakan sebarang bayaran untuk masuk. Sesuai bagi mereka yang sukakan alam semulajadi dan mungkin kaki pancing.
Selain Perigi Tujuh, satu lagi lokasi berhampiran untuk dikunjungi adalah Air Terjun Serendah yang terletak kira-kira lima kilometer dari Kampung Dato’ Harun. Anda mungkin juga mahu ke Sekeping Serendah dan bermalam disitu.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...