
Kementerian Kesihatan Malaysia mengkategorikan mana-mana kawasan atau daerah yang mempunyai lebih 40 kes COVID-19, sebagai zon merah.

Setakat jam 12 tengah hari (22 Mac), sebanyak enam kawasan atau daerah dari seluruh negara telah dilabelkan sebagai kawasan zon merah akibat wabak COVID-19. Berikut adalah daerah yang dilabel sebagai kawasan zon merah mengikut taburan kes tertinggi:
- Petaling Jaya (96 kes)

- Lembah Pantai (90 kes)
- Hulu Langat (75 kes)
- Johor Bahru (52 kes)
- Seremban (42 kes)
- Titiwangsa (40 kes)
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, kawasan ini dilabelkan bagi memastikan pihaknya menumpu kepada daerah-daerah yang terjejas sebagai langkah pencegahan awal.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
16 Tempat Menarik Kat Kelantan Kena Singgah, Baru Lengkap Percutian Di Negeri Cik Siti Wan Kembang Ni!

Kelantan cukup terkenal dengan keenakan dan kepelbagaian makanan, selain itu juga, negeri Cik Siti Wan Kembang ini juga mempunyai banyak tarikan menarik untuk dikunjungi.
16 tempat yang disenaraikan ini antara tempat dan makanan menarik yang ada di Kelantan. kalau korang ada plan nak bercuti ke sini jangan lupa singgah di tempat-tempat ini, barulah lengkap percutian korang ke Kelantan!
- Pasar Siti Khadijah
Kalau datang Kelantan tapi tak tidak singgah di sini memang tak lengkap. Kat sinilah tempat peniaga sayur-sayuran, buah-buahan dan macam-macam lagi barangan ada dijual. Nak beli keropok, serunding, kuih-muih dan jajan-jajan untuk buah tangan pun ada dijual kat sini. Kat sini juga ada menjual makanan dan minuman yang enak, boleh ke tingkat satu Pasar Siti Khadijah dan nikmati pelbagai juadah di sana.
- Street Art, Kota Bharu
Terletak di belakang deretan kedai, tempat ini dijadikan laluan seni oleh Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) sejak 2016. Ia diwujudkan hasil kerjasama Persatuan Seni Lukis Kelantan dan syarikat cat Jotun. Memang sesuai nak OOTD kat sini.
- Kopitiam Kita
Roti Titab yang menjadi buruan sehingga ada yang sanggup menaiki kapal terbang dari Kuala Lumpur ke Kelantan semata-mata untuk merasai keenakan hidangan itu.
- Muzium Wau
Wau dan Kelantan memang cukup sinonim, kalau korang nak tengok pelbagai jenis Wau bolehlah ke Muzium Wau. Antara jenis wau yang dipamerkan di situ adalah Wau Kenyalang (Sarawak), Wau Puyuh (Kelantan), Wau Kikik (Melaka), Wau Seri Bulan (Perak), Wau Helang (Perlis & Terengganu) dan banyak lagi.
- Pantai Senok, Bachok
Mendapat julukan Pantai Nami, keindahan lanskap di sini persis di Kepulauan Nami, Korea Selatan seperti yang dipaparkan dalam filem terkenal Winter Sonata. Dikelilingi pokok-pokok ru yang tinggi dan tersusun, ini juga antara port OOTD yang cantik.
- Alemy Meggi Ketam
Rugi kalau ke Kelantan tak cuba makan meggi ketam. Ketam yang digunakan dalam mee segera yang dimasak dalam sup adalah ketam nipah. Korang boleh pilih sendiri saiz ketam yang korang nak. Ketam memang segar dari laut, memang puas hati!
- Pok Weil Tiram Fresh
Penggemar oyster segar boleh cuba makanan viral ni kat sini.
- Masjid Razaleigh
Seakan masjid di Masjidil Haram, kalau korang ke Kelantan naik kereta dan lalu jalan Gua Musang, wajib singgah. Sambil berhenti untuk solat dan berehat bolehlah OOTD sekali.
- Jeram Mengaji Agro Resort
Kat sini kalau nak bergambar memang cun dan cantik, tempatnya macam dah kat New Zealand. Datang pagi-pagi boleh tengok kabus tebal. Dah puas bergambar dan main sungai boleh beli susu, dadih dan produk tenusu lain.
- Kota Sultan Ismail Petra
Mercu tanda korang dah sampai dekat Kota Bharu. Wajib bergambar kat sini tau!
- Singgora
Penginapan dan juga tempat makan yang masih mengekalkan seni bina Melayu Tradisional. Terletak tak jauh dari bandar KB. Dapat makan kat sini pun menarik sebab tempat ini menyediakan hidangan tempatan seperti nasi bersama ulam-ulaman dan budu serta lauk pauk kampung

- Lalang’s Resort & Spa
Terletak di kawasan air terjun dan sungai yang sentiasa terpelihara, memang sesuai sebagai tempat percutian keluarga. Memang tenang dan damai je kat sini, tempat pun cantik, banyak sudut boleh bergambar.

- Latar Kashmir
Cukup terkenal di kalangan penduduk tempatan, tempat ini masih lagi belum banyak diteroka. Mempunyai pemandangan yang cantik dengan air terjun yang landai, lepas dah singgah masjid Razaleigh boleh waze ke Lata Kashmir pula.

- Drum & Desk
Yang nak minum dan makan sambil ber-OOTD di café cantik, Drum & Desk yang terletak di Taman Sari, Kota Bharu ini memang cantik. Hidangan pastri yang disediakan di sini menggunakan sourdough. Ada juga menu lain untuk korang makan dan semuanya sedap-sedap.

- Nasi Ulam Cikgu
Yang sukakan lauk pauk kelantan bersama budu, boleh singgah kat sini. Kalau datang bercuti naik pesawat, boleh terus lunch kat Nasi Ulam Cikgu kerana lokasinya berdekatan dengan lapangan terbang.

- Pantai Nusuk
Lokasi tersembunyi sebuah pantai di Sabak membuatkan kawasan ini dikenali sebagai Pantai Nusuk. Tempatnya cantik dan masih lagi belum banyak diteroka. Ia makin popular dan menjadi tumpuan ramai bila hujung minggu.

Kredit: Haikal Ahmad
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Blue Pool Santubong, Kolam Biru Semulajadi Paling Indah Di Sarawak

Sarawak kaya dengan kepelbagaian bentuk muka bumi sememangnya menjadi destinasi tumpuan penggiat rekreasi luar dari seluruh dunia.
Bagi anda yang berminat dengan aktiviti mendaki, mandi sungai atau menginap di kawasan hijau sekitar negeri Sarawak, anda dicadangkan ke Permai Rainforest Resort. Merupakan resort yang eko-mesra di kaki Gunung Santubong, dengan 5 minit berjalan kaki dari Desa Budaya Sarawak. Resort ini menawarkan percutian alam yang mendamaikan.

Tarikan utama pengunjung yang datang ke sini sudah semestinya kesegaran air sungai serta kawasan mandi-manda di kawasan air tsungai yang jernih dan menyejukkan. Paling istimewa di sini mempunyai sebuah kawasan kolam biru yang sangat cantik.
Blue Pool / Kolam Biru
Perkongsian: Ismail Bin Roslan
Blue Pool Santubong salah satu tarikan di Permai Rainforest Resort, sebuah kem resort yang terletak di kawasan pantai kaki gunung Santubong (sebelah Kg. Budaya Sarawak). Untuk ke BluePool memerlukan 60 hingga 90 minit treking dari kaunter pendaftaran.
Disebabkan trail berbentuk loop, terdapat 2 pilihan untuk memulakan trail. Sama ada melalui jalan pantai 2 yang agak landai atau melalui trail ke puncak 4.5 yang memerlukan sedikit pendakian dan menurusi air-air terjun yang kecil. Keduanya diukur dengan jarak 2km.
Info :
- Bayaran masuk kem Permai : RM10.00 (dewasa warganegara)
- Dikhabarkan warna kebiruan lebih kelihatan pada waktu tertentu sahaja atas faktor pencahayaan.
- Dalam tempoh masa ini, bilangan pengunjung diterhadkan bagi setiap aktiviti di Permai Rainforest Resort.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Uzbekistan Bukan Negara Pilihan Pelancong. Namun Sekali Jejak Pasti Terpaut

Uzbekistan, bukanlah negara yang sering menjadi destinasi idaman untuk melancong. Namun, jika anda berpeluang berkunjung ke sana pasti mengubah persepsi kalian.
Banyak keistimewaan Uzbekistan termasuk sejarah ketamadunannya. Uzbekistan antara satu negara Asia Tengah yang menyimpan banyak sejarah ketamadunan Islam dan boleh dikatakan menjejakkan kaki ke sini seolah-olah berada di bumi Anbiya.
- Uzbekistan mempunyai beberapa masjid lama berusia ratusan tahun, Muzium Amir Timur dengan ribuan manuskrip ketamadunan Islam, Kompleks Imam Khazrati atau Hast Imam yang menempatkan Al-Quran tulisan tangan pertama dan dikatakan terdapat bekas percikan darah Saidina Uthman Affan RA pada pertengahan abad ketujuh.
- Banyak lagi sebenarnya destinasi sejarah ketamadunan Islam di negara Asia Tengah ini khususnya di Tashkent, ibu negara Uzbekistan juga di bandar Bukhara.
- Samarkand, bandar kedua terbesar di Uzbekistan turut dikenali sebagai Pearl of the East, Samarkand yang dijumpai kira-kira 700 sebelum masihi dan diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO ini juga tidak terkecuali kaya dengan sejarah kegemilangan Islam yang boleh diterokai. Ini kerana ia pernah menjadi nadi utama perdagangan dalam sejarah laluan sutera di antara China dan Mediterranean pada zaman purba kala serta pusat penting penyebaran agama Islam sekali gus pastinya bandar ini kaya dengan khazanah monumen bersejarah.

Kompleks Makam Imam al-Bukhari RA
Seni binanya sangat hebat dan menempatkan makam cendekiawan Islam Imam al-Bukhari RA, pengumpul dan perawi hadis tersohor. Makan ini yang terletak di perkampungan Hartang, daerah Payaryk. Di kawasan asal makam ini terdapat sebuah bangunan berbentuk empat segi yang dibina oleh kerajaan Uzbekistan pada sekitar 1997, iaitu kira-kira 1,225 tahun selepas kematian Imam al-Bukhari. Ia dibuka dengan rasmi pada 23 Oktober 1998. Tidak sekadar menziarahi makam beliau, kompleks itu juga mempunyai muzium dan Masjid al-Bukhari di mana kebanyakannya tidak akan melepaskan peluang menunaikan solat sunat di sana.
Registan Square
Registan Square yang terletak di tengah bandar Samarkand. Ia merupakan monumen bersejarah gabungan tiga bangunan madrasah iaitu Ulughbek, Sher-Dor dan Tillya-Kari. Ia dilabelkan sebagai pemandangan paling indah di negara Asia Tengah dan merupakan antara destinasi wajib juga dikunjungi di Samarkand.
Menarik bukan Uzbekistan?
Sumber: Bernama
Sumber Foto:independent | uzvoyage
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI