Port Dickson antara pantai peranginan popular di kalangan orang ramai. Banyak tarikan menarik ada di pantai ini dan pada musim cuti, lokasi ini sering jadi tumpuan ramai.
Bagi yang hujung minggu ingin ke sini dan ingin menikmati suasana malam dengan sedikit kelainan, bolehlah cuba-cuba singgah di Aurora Park Port Dickson. Tempat ini sangat terkenal dengan pesta lampu berwarna-warni yang membentuk replika bangunan terkenal di seluruh dunia dan dalam negara dan ianya sangat sesuai untuk geng insta worthy sebagai port bergambar.
Terletak di Batu 9 Port Dickson, korang dapat saksikan replika mercu tanda seperti KLCC, Eiffel Tower, Gunung Fuji, binatang dan banyak lagi. Paling best, kalau beli tiket sebelum jam 5 petang, harganya Cuma RM12 sahaja dan selepas jam 5 ke atas, harganya cuma RM18 sahaja.
Tidak hanya replika warna warni, Aurora Park Port Dickson juga sesuai untuk kanak-kanak kerana di sini ada taman haiwan (Mini Zoo Theme Park) dan harga masuk untuk melihat haiwan-haiwan ini hanyalah RM12 sahaja.Pasti anak-anak sangat teruja untuk belajar tentang haiwan kesayangan mereka
Waktu Operasi: Dibuka Setiap Hari (Taman Haiwan: 10am-7pm; Pesta Lampu: 7pm-11pm).