Peserta Perayaan Maasi Magam Dinasihat Jalani Saringan COVID-19 Jika Ada Simptom

Share

Penganut Hindu yang menghadiri perayaan Maasi Magam Theppa Thiruvizha atau Festival Tanglung Terapung di Teluk Bahang, Pulau Pinang baru-baru ini dinasihatkan menjalani saringan COVID-19, jika mempunyai simptom wabak itu selepas tempoh inkubasi selama 14 hari.

Sehingga hari ini tiada lagi kes disyaki COVID-19, yang dilaporkan membabitkan mereka yang menghadiri perayaan itu.

Pada 8 Mac lalu, kira-kira 30,000 penganut Hindu dilaporkan menghadiri perarakan tahunan membawa patung Dewi Sri Singamuga Kaliamman ke laut, dan mereka yang menyertai upacara itu kemudian akan melepaskan lampu pelita berwarna-warni ke laut, sebagai pelengkap acara ritual tahunan itu.

Foto: Bernama
Foto: pinterest
Foto: thenangmy
Foto: Penangkini

Menurut kepercayaan Hindu, Maasi adalah bulan mengikut kalender Tamil, manakala Magam pula adalah salah satu bintang daripada 27 bintang, dalam sistem astrologi Hindu. Perayaan itu disambut antara bulan Febuari dan Mac untuk mendapat restu Dewi, yang dipercayai menjaga kawasan laut.

Sumber: Bernama

Oleh
Husna