Penganut Hindu yang menghadiri perayaan Maasi Magam Theppa Thiruvizha atau Festival Tanglung Terapung di Teluk Bahang, Pulau Pinang baru-baru ini dinasihatkan menjalani saringan COVID-19, jika mempunyai simptom wabak itu selepas tempoh inkubasi selama 14 hari.
Sehingga hari ini tiada lagi kes disyaki COVID-19, yang dilaporkan membabitkan mereka yang menghadiri perayaan itu.
Pada 8 Mac lalu, kira-kira 30,000 penganut Hindu dilaporkan menghadiri perarakan tahunan membawa patung Dewi Sri Singamuga Kaliamman ke laut, dan mereka yang menyertai upacara itu kemudian akan melepaskan lampu pelita berwarna-warni ke laut, sebagai pelengkap acara ritual tahunan itu.
Menurut kepercayaan Hindu, Maasi adalah bulan mengikut kalender Tamil, manakala Magam pula adalah salah satu bintang daripada 27 bintang, dalam sistem astrologi Hindu. Perayaan itu disambut antara bulan Febuari dan Mac untuk mendapat restu Dewi, yang dipercayai menjaga kawasan laut.
Sumber: Bernama
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
MISI CARI MH370 DITAMATKAN
Setelah lebih 1000 hari misi cari dan menyelamat (SAR), Biro Keselamatan Pengangkutan Australia mengisytiharkan tamat misi pencarian pesawat Malaysian Airlines MH370 yang hilang.
Ketua Pesuruhjaya Greg Hood juga berkata tidak dapat mengesan sebarang bahagian pesawat.
Pencarian ini yang dijalankan mengikut piawaian tinggi dan profesional.
MH370 yang hilang pada 8 Mac 2014, dan misi pencarian bermula hingga 17 Januari 2017, sebelum ditangguhkan oleh Malaysia, Australia dan China.
“Apapun punca kehilangan MH370, tidak ada transmisi diterima pada masa 38 minit penerbangan pesawat itu.”
“Sistem yang direka untuk menghantar lokasi pesawat secara automatik termasuklah transponder dan komunikasi pesawat gagal menghantar lokasi pesawat selepas waktu itu”, menurut laporan tersebut.
Analisa radar dan satelit komunikasi lain membongkar pesawat MH370 menyambung penerbangan selama lebih tujuh jam.
Laporan juga menjelaskan 120,000 kilometer persegi carian bawah laut telah dilakukan dan gagal menjumpai sebarang bahagian pesawat.
Seramai 239 penumpang termasuk krew hilang. Selama tiga tahun ini, lima bahagian pesawat yang mungkin atau tidak mungkin kepunyaan MH370 dijumpai di Afrika Selatan, Mauritius, Mozambique dan Kepulauan Reunion.
Sumber: https://themalaysianreserve.com/2017/10/03/mh370-search-officially-ends-atsb/
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Pulau Songsong Terima Tukun Tiruan Ciptaan Mahasiswa UTM
Seramai 40 bakal guru dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah merekacipta dan melakukan pemasangan tiga tukun tiruan dan pelampung boya di Pulau Songsong, Kedah.
Melalui program ‘Kembara Kelestarian Kehidupan Marin’, mahasiswa tahun akhir ini turut membina fasiliti asas seperti tandas, tempat mandi serta papan info berkenaan hidupan marin yang terdapat di Pulau Songsong kepada pelancong.
Penambahbaikan fasiliti ini dilihat membantu menarik lebih ramai pelancong dan memberi keselesaan kepada mereka untuk datang menikmati keindahan Pulau Songsong.
Pemasangan tukun tiruan serta penambahbaikan fasiliti kepada pelancong di Pulau Songsong ini turut mendapat kerjasama Komuniti Bot Songsong.
Inisiatif program ini timbul daripada kesedaran ancaman yang berlaku terhadap terumbu karang dan keperluan untuk menjaga serta melindungi terumbu karang disamping habitat yang hidup di sekitarnya.
Menurut Pengarah program Keyong Liau, menjadi tanggungjawab bakal pendidik untuk mempunyai pengetahuan dalam pelbagai bidang sebagai persediaan mendidik murid-murid pada masa akan datang.
“Bakal pendidik perlu menambah pengetahuan daripada pelbagai bidang seperti pengetahuan mengenai penjagaan alam sekitar untuk menyediakan diri dalam kepelbagaian kemahiran seterusnya memantapkan kemahiran insaniah mereka,” ujar beliau.
Usaha penjagaan alam sekitar terutama daripada kalangan mahasiswa mampu meningkatkan kesedaran belia terhadap kepentingan alam sekitar seterusnya melahirkan pemuda yang peka terhadap keadaan sekeliling.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Lelaki Kongsi Panduan Buat Passport Secara Online, Ready Awal Baru Tak Kalut & Kusut!
Baru-baru ini ramai yang mengeluh dengan proses membuat pembaharuan passport yang terpaksa dibuat secara atas talian atau online. Sejak pihak Imigresen mengumumkan tiada lagi perkhidmatan secara walk in untuk renew passport dan dengan sistem baharu yang diperkenalkan membuatkan ramai kalut dan ada juga yang tidak berjaya.
Berkongsi panduan untuk renew passport, Ahmad Firdaus senaraikan cara-caranya berserta beberapa tip untuk diikuti supaya lebih tenang dan tidak kalut bila membuat pembaharuan passport secara dalam talian.
Ikuti perkongsiannya:
Akhirnya selesai urusan passport untuk seluruh keluarga. Saya kongsikan panduan supaya anda tak perlu kalut dan kusut macam saya.
1.Benda paling utama untuk tekankan:
WALK IN hanya untuk golongan berikut:
- Permohonan baru
- Kanak-kanak bawah umur 13 tahun
- OKU
- Pelajar yang akan menyambung pelajaran
- Jemaah Haji
2.Korang klik je la pautan ini dan buat permohonan online: https://imigresen-online.imi.gov.my/eservices/myPasport
3.Kena sediakan siap-siap;
- Maklumat passport terdahulu.
- Gambar ikut SPESIFIKASI (kena besarkan sebab banyak sangat kisahnya). Pastikan latar belakang putih, pakaian gelap dan JANGAN SCAN! Minta kedai gambar email atau masukkan dalam thumb drive.
- RM 200 untuk dewasa atau RM 100 untuk kanak-kanak, OKU dan Warga Emas. Boleh guna FPX atau kad kredit.
- Cetak resit bayaran. Nak ambil passport nanti kena bawa.
4.Permohonan online ni sekejap sahaja boleh dapat maklum balas. Tak sampai 24 jam kita dah boleh semak di portal. Kalau email, lambat sikit nak dapat. Kalau Lulus, boleh terus ambil passport di Pejabat Imigresen yang kita tetapkan. Kalau di UTC Perak, saya nampak boleh walk in je. Tiada nombor khas diperlukan.
5.Kalau TAK lulus, tarik nafas dalam-dalam…it’s going to be a long and tedious journey. Antara sebab proses pembaharuan tergendala adalah gambar tidak ikut spesifikasi dan cap jari tiada dalam rekod.
6.Masalah utama nak siapkan passport adalah nak dapatkan nombor giliran untuk proses passport. Bila dah lengkapkan butiran gambar, cap jari dan pembayaran, laju je. Tak sampai satu jam boleh siap. Kalau macam di Ipoh, kena dua kali beratur. Satu untuk masuk UTC, lagi satu untuk ambil nombor giliran di Jabatan Imigresen. Tempat lain mungkin berbeza dari segi kaedah dan waktu operasi. Pastikan semak dahulu di laman web.
Tips tambahan dari saya:
1.Jangan buat last minute. Kalau boleh, sebulan awal dah rancang dah hari apa nak perbaharui passport.
2.Cari masa off peak. Minggu lepas saya pergi waktu cuti sekolah. Memang ramai Ya Amat. Harini, kurang sedikit orang nak kejar nombor giliran.
3.Kita nak beratur lama. Pastikan bawa kudap-kudap dan air. Bawa bahan bacaan. Nak lagi sedap, bawa kerusi lipat. Saya rasa macam ni kot rasa orang nak pergi konsert Billie Eilish.
4.Jangan lupa ucapkan terima kasih kepada Pegawai yang melayan di kaunter. Bukan mereka yang putuskan untuk laksanakan kaedah yang rumit ini. Mereka pun manusia. Mereka pun penat. Kita nak orang senyum, tapi kita pula muka bengis. Ingat pesanan ini;
“Tak hensem takpe. Tak kaya takpe. Tak manja takpe. Asalkan beradab.”
**untuk kanak-kanak bawah 13 tahun, pastikan bawa sekali surat beranak dan MyKid.
Dah boleh mengembara
Kredit: Ahmad Firdaus
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI