Jika berada di New York dan ingin cepat sampai ke London, penumpang kini boleh memilih untuk terbang dengan British Airways.
British Airways melakar sejarah apabila pesawat subsonik syarikat penerbangan itu mampu mencapai tahap kelajuan maksimum mencecah 1,300 kilometer sejam dari New York ke London.
- Pesawat model Boeing 747 itu sekali gus merekod tempoh perjalanan empat jam 56 minit sahaja.
- Ia menyaksikan ketibaan pesawat yang mendarat di Lapangan Terbang Heathrow yang direkodkan tiba awal lebih kurang dua jam daripada jadual asal iaitu pada pukul 4.43 pagi ahad minggu lalu dengan kelajuan kilometer sejam.
- Lazimnya, waktu penerbangan dari London ke New York akan mengambil masa sekitar enam jam 13 minit.
Dalam pada itu, Flighradar24 menerusi Twitter memuat naik ciapan:
‘Jika tidak silap, BA kini menjadi pesawat subsonik terpantas ke dari New York ke London dengan merentasi Norway’
Fastest across the Atlantic tonight from New York to London so far is #BA112 at 4hr56m. #VS4 in 4:57, and #VS46 in 4:59. https://t.co/gfYoHGV3Y6https://t.co/kMhjCqdEtt
If we're not mistaken, BA now retakes the fastest subsonic NY-London crossing from Norwegian. pic.twitter.com/Sr1GPeAjuh
— Flightradar24 (@flightradar24) February 9, 2020
Thanks to a strong, well-positioned jet stream, a @British_Airways 747 managed a new New York-London subsonic speed record today, making the journey in 4 hours 56 minutes—17 minutes faster than the previous record. https://t.co/HISXpN6Vns #BA112 pic.twitter.com/A2R42rsx14
— Flightradar24 (@flightradar24) February 9, 2020
Kepantasan pesawat BA itu merekod masa satu minit awal daripada Virgin Airbus A350 yang mendarat di Heathrow tidak lama selepas itu termasuk sebuah lagi pesawat Virgin yang tiba di lapangan terbang sama sekitar setengah jam selepas itu. Ketiga-tiga pesawat berkenaan ‘mendahului carta’ pesawat dari Norway sebelum ini yang merekod masa lima jam 13 minit pada Januari 2018.
Sementara itu, jurucakap British Airways menegaskan mereka sentiasa mengambil berat soal keselamatan mengatasi rekod kelajuan. Juruterbang di British Airways juga dilatih dengan baik, untuk berjaya membawa semua penumpang dengan selamat ke London dalam tempoh masa yang cepat.
Sumber: astroawani Sumber Foto:nytimes
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI