Beberapa organisasi dan juga badan kesihatan yang sebelum ini puas menyokong mengenai larangan merokok tidak dapat menyembunyikan perasaan 'sedih' mereka dek keputusan kerajaan untuk mewujudkan kawasan khas untuk merokok di Malaysia dengan bajet yang agak besar.
Klik Di Sini: https://www.libur.com.my/peruntukan-rm1juta-untuk-wujudkan-kawasan-khas-untuk-perokok/
Antara yang memuatkan status berkenaan isu tersebut adalah facebook page Public Health Malaysia
Owh Malaysia ku tersayang. Jika ingin bina tempat merokok tidak perlu berbelanja besar sehingga 1 juta
Syarat syarat zon merokok adalah;
- Mestilah diluar kawasan larangan merokok
- Bukan kawasan yang selesa bagi mengelakkan perokok berada lama disitu
- Tidak dibina dengan cantik supaya kanak kanak yang melihat tidak berasa terinspirasi untuk berada di tempat yang sama apabila dewasa
- Tanda merokok bukan berwarna hijau (hijau lambang yang suci, bersih, segar)
- Ada disediakan bahan promosi untuk berhenti merokok.
Malah, ramai rakyat Malaysia juga tidak menyokong idea tersebut kerana ia umpama menggalakkan lagi perbuatan merokok. Antara komen-komen netizen di ruangan page berkenaan.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
MAS Tawar Diskaun 20 Peratus Bagi Tiket Penerbangan Domestik Khas Untuk Pelajar, Guru & Pensyarah
Kenaikan harga tiket penerbangan membebankan orang ramai sejak kebenaran merentas negeri di benarkan untuk memulakan pergerakan ke destinasi jauh. Ada syarikat penerbangan mengenakan harga melebihi 300 peratus sangat meresahkan ramai rakyat Malaysia.
Kenaikan harga tiket penerbangan bukan sahaja membebankan guru dari semenanjung untuk kembali bertugas di Sabah dan Sarawak. Sebaliknya, ibu bapa yang mempunyai anak ditawarkan melanjutkan pengajian di pusat pengajian di Sabah dan Sarawak turut terbeban dengan kenaikan itu.
Kerajaan terpaksa menegur syarikat penerbangan dan ada yang memberi reaksi positif. Antaranya Malaysia Airlines Berhad bersetuju memberi diskaun 20 peratus tambang penerbangan domestik kepada guru, pensyarah dan pelajar. Hasil perbincangan antara Kerajaan, Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) dan MAB:
- Tarikh penempahan bermula dari 9 Julai sehingga 10 Ogos untuk tarikh perjalanan dari 10 Julai sehingga 30 November 2020.
- Diskaun boleh diperolehi melalui tempahan atas talian dengan memasukkan kod promo yang akan diumumkan melalui Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).
- Diskaun sebanyak 20 peratus kepada pelajar melalui program MH Explorer yang boleh diperolehi dengan menjadi ahli MH Explorer melalui sesawang rasmi Malaysia Airlines. Diskaun pelajar ini akan terus dinikmati sehingga 30 November 2020 atau tempoh keahlian tamat mengikut syarat keahlian MH Explorer.
Diharap syarikat-syarikat penerbangan lain akan turut serta dalam usaha menurunkan harga tiket penerbangan. Bolehlah rakyat kita cuti-cuti dalam negara dengan senang hati tanpa terbeban dengan caj tambang pengangkutan udara yang terlalu tinggi.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kisah Nala: Anak Kucing Terbiar Hampir Mati, Kini Bahagia Keliling Dunia
Seekor anak kucing yang hidup terbiar dan sendirian kini kelihatan bahagia dapat menggembara keliling dunia bersama tuan baru yang memungutnya dengan berbasikal.
Seorang lelaki berusia 31 tahun bernama Dean Nicholson, memulakan perjalanannya berbasikal untuk melihat dunia dari Dunbar, Scotland pada September tahun lalu. Kisah pertemuannya dengan anak kucing yang diberi nama Nala tersebut berlaku di tepi jalan raya di negara Bosnia Herzegovina. Nama Nala dipilih melalui satu watak animasi kegemarannya dalam filem The Lion King.
View this post on InstagramA post shared by 1bike1world (@1bike1world) on
Dean Nicholson yang dahulunya berkerja sebagai seorang pengimpal memulakan pengembaraan dengan mengayuh basikal sejauh 321 kilometer ke Newcastle lalu menaiki feri ke Amsterdam, Belanda. Dia kemudiannya meneruskan perjalanan ke Belgium, Greece, Switzerland dan Itali sebelum menemui anak kucing tersebut di Bosnia.
“Ketika itu saya sedang mendaki bukit, sambil mendengar muzik yang agak kuat tetapi masih dapat mendengar bunyi tangisan anak kucing di belakang saya. Saya berhenti dan terlihat seekor anak kucing di tepi jalan. Apabila saya mendekatinya, Nala melompat naik ke atas basikal dan tidak mahu turun,” kata Dean Nicholson.
Nala yang ketika itu kelihatan tidak bermaya dan resah kemungkinan sangat lapar. Dean Nicholson memberi Nala makanan dan seterusnya ingin meneruskan kayuhan. Dia langsung tidak bercadang untuk membawa Nala bersama, tetapi jauh disudut hatinya ada perasaan sayang dan suka dengan Nala. Lalu dia membuat keputusan untuk membawa si bulus tersebut bersamanya.
Sejak menemui Nala, Dean Nicholson melengkapkan butiran dalam laman kutipan dana, GoFundMe bagi membantunya membayar bil veterinar haiwan tersebut dan membawa kucing itu pulang bersamanya ke Britain.
Menurut Dean Nicholson, dia telah mengubah suai basikalnya semata-mata untuk menempatkan ruang khas untuk anak kucing ini menumpang dengan selesa. Setelah beberapa hari bersama, Nala dilihat begitu manja dan seronok untuk mengikutnya berbasikal melihat dunia.
View this post on InstagramA post shared by 1bike1world (@1bike1world) on
View this post on InstagramA post shared by 1bike1world (@1bike1world) on
View this post on InstagramA post shared by 1bike1world (@1bike1world) on
View this post on InstagramA post shared by 1bike1world (@1bike1world) on
View this post on InstagramA post shared by 1bike1world (@1bike1world) on
View this post on InstagramA post shared by 1bike1world (@1bike1world) on
View this post on InstagramA post shared by 1bike1world (@1bike1world) on
View this post on InstagramA post shared by 1bike1world (@1bike1world) on
Namun disebabkan sering terdedah dengan hujan dan panas ketika sesi ini, Nala sering jatuh sakit. Dean Nicholson kemudian membuat keputusan untuk berhenti seketika di mana-mana hostel untuk berehat seketika setiap kali setelah membuat beberapa puluh kilometer kayuhan demi Nala. Sebelum ini, dia langsung tidak kisah untuk berhenti tidur di mana sahaja, tetapi demi Nala dia mengubah cara ‘travelnya.’
Keakraban Dean Nicholson dan Nala membuatkan setiap penduduk atau orang ramai yang bertemu dengan mereka begitu teruja untuk mendekati dan mengambil gambar bersama. Pada awalnya, niat dan sasaran utama Dean Nicholson dalam kepala hanya untuk berbasikal mengelilingi dunia, namun hari ini setelah bertemu dengan Nala, impiannya ingin terus bersama Nala melebihi impian asalnya. Comel kan?
View this post on InstagramA post shared by 1bike1world (@1bike1world) on
View this post on InstagramA post shared by 1bike1world (@1bike1world) on
Sumber: Bored Panda
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Take Note Rakyat Malaysia! Brunei Kenakan Caj Untuk Keluar Masuk Negaranya, Bermula Ogos 2020
Ini info buat rakyat Malaysia, terutama berada di Sabah dan Sarawak yang seringkali menggunakan jalan darat untuk keluar dan masuk ke negara Brunei.
Bermula 1 Ogos ini, Brunei Darussalam akan mengenakan caj sebanyak B$3 (kira-kira RM9.18) ke atas setiap individu yang keluar/masuk ke negara itu melalui pos-pos kawalan sempadan daratnya. Kementerian Kewangan dan Ekonomi Brunei Darussalam dalam satu kenyataan berkata caj berkenaan dikuatkuasakan di bawah Perintah Bayaran-Bayaran Keluar dan Masuk 2020 yang memberi kuasa kepada Pengawal Kastam dan Eksais Diraja negara itu berbuat demikian. Objektif utama pelaksanaan caj ini adalah untuk menyelaraskan bayaran dan caj-caj yang telah dikenakan dan berjalan pada masa ini kepada orang ramai yang keluar dari atau masuk ke Negara Brunei Darussalam melalui udara dan laut.
- Caj itu akan dikenakan kepada semua warganegara termasuk warganegara Brunei Darussalam yang hendak keluar dari atau masuk ke Negara Brunei Darussalam melalui pos-pos kawalan darat sama ada menggunakan kenderaan ataupun yang berjalan kaki.
- Caj ini dikecualikan ke atas individu-individu yang berada di dalam kenderaan milik kerajaan Brunei dan kerajaan negara luar untuk tujuan rasmi, kenderaan untuk tujuan pengebumian, petugas konsulat, petugas kerajaan Brunei Darussalam yang menjalankan tugas rasmi dan kanak-kanak berumur dua tahun ke bawah.
- Mereka yang berhasrat untuk membuat perjalanan keluar/masuk Brunei Darussalam melalui pos-pos kawalan darat hendaklah mendaftar secara dalam talian menerusi Exit and Entry System (EES) Jabatan Kastam dan Eksais Dirajanya menerusi https://login.bdnsw.gov.bn/ees
- Wajib memberi maklumat pemandu dan setiap penumpang yang akan ikut serta dalam perjalanan berkenaan dan pembayaran bolehlah dibuat secara dalam talian.
- Mempunyai dokumen perjalanan sah sekurang-kurangnya untuk tempoh tiga bulan.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI