Bercuti di ‘pulau-pulau terkenal biasa’ di Malaysia sudah selalu kita dengar. Memang cukup sempurna pesonanya. Tetapi, jangan dilupakan pulau-pulau lain yang kurang menonjol dan banyak keistimewaan perlu kita terjah untuk dihebahkan kepada orang ramai.

Pulau Besar terletak di daerah Mersing, Johor merupakan antara pulau ‘hidden gem’ yang cukup mempersona. Air lautnya yang jernih cukup indah. Pasir pantai yang halus pula memukau setiap pengunjung yang bertandang. Itulah keindahan Pulau Besar. Mendengar namanya mungkin asing bagi kebanyakan kita, namun ia adalah pulau popular terutama kepada pengunjung yang bercuti di Mersing, Johor.

Pertama Kali Bercuti Ke Pulau Besar Mersing? Percayalah Korang Akan Repeat Berkali-Kali! Pertama Kali Bercuti Ke Pulau Besar Mersing? Percayalah Korang Akan Repeat Berkali-Kali!

Mungkin ramai yang tidak berapa tahu atau kenal dengan pulau ini kerana kurang mendapat promosi yang meluas. Tetapi percayalah, jika anda sudah menjejakkan kaki ke sini, pasti anda jatuh cinta dan berpuas hati memilih destinasi ini untuk bercuti. Dahulu Pulau Besar turut dikenali Pulau Babi Besar. Dipercayai banyak babi hutan liar di sini, namun kini menghilang.

Pulau Besar merupakan salah satu daripada gugusan pulau yang indah di Laut China Selatan di persisiran laut Johor. Pulau Besar dikelilingi oleh beberapa pulau lain iaitu Pulau Rawa, Pulau Sibu, Pulau Mensirip, Pulau Hujung dan Pulau Tinggi dan mempunyai pantai berpasir putih dan bersih.

Ads

Air yang bersih mengelilingi kesemua pantai di pulau-pulau tersebut. Ini antara lain disebabkan ia menghadap ke laut lepas, menjadikan pantainya di landa ombak yang menghilangkan lumpur dari pasir pantainya. Puncak tertinggi di Pulau Besar mencecah ketinggian 2,000 kaki dari aras laut.

Pertama Kali Bercuti Ke Pulau Besar Mersing? Percayalah Korang Akan Repeat Berkali-Kali!

Pulau Besar boleh diakses selepas menaiki bot selama 30 minit dari jeti Mersing. Pantai yang bersih cantik dan putih serta resort cantik menanti anda, bersama hidupan marin dan kepelbagaian batu karang yang cantik. Umpama syurga dunia, ini adalah pemandangan yang akan menanti anda. Menyelam skuba juga aktiviti yang kerap dilakukan disekitar pulau ini. Anda juga boleh akses Pulau Harimau yang berhampiran.

Ads

Pertama Kali Bercuti Ke Pulau Besar Mersing? Percayalah Korang Akan Repeat Berkali-Kali! Pertama Kali Bercuti Ke Pulau Besar Mersing? Percayalah Korang Akan Repeat Berkali-Kali! Pertama Kali Bercuti Ke Pulau Besar Mersing? Percayalah Korang Akan Repeat Berkali-Kali!

Walaupun pulau ini agak kecil (4 km panjang , lebar 1km) terdapat beberapa penginapan resort boleh anda dipilih. Antaranya D’Coconut yang menawarkan penginapan asas selesa. Banyak aktiviti dan sukan air di sini. Bola tampar pantai berada di resort Aseana, anda boleh bermain dengan pengunjung lain. Serta padang golf 18 lubang juga ada disini.

Pertama Kali Bercuti Ke Pulau Besar Mersing? Percayalah Korang Akan Repeat Berkali-Kali!

Ads

Pertama Kali Bercuti Ke Pulau Besar Mersing? Percayalah Korang Akan Repeat Berkali-Kali! Pertama Kali Bercuti Ke Pulau Besar Mersing? Percayalah Korang Akan Repeat Berkali-Kali! Pertama Kali Bercuti Ke Pulau Besar Mersing? Percayalah Korang Akan Repeat Berkali-Kali!

Meskipun bahagian tengah pulau berbukit dan curam, terdapat beberapa denai untuk didaki. Anda boleh menggunakan khidmat pemandu arah yang akan membawa anda ke bahagian lain pulau. Anda juga boleh menghabiskan masa dengan penduduk tempatan di kelong mereka dan mempelajari cara menangkap ikan.

Paling menarik seperti di pulau-pulau lain, Pulau Besar juga mempunyai kisah mitos yang tersendiri iaitu kisah pasangan suami isteri nelayan bertukar menjadi ikan duyung dek si isteri yang sarat mengandung mengidam memakan rumpai laut terlarang.

Sumber: Majlis Daerah Mersing

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI