t

Ketika orang ramai dibenarkan untuk merentas negeri, ramai yang memilih untuk pergi bercuti dan pulang ke kampung halaman dengan menggunakan pengangkutan udara.

Namun begitu, ramai yang mengeluh dan ada yang terpaksa membatalkan niat tersebut dek harga tiket penerbangan yang melambung tinggi lebih-lebih lagi penerbangan dari Semenanjung ke Sabah dan Sarawak.
“Permintaan Perjalanan Udara Meningkat, Syarikat Penerbangan Perlu Turunkan Harga Tambang”- Kementerian Pengangkutan

Kementerian Pengangkutan telah digesa menyemak kembali senarai tambang tiket penerbangan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang dikatakan tidak masuk akal dan memberi beban terutama kepada rakyat dari Sabah dan Sarawak.

Ads

Oleh kerana itu, Kementerian Pengangkutan meminta semua syarikat penerbangan menurunkan harga tambang sejajar dengan kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) penjarakan sosial terhadap penumpang dalam pesawat dan pengunjung terminal lapangan terbang.

Ads

Menterinya, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, menerusi kelonggaran SOP berkenaan, penetapan kadar tambang penerbangan perlulah munasabah serta tidak membebankan rakyat terutama semasa tempoh pemulihan akibat COVID-19. Langkah itu perlu diambil memandangkan permintaan bagi perjalanan udara semakin meningkat.
“Permintaan Perjalanan Udara Meningkat, Syarikat Penerbangan Perlu Turunkan Harga Tambang”- Kementerian Pengangkutan

"Pada 11 Jun lalu, pihak kementerian telah membincangkan mengenai pemulihan semula sektor penerbangan dengan Malaysia Airlines Berhad (MAB), AirAsia Berhad dan Malindo Air. Mereka memaklumkan bahawa harga tiket penerbangan ditentukan menggunakan kaedah dinamik yang antara lain mengambil kira kadar penawaran dan permintaan yang didorong oleh pasaran. Mereka akan menetapkan kadar tambang penerbangan dengan mengambil kira permintaan pasaran, keadaan ekonomi serta faktor lain seperti harga bahan api dan kos operasi. Orang ramai juga disaran membuat perancangan dengan membeli tiket penerbangan lebih awal bagi mendapatkan tawaran harga tiket yang lebih murah berbanding pembelian saat akhir," katanya.
“Permintaan Perjalanan Udara Meningkat, Syarikat Penerbangan Perlu Turunkan Harga Tambang”- Kementerian Pengangkutan

Ads

Sumber: Sinar Harian

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI