Pernah tak anda terfikir untuk membawa kit pertolongan cemas ketika bercuti? Sekiranya ada, bagus. Anda telah membuat satu keputusan yang bijak. Tapi kelengkapan dalam kit pertolongan cemas hanya berupa minyak angin dan panadol sahaja tak cukup sebab setiap destinasi dan situasi adalah berbeza.
Jadi kit pertolongan cemas yang anda bawa sewaktu bercuti perlu bersedia untuk segala kemungkinan. Saya akan senaraikan kepada anda, apa jenis kebarangkalian situasi yang mungkin akan anda jumpa, lebih-lebih lagi ketika anda melancong ke luar negara dan ada jenis ubat-ubat yang perlu anda siapkan dalam kit pertolongan cemas anda.

Alahan

Pil yang mengandungi antihistamines sangat berkesan untuk menentang alahan, kegatalan, kemerahan mahupun gigitan serangga pada kulit. Losen calamine pula bertindak merawat kulit bengkak akibat kegatalan dan kulit yang alah secara tiba-tiba sekiranya anda tersilap makan.

Cirit-birit

Makanan yang tidak sesuai dengan perut anda atau termakan makanan tercemar ketika bercuti akan membuatkan percutian anda malang. Oleh itu, adalah penting jika anda terus mengekalkan hidrasi tubuh badan dengan meminum  banyak air seperti dioralyte kerana ia mengandungi garam rehidrasi yang bertindak sebagai penyegar kerana kandungan gula dan garam (glukosa, natrium klorida, kalium klorida dan hidrogen disodium sitrat). Biasanya, minuman ini diambil oleh orang yang diserang sakit cirit birit untuk menggantikan cecair yang hilang.

Sembelit

Makanan yang tidak dikenali ketika bercuti boleh menyebabkan masalah sembelit. Laxative atau julap boleh membantu anda ‘membuang’ dalam jangka masa pendek. Kebanyakan julap hadir dalam bentuk pil atau sirap. Jika anda lebih berhati-hati, sembelit boleh dicegah dengan mengambil diet tinggi serat dan minum banyak cecair.

Ads

Pedih hulu hati & perut berasid

Jika anda mengalami perut pedih akibat pedih hulu hati, rasa panas dan tidak selesa akibat mengambil makanan dan minuman yang ‘tajam’, ketika ini anda memang memerlukan antasid. Ia membantu melegakan masalah keasidan tinggi dalam perut anda.

Jangkitan dan keradangan

Jika anda mudah diserang penyakit, ada baiknya anda berbincang dengan doktor terlebih dahulu kerana pil antibiotik tidak boleh diambil sebarangan. Doktor anda akan mengesyorkan ubat-ubatan yang perlu dibawa. Elak membeli pil antibiotik yang dijual di farmasi tanpa arahan dari doktor.

Ads

Sakit

Ubat penahan sakit penting untuk melegakan masalah sakit kepala, sakit otot, sakit gigi mahupun ketika senggugut. Jangan lupa bawa ubat yang mengandungi aspirin (misalnya Aspro clear), paracetamol (misalnya panadol) atau ibuprofen (misalnya Nurofen). Tapi kami mengesyorkan anda memilih pelekat seperti koyok atau plaster kerana lebih memudahkan anda berbanding ubat-ubatan kerana terlalu terdedah atau terbiar tanpa sedar boleh menyebabkan ubat kurang berkesan. Malah, aspirin tidak dibenarkan diberi kepada kanak-kanak melainkan nasihat doktor.

Kudis dan kulit lepuh

Satu botol kecil yang mengandungi chlorhexidine membantu mencegah jangkitan kulit. Tisu antiseptik juga berguna untuk mengelap dan membersihkan luka. Pembalut dan plaster berguna untuk rawat kelukaan kecil pada tangan dan anggota lain. Dettol adalah bahan antiseptik yang mudah dibawa.

Ads

Kulit terbakar

Kulit terbakar boleh dicegah sekurang-kurangnya anda menyapu krim sinar matahari yang memapunyai perlindungan matahari (SPF) yang tinggi dan sesuai. Penggunaan aloe vera merupakan bahan semulajadi yang membantu meredakan kemerahan pada kulit.

Selain bahan ubatan di atas, kini anda boleh mendapati barangan digital berbentuk mini seperti termometer yang mudah dibawa untuk melihat suhu tubuh badan anda. Setakat kain kecil dan gunting kecil pasti tidak mempunyai masalah asalkan ia tidak disalah guna. Bak kata pepatah, mencegah lebih baik dari mengubati.

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI