
Dek kerana bazar Ramadan tidak dibenarkan beroperasi di Malaysia sepanjang bulan puasa tahun ini, rata-rata negeri mengambil inisiatif untuk mewujudkan bazar dalam talian.
Ini untuk membantu peniaga makanan untuk terus mendapat sumber kewangan selain memberi kelebihan kepada pembeli menikmati pelbagai juadah ketika berbuka puasa. Namun buat penduduk di Negeri Perlis, peniaga dan pembeli dibenarkan untuk melakukan urusan jual beli makanan secara terus.
Kerajaan negeri Perlis membenarkan peniaga makanan berniaga di rumah dan di bahu jalan pada bulan Ramadan ini berikutan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebagai langkah alternatif berikutan bazar Ramadan tidak dibenarkan.
- Peniaga perlu mematuhi arahan yang ditetapkan sepanjang tempoh PKP iaitu menjual makanan yang dibungkus atau menggunakan khidmat penghantaran ke rumah.
- Peniaga dan pembeli perlu mematuhi arahan jarakan sosial dan tidak berkumpul.
Sumber: Bernama
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Zoo Negara Sangat Memerlukan Sumbangan Bekalan Daging, Sayur dan Buah!

Zoo Negara memerlukan lebih banyak sumbangan bahan mentah dalam bentuk daging, sayur-sayuran dan buah-buahan bagi menampung keperluan bekalan makanan di taman haiwan itu.
Ia berikutan makanan haiwan berkenaan sebelum ini diperoleh melalui hasil penjualan tiket masuk, sewaan tempat acara, tajaan syarikat dan sumbangan orang ramai. Tetapi hari ini berdepan dengan masalah untuk mendapatkan bekalan ekoran kekangan kewangan
Makanan utama iaitu daging, sayur dan buah amat diperlukan dengan jumlah yang banyak untuk bekalan makanan haiwan jenis herbivor dan karnivor di zoo ini. Zoo Negara sangat mengalu-alukan sumbangan pihak luar pada ketika ini.
Orang ramai atau pihak luar yang ingin menyalurkan sumbangan berbentuk bahan mentah boleh terus e-mel ke veterinar@zoonegaramalaysia.my atau sumbangan wang tunai melalui https://www.zoonegaramalaysia.my/adopt.html
Anda juga boleh menyalurkan sumbangan dengan cara mengambil haiwan yang ada di sini sebagai haiwan angkat.
Sebelum ini Zoo Negara dikatakan terpaksa menggunakan tabung kecemasannya yang hanya mampu bertahan selama tiga bulan sahaja untuk meneruskan operasi. Tabung kecemasan tersebut adalah peruntukan yang telah diwujudkan khusus oleh pihak pengurusan Persatuan Zoologi Malaysia (MSZ) untuk keadaan seperti di luar jangka ini.
Sumber: Bernama
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Suami Isteri Kongsi Pengalaman Indah DIY Trip Seminggu Ke Tokyo. Redah Sendiri Jejak Makanan Halal

Negara Jepun dikenali seluruh dunia mempunyai sebuah bandar raya yang begitu dinamik. Tokyo merupakan ibu negara Jepun sering menjadi pilihan lokasi impian untuk pelancong dari Malaysia. Di Tokyo, bangunan pencakar langit melitupi muka buminya selain dikatakan antara bandar raya yang tidak pernah ‘tidur’.
Tidak perlu gusar tentang ‘makanan Halal’ jika membuat perancangan untuk bercuti di Tokyo, Jepun. Kini telah banyak restoran halal yang berada di pasaran Tokyo. Malah, anda boleh mencuba hidangan masyarakat Jepun tanpa sebarang keraguan ketika berada di Tokyo.
Ini cadangan trip lokasi menarik & lokasi makanan Halal perlu dikunjungi di Tokyo,Jepun dikongsi oleh Nur Illyana
Trip Sakura Tokyo, Jepun
Alhamdulillah kerana masih diberi peluang untuk melancong bersama orang tersayang sambil-sambil belajar adat dan cara kehidupan rakyat di negara luar. Hujung bulan Mac 2019 kami berkesempatan melawat negara yang terkenal dengan jolokan ‘Matahari Terbit’ iaitu Jepun.
Pada hujung bulan Mac dan awal bulan April adalah waktu terbaik untuk menikmati keindahan musim bunga sakura di Tokyo. Sepanjang percutian disana, kami tidak menggunakan mana-mana khidmat Agensi Perlancongan sebaliknya semua tempat-tempat menarik di Tokyo kami redah sendiri dengan menaiki keretapi dan berpandukan Google Map.
Bagi lawatan satu hari ke Mt.Fuji dan Hakone kami gunakan khidmat Agensi Perlancongan yang telah kami aturkan dari Malaysia. Tapi jangan risau bagi mereka yang saat-saat akhir teringin nak pergi ‘Day Tour ke Mt.Fuji dan Hakone’ tu boleh pergi ke KEIO Plaza Hotel di mana disitu disediakan perkhidmatan yang akan menguruskan perjalanan anda ke sana.
Selama seminggu di Tokyo, saya kongsikan serba sedikit tempat-tempat menarik yang kami berdua lawati dan juga restoran-restoran HALAL yang sempat kami kunjungi bagi memenuhi tuntutan keinginan kami si ‘FOOD LOVER’ ni.
- UENO PARK: Tak lengkap kalau ke Tokyo sekiranya tidak menikmati keindahan dan kecantikan bunga sakura yang sedang berkembang mekar. Taman ini kami lawati pada hari minggu dan disini pada hujung minggu ramai rakyat Tokyo mengisi masa lapang bersama-sama dengan keluarga atau rakan-rakan dengan berkelah. Terdapat juga bazaar makanan yang menjual pelbagai jenis makanan untuk dinikmati.
- AKIHABARA: Bagi yang menggilai anime, permainan game seperti Nintendo Switch, watak-watak kartun seperti Super Mario, Sailormoon dan sabagainya. Tempat ni sangat disarankan untuk kalian kunjungi. Rambang mata dibuatnya bila berada di AKIHABARA kerana terdapat pelbagai jenis permainan kanak-kanak termasuk permainan yang berbentuk pendidikan seperti 4D Human Anatomy dijual disini. Yang penting sediakan wang yang mencukupi kerana kalian pasti akan rambang mata dan pening untuk memilih permainan yang anda suka. Di AKIHABARA juga kalian berpeluang untuk bermain Go-Kart dengan berpakaian watak-watak kartun sambil mengelilingi tempat tersebut.
- TAKESHITA STREET: Bagi anak muda yang suka dan gemar berfesyen dan sukakan pencuci mulut yang sedap sila melawat tempat ini yang terletak tidak jauh dari Harajuku Station. Disini sepanjang 400 meter terdapat banyak kedai-kedai pakaian dan kasut serta “fast food outlets” kebanyakkan beroperasi dari jam 11 pagi hingga 8 malam. Selain itu ,disini juga terdapat kedai yang menjual barangan cenderahati. Bagi yang menaiki keretapi sila berhenti di Harajuku Station. Diingatkan, pada hari minggu tempat ini akan menjadi sangat sibuk dan sesak.
- MEIJI JINGU: Terletak tidak jauh dari Takeshita Street. Sekiranya bernasib baik, disini kita dapat melihat upacara tradisi perkahwinan jepun gaya Shinto . Hutan yang mengelilingi Meiji Jingu Shrine ini dilitupi oleh lebih kurang 120,000 pokok-pokok yang terdiri daripada 365 jenis spesis. Kesemua pokok ini dibawa dari segenap pelusuk negara Jepun dan sekarang hutan ini didiami oleh pelbagai spesis burung.
- TSUKIJI FISH MARKET: Bagi si ‘FOOD LOVER’ tempat ni wajib dikunjungi kerana terdapat banyak makanan laut yang segar dan sedap dijual disini. Pasar ini ditutup pada hari ahad dan kebiasaannya semua kedai dibuka seawal jam 5 pagi sehingga jam 2 petang. Bagi yang menaiki keretapi sila berhenti di Tsukiji Station.
- DISNEYLAND TOKYO: Ini merupakan tempat impian yang ingin dilawati sejak kecil. Keterujaan dapat masuk Disneyland tu susah nak gambarkan. Banyak sangat patung-patung karakter kartun Disney yang sangat comel. Semestinya setiap kedai cenderahati yang ada di situ perlu anda masuk, jangan berangan lah nak keluar dari kedai cenderahati tersebut tanpa membeli apa-apa barang. Kedai menjual perfume Disney juga perlu dikunjungi. Kami kesana dengan menaiki keretapi dan turun di JR Maihama Station. Sekiranya kalian mempunyai kewangan yang kukuh, bolehlah menginap di Tokyo Disneyland Hotel.
- MT FUJI & HAKONE DAY TOUR: Pakej tour ini kami ambil semasa Matta Fair tapi sekiranya kalian disaat-saat akhir merancang hendak Day Tour ke Mt Fuji & Hakone dengan menggunakan khidmat Agensi Perlancongan, silalah ke KEIO Plaza Hotel. Disebabkan cuaca kurang baik kami tidak dapat pergi sehingga perhentian yang paling terdekat dengan Mt Fuji jadi setelah makan tengah hari kami dibawa ke Hakone Kojiri Terminal untuk menaiki bot menyusuri ‘Lake Ashi’ untuk ke Hakone Komagatake Ropeway. Selepas itu kami dihantar ke Odawara Station untuk menaiki Shinkansen untuk pulang semula ke Tokyo. Sekiranya ke Jepun perlulah merasa menaiki Shinkansen barulah lengkap aktiviti melancong di negara Jepun.
- TOKYO TOWER: Disarankan berkunjung pada waktu malam kerana pernataan cahaya yang sangat cantic. Harga tiket untuk Top Deck Tour ialah 2800 Yen. Sekiranya anda peminat “ONE PIECE” , disini terdapat kedai yang menjual barangan kartun tersebut.
Restoran Halal Yang Dikunjungi:
- GYUMON HALAL BBQ RESTORAN: Terletak di Shibuya, harga set makanan serendah dari 3000 Yen.
- MALAYSIAN CUISINE : Bagi yang rindukan makanan Malaysia sila singgah ke restoran ini yang terletak di Shibuya. Terdapat juga produk makanan Malaysia seperti Brahim’s dijual disini.
- HALAL WAGYU & VEGETABLE SHABU-SHABI ASAKUSA NAGOMI: Terletak berdekatan dengan Asakusa Station. Restoran ini menghidangkan daging wagyu halal yang sangat sedap, lembut dan enak . Bilik solat juga disediakan disini. Pemilik restoran dan pekerjanya juga sangat peramah.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Selain Hidangkan Kopi Sedap, Ini 5 Kopitiam Paling Menarik Untuk Bergambar Di Selangor!

Isi Kandungan
ToggleKopitiam yang secara amnya bermaksud “kedai kopi” dalam dialek Hokkien, mula diperkenalkan di Malaysia sejak akhir 1800-an.
Kopitiam berasal dari kaum Hainan migrasi di Malaysia yang kebanyakannya terlibat dalam industri hospitaliti untuk menyara hidup pada masa tersebut. Ini 5 kedai kopitiam di Negeri Selangor yang perlu anda kunjungi untuk menikmati rasa kopi asli dan roti bakar klasik yang lazat!
1) Auntie Kopitiam, Kuala Selangor

Auntie Kopitiam adalah kedai kopi terkenal yang terletak di Daerah Kuala Selangor. Auntie Kopitiam telah dibuka pada tahun 1935. Beberapa selebriti Malaysia juga pernah berkunjung ke sini untuk mendapatkan kopi mereka dan banyak program televisyen juga telah dirakamkan di sini.
Selain menghirup kopi Hainan tradisional yang enak, ada juga makanan lain yang disediakan seperti Nasi Lemak, kuih-muih, roti bakar dan banyak lagi. Pelanggan juga dapat menikmati salah satu hidangan terbaik mereka, Mi Kari Laksa iaitu makanan yang sempurna untuk memulakan hari anda!
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi 03-3289 7289
2) Thong Kee Cafe, Petaling

Thong Kee Kopitiam adalah salah satu kedai kopitiam yang terkenal di Daerah Petaling dengan menu kopi unik mereka. Pemilik Kedai Kopitiam Thong Kee yang mempunyai pengalaman lebih dari 30 tahun telah mencipta menu “1+1 Cham Peng” iaitu satu minuman gabungan dari kopi Hainan dan teh. Menu istimewa ini telah mendapat sambutan yang hangat dari penduduk tempatan.
Selain menu “1+1 Cham Peng” , kedai ini juga menyajikan pelbagai pilihan menu untuk sarapan. Menu tersebut termasuk roti bakar, telur separuh masak dan juga aneka pastri seperti croissant dan donut.
Untuk maklumat lanjut, sila layari: https://thongkee.com.my/ atau hubungi 03-7496 6847
3) Chong Kok Kopitam, Klang

Dahulu merupakan sebuah hotel namun kini ia merupakan sebuah kedai kopi klasik yang sangat diminati oleh semua bangsa dari penduduk tempatan. Kedai Chong Kok Kopitiam telah mula beroperasi sejak tahun 1940.
Di kedai ini, anda boleh saksikan sekumpulan pelanggan terdiri dari pelbagai kaum dan bangsa menikmati hidangan kopi dan roti bakar mereka bersama-sama. Uniknya, kedai ini menyediakan menu telur separuh masak dengan menggunakan mesin khas untuk proses penyediaan. Cara ini menjadikan telur separuh masak mereka lebih sedap dan berkrim berbanding menggunakan cara klasik sebelum ini.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi 03 3371 0996
4) Nam Wah Kopitiam Bt 18, Hulu Langat

Satu lagi kedai kopitiam klasik di Negeri Selangor terletak di Daerah Hulu Langat. Kedai ini adalah salah satu lokasi persinggahan yang terkenal dalam kalangan penunggang basikal kerana kedai ini terletak berdekatan dengan trek laluan basikal semula jadi yang agak mencabar.
Jadi, tidak hairanlah jika anda bertemu dengan ramai penunggang basikal ketika anda menjamu selera di kedai ini. Istimewanya kedai kopitiam ini adalah kerana ianya menyajikan menu roti bakar bersama kaya atau kuah kari ayam yang dimasak sendiri oleh pemilik kedai ini.
5) Kedai Makan Hailam Sun Sun Nam Cheong, Hulu Selangor

Sun Sun Nam Cheong merupakan antara salah satu kedai kopitiam yang telah lama beroperasi dengan resipi asli mereka yang berusia 100 tahun. Selain kopi, menu yang istimewa di kedai ini adalah Chicken Chop Hailam dan juga Mi Hailam.
Chicken Chop Hailam merupakan menu yang dicipta oleh kaum Hainan yang telah berhijrah ke Malaysia. Mereka kemudian kebanyakannya berkhidmat di bawah kuasa penjajah British.
Justeru, menu ini dicipta dengan konsep gabungan citarasa Barat dan Cina. Sebagai kedai yang mempunyai sijil halal, menu makanan di kedai ini disediakan dengan bahan masakan yang halal. Jadi anda boleh menjamunya tanpa ragu-ragu!
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi 03-6064 1168
Wah, menyelerakan sungguh seleksi menu kopi dan roti bakar yang disediakan oleh kedai-kedai Kopitiam yang disenaraikan di atas! Tidak dinafikan, kedai kopitiam digemari oleh semua rakyat Malaysia, tidak kira kaum, bangsa dan agama. Jangan lepaskan peluang anda untuk merasai sendiri menu kopitiam asli di sekitar Negeri Selangor!
Namun, ketika musim pandemik Covid-19 ini, anda perlulah sentiasa mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara. Sentiasa pastikan penjarakan sosial, memakai topeng muka di tempat umum serta menggunakan cecair pembasmi kuman secara kerap.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI