Obor-obor beracun atau ‘Portugese Man O War’ ini biasanya mendiami lautan Pasifik namun pernah ditemui di perairan pantai negeri Terengganu sebelum ini.

Obor-obor jenis ini disifatkan antara spesies berbahaya kerana sengatannya boleh menyebabkan kulit melecur, melumpuhkan mangsa dan membawa maut.

Fizikal obor-obor itu yang cantik, kecil seakan plastik dikhuatiri akan menarik minat sesiapa sahaja untuk menyentuhnya. Bagaimana pula jika terkena sengatan obor-obor ini? Apakah yang perlu dilakukan?

Ini ada info pertolongan cemas jika terkena sengatan obor-obor beracun perkongsian daripada saudara Altok Yusri Yusud

Ads

Catatan berkenaan dengan “Portugese man o war”/ “Blue Bottle”/ Obor2 karipap biru (budak lab bagi nama) Apa yang ambe tau setakat ini, ambe bukan expert dalam bab ni, tapi tak de pon org yang betul-betul kaji spesis ni di Malaysia (as with lots of other species).

Spesis: Physalia physalis

Ads

Perkongsian Pertolongan Cemas Sekiranya Terkena Sengatan Obor- Obor Beracun ‘Portugese Man O War’

  • Walau bagaimanapun, ada pendapat mengatakan ada 2 spesis; Physalia physalis bertaburan di kawasan Lautan Atlantik sana, dan Physalia utriculus, bertaburan di kawasan Lautan Pasifik dan Lautan Hindi.
  • Kajian genetic menunjukkan P. physalis dari Lautan Atlantik memang berbeza dari spesis di Lautan Pasifik dan di Lautan Pasifik sendiri, terdapat lebih dari satu spesis sebenarnya (Pontin & Cruickshank, 2012)

Perkongsian Pertolongan Cemas Sekiranya Terkena Sengatan Obor- Obor Beracun ‘Portugese Man O War’ Perkongsian Pertolongan Cemas Sekiranya Terkena Sengatan Obor- Obor Beracun ‘Portugese Man O War’

Ads

Kesan sengatan:

  • Walaupun terdapat kematian yang disebabkan oleh spesis ini, tetapi kebanyakan kematian adalah dilaporkan di kawasan Lautan Atlantik.
  • Di kawasan Lautan Pasifik, berdasarkan laporan Australian Museum, tidak ada kematian dilaporkan di Southern Hemisphere, walaupan bilangan sengatan yang dilaporkan adalah agak tinggi, terutamanya di Australia (10-50ribu setahun)

Pertolongan cemas sekiranya terkena sengatan:

  • Basuh kawasan berkenaan dengan air laut.
  • Basuh juga kawasan berkenaan dengan cuka.
  • Rendam atau alirkan air panas (>45C) di kawasan berkenaan selama 45 minit.
    (Cuka dan air panas ini akan menyahaktifkan dan membasuh jarum-jarum halus cnidae/ nematosis yang dilepaskan oleh organisma ini dan akan menyahaktifkan racun yang dikeluarkan.)  Sumber: https://www.smithsonianmag.com/…/urine-luck-vinegar-best-t…/)
  • Di Australia, mereka menggunakan ais sebagai rawatan pertolongan cemas, menggantikan cuka.
  • Seterusnya silalah mendapatkan rawatan dari kelinik atau hospital yang berhampiran.

 

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI