Jika anda dari Lembah Klang, pemanduan hampir 3 jam setengah ke Kuantan, Pahang untuk bercuti pastinya akan dikenang. Kuantan memiliki kelebihan tersendiri berbanding 10 daerah lain di negeri Tok Gajah.
Ia berikutan kedudukannya yang berhampiran Laut China Selatan menjadikan daerah ini lebih istimewa apabila terdapat pantai yang indah sebagai daya tarikan pelancongan. Bagi yang pertama kali bercuti ke Kuantan, pasti disogokkan cadangan mengenai pantai yang menarik dan menjadi tumpuan orang ramai seperti Teluk Cempedak dan Cherating. Sebenarnya banyak lagi destinasi pantai di daerah itu yang boleh diterokai untuk percutian bersama keluarga antaranya di sekitar pantai Balok. Pantai Balok, kira-kira 15 hingga 20 minit memandu dari pusat bandar Kuantan. Pantai Balok memiliki pemandangan indah yang pasti menimbulkan rasa teruja dalam kalangan pengunjung. Pantai Balok adalah lokasi popular bersantai pada hujung minggu kerana keadaan pantainya yang nyaman, redup dan diteduhi pepohon ru. Malah lokasi ini juga mempunyai beberapa lokasi penginapan yang ideal dan sesuai untuk percutiaan anda kerana keadaan pantainya yang luas memanjang. Ramai juga tidak tahu kewujudan hotel dan resort ‘best’ bertemankan alam semulajadi di sekitar ini tau.
Nak tahu lokasi menarik yang boleh anda menginap di sekitar ini? Baca perkongsiaan daripada sumber Teha Amin
Okay disebabkan tak leh move on dengan percutian pantai timur kami. Jadi Teha nak review sikit tempat kitorg menginap masa kat Kuantan. Okay gambar-gambar ni bukan dari phone Teha. Ikutkan kalau dari phone berapa keping je gambar percutian kami. Teha memang susah sikit nak pegang handphone time outdoor lebih-lebih lagi ketika bersama dengan anak-anak. Ada kerisauan yang tinggi kalau mata tak tengok anak and tangan tak pegang anak-anak. Siapa selalu keluar dengan Teha tau la ni memang perangai sejak azali. Jadi kalau nak ada gambar percutian mungkin kena tunggu kaya raya macam Cheq Ta pastu hire photog yes yes yes. InsyaAllah one day.
Okay berbalik kepada cerita tempat penginapan, kami menginap di Adena Beach Resort. Tempat ni member Kuantan yang suggest and sekali je search kat Agoda terus jatuh cinta sebab Teha memang sangat sukakan keindahan alam semula jadi. Suka nature. Suka suasana kampung. Suka duduk chalet berbanding duduk hotel. Kat sini ada dua pilihan. Ada hotel and ada chalet jadi chalet is my choice. Bilik kami pilih kecil je memandangkan kami bertiga tapi veranda dia memang besar best utk lepak. Time kawan Teha and anak-anak dia datang, kami bentang tikar and picnic makan kat veranda. Mmg best gilerrrr!
Berhadapan dengan pantai antara sebab Teha pilih tempat ni. Walking distance je. Tak sempat nak berpeluh dah sampai. Tepi resort, tepi pantai ada satu beach bar. Cantik sangat serba putih. Namanya Puteh Beach Bar. Tapi Teha memang tak lepak situ just pergi waktu pagi utk bergambar je. Sangat cantik siap ada buaian pantai. Awww in love sangat.
Resort ni Teha tengok sgt sesuai utk sesiapa yang nak buat family day ke, team building ke atau reunion event? Siap ada stage, dewan makan, ada kawasan luas utk buat outdoor game. Nak main takraw ke bola tampar semua boleh.
Pantai dia tak panas sangat time kitorg pegi siap boleh lepak lama tepi pantai baring-baring sambil tengok anak main pasir. Tengah lepak-lepak ada orang jual aiskrim lalu naik motor. Ha apa lagi memang kena tahan la. Tapi satu, pantai air kuat. Sila jaga anak-anak kita dengan teliti kalau boleh takyah mandi la. Kitorg duduk tepi main di gigi air pun rasa ombak kuat.
Over all memang best sangat. InsyaAllah akan repeat.
Foto: Adena Beach Resort