Perkongsiaan Itinerari Percutiaan Ke Utara Pakistan Untuk Bawa ‘Keluarga Besar’

Share

Umum mengetahui Utara Pakistan memiliki destinasi yang begitu indah dan cantik. Ramai yang mengimpikan untuk bercuti ke negara tersebut tetapi masih ragu-ragu dek keselamatan ketika berada di sana. Ada dua kemungkinan yang sering tercetus di sana, iaitu gempa bumi dan juga pergolakan politik dengan negara jiran.

Namun sebenarya, tahap keselamatan untuk bercuti ke sana adalah terjamin. Jika bercadang ke Utara Pakistan secara berkumpulan atau membawa keluarga yang ramai, perkongsian daripada Jaja Razali ini sangat membantu.

PAKISTAN LAND OF BEAUTY (Itinerary Dan Budget North Tour Pakistan 7 Days 6 Night)

  • Itinerary ni pack sikit sebab road tour Di North Pakistan ambik masa lebih lama dari apa yang dipapar Di google maps. Say cadangkan tambah lagi 2 hari Kalau nak tour yang relax relax….
  • Gambar Gambar dlm tour ni, pada bulan June. Summer Di Pakistan tapi blah Utara Pakistan still sejuk walaupun summer.
  • Waktu untuk melawat Pakistan Spring (March-April ), Summer (May-August), Autumn (September-October). Winter bulan Nov – February Tak digalakkan sebab salji tebal Dan banyak jalan tutup
  • Pakistan Cantik macam Switzerland atau New Zealand tapi nak Sewa kereta drive sendiri kat sini jalan dia amatlah bahaya.. Kena ambik tour guide atau sewa kereta dengan driver ya..
  • Makanan halal n sedap merata ada Tak perlu risau bab makanan
  • Ada banyak hotel n motel Di North Pakistan tapi dlm agoda atau booking.com terhad. Ada satu hari tu Saya dah buat tempahan di booking.com,tapi sampai lambat di Hotel, bilik dah bagi dekat orang lain Dan Hotel full. Padahal pada hari yang sama dah call hotel bagitau confirm check in. Untuk Perkara macam ni, Kalau ada tourist guide senang la nak settle sebab diorang familiar dengan tempat diorang. Kami Tak ambik tour guide tapi Nasib la husband orang Pakistan, senang nak communicate Dan Nego dalam situasi terdesak macam ni.. almaklumlah kadang owner Hotel akan ambik kesempatan cekik darah.
  • Untuk Visa ke Pakistan, sekarang dah boleh apply E-Visa cuma perlukan Invitation Letter (LOI) dari registered tourist company Di Pakistan, kalau datang sendiri suruh kawan dekat Pakistan jemput..
  • Direct flight Malindo Air : Kul-Lahore atau Pakistani & Airline Kul-Islamabad

Day 1:
-Sampai Lahore, driver pickup terus gerak ke Kaghan.
-Bermalam Di Kaghan Valley

Day 2:
-Teruskan perjalanan ke Karimabad, Hunza.
-Check In Hotel, Rest and enjoy view around hotel

Day 3:
-Visit Attahbad Lake
-Drive sampai Area Passu Cones
(Option boleh pegi lagi sampai Khunjerab Pass, boarder Pakistan-China tapi kami Tak sempat sebab terlalu leka bila singgah satu satu tempat…)
-Malam melawat Karimabad night market
-Tido Di Hotel yang sama

Day 4:
-Melawat Altit Fort
-Teruskan Perjalanan ke Lalasar
-Berhenti Di Rakaposhi point
-Berhenti Di Babusar Top
-Bermalam Di Lalasar motel

Day 5:
– Heading to Muzaffarbad
– Melawat Sa full Muluk lake
-Bermalam Di Muzaffarbad

Day 6:
-Bergerak ke Lahore melalui jalan Neelum Valley
-Singgah Di Islamabad for city view And shopping, sempat sembahyang Di Masjid Faisal
-Bermalam Di Lahore

Day 7:
-Melawat Bandar Lahore
-Melawat Badshahi Mosque
-Shopoing kain Di bazar
-Malam flight balik KL

Total cost GROUND ONLY

  • Untuk Transport,makanan, Penginapan ,Petrol, Toll Dan Jeep ride ke tasik RM1500/pp
  • Tiket flight Pakistani airline RM1800/pp. Kadang kadang boleh dapat harga murah lagi kena rajin check. Tiket Malindo air RM1500 lebih kurang)
  • Note: Trip kami 12 orang semua so makan, Hotel, transport kongsi , boleh la dpt harga mcmni.
Oleh
Husna