Berita

Perkhidmatan MRT, LRT & Bas Prasarana Lembah Klang Beroperasi Seperti Biasa, Kekerapan Berdasarkan Permintaan

Share

Perkhidmatan rel dan bas kendalian Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) akan terus beroperasi mulai 6 pagi hingga 12 tengah malam sehingga Selasa depan, sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya. Termasuklah ketika ramai pekerja diarah untuk bekerja dari rumah bermula hari ini.

Prasarana memaklumkan kekerapan perkhidmatan meliputi Transit Aliran Ringan (LRT), Transit Aliran Massa (MRT), monorel, perkhidmatan bas henti-henti Rapid KL dan bas perantara Jom Naik MRT akan disesuaikan mengikut permintaan semasa.

Pihak Prasarana akan memantau dengan rapi dengan keadaan aliran penumpang setiap hari dan mengimbangi kapasiti dan permintaan semasa dalam menentukan kekerapan tren dan bas untuk esok dan hari berikutnya.

Untuk maklumat lanjut, pengguna boleh menghubungi talian khidmat pelanggan Rapid KL di talian 03-78852585 atau layari laman sesawang myrapid.com.my serta ikuti platform media sosial kami di Facebook myrapid dan Twitter @askRapidKL bagi mendapatkan status terkini perkhidmatan.

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) mengumumkan untuk membenarkan maksimum 10 peratus pekerja di peringkat pengurusan dan penyeliaan di kawasan PKPB untuk berada di pejabat yang dihadkan selama empat jam bermula 10 pagi hingga 2 petang berkuat kuasa 22 Oktober 2020.

Oleh
Husna