Sekitar tengah hari tadi KLIA dikejutkan dengan gangguan sementara sistem operasi mereka yang menjejaskan beberasa sistem seperti sambungan WiFi, Sistem Paparan maklumat Penerbangan, kaunter-kaunter daftar masuk dan Sistem Pengendalian Bagasi.
Namun demikian, keseluruhan sistem yang mengalami gangguan tersebut telah kembali beroperasi seperti biasa kecuali sistem perkhidmatan kad kredit di kedai-kedai dan restoran yang terdapat di sekitar KLIA.
Melalui laman Facebook rasmi Malaysia Airports, anda dinasihatkan untuk mengelakkan penggunaan kad kredit buat sementara waktu sementara sistem yang terganggu sedang dibaiki.
Sekiranya anda memerlukan wang tunai, ada beberapa mesin ATM di sekitar KLIA yang beroperasi seperti biasa dan juga penggurup wang berlesen untuk urusan penukaran wang ringgit.
Ganggunan ini hanya berlaku di KLIA, manakala KLIA2 masih beroperasi seperti biasa untuk semua penumpang.
Buat anda yang menggunakan perkhidmatan pengangkutan udara di terminal KLIA buat masa ini, dapatkan kemaskini mengenai keadaan semasa di laman Facebook rasmi Malaysia Airports. Semoga perjalanan anda selamat pergi dan balik.