Perkhidmatan feri dari Pulau Langkawi Ke Kuala Perlis akan terjejas sementara selama 3 hari bermula dari 21 hingga 23 Mac 2019 ekoran paras air laut surut di laluan berkenaan.
Air surut mengikut musim ini berlaku sehingga menampakkan permukaan muara sungai dan menyebabkan feri sukar untuk melalui kawasan berkenaan sehingga mendatangkan risiko tinggi untuk feri tersangkut dan terkandas.
Memetik sumber dari Bernama, Pengurus Operasi Ferry Line Ventures Sdn. Bhd, Leftenan (B) Baharin Baharom menjelaskan, perkhidmatan feri yang terjejas pada hari-hari berkenaan akan melibatkan waktu perjalanan pada pukul 7.30 pagi, 8 pagi dan 9 pagi.
Walau bagaimanapun, satu feri ihsan akan disediakan pada pukul 8.30 pagi menggunakan feri yang boleh melalui kawasan berlumpur bagi mengelakkan penumpang menunggu lama di kawasan jeti.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
10 Hotel Murah Kat Pekan Kuah Untuk Korang Stay Kalau Ke Langkawi. Senang Nak Shopping!
Usah risau dengan bajet kerana anda masih boleh menikmati percutian setanding duduk di hotel mewah.
Apa yang penting momen dapat bersama keluarga setelah lama tidak keluar lakukan aktviti bersama keluarga.
Jadi jika anda berhajat untuk ke Langkawi, ini antara 10 hotel murah dan best di Pekan Kuah boleh menginap.
1. Hotel Goldsands
Hotel Goldsands Kuah ini antara hotel di Kuah ini yang sesuai bukan saja kalau anda datang berdua, tapi juga untuk yang datang dengan famili.
Bilik di sini luas dan ia pun ada kolam renang. Bezanya dekat sini kolam renang Infiniti dengan pemandangan laut. Dari segi fasilitinya, memang ini antara hotel paling berbaloi untuk anda inapi.
Dan disebabkan lokasinya, nak shopping dan makan mudah, walaupun masih perlukan anda berkereta.
2. Bella Vista Waterfront
Hotel yang dibuat macam istana Disneyland ini dekat dengan Taman Tema Splash Out Langkawi — sesuai kalau anda datang dengan anak-anak yang memang nak masuk ke taman tema ini.
Kalau tak nak masuk taman tema tak apa. Sebab hotel ini ada swimming pool sendiri. Dan sesetengah bilik ada pemandangan laut, walaupun anda tak boleh mandi di dalamnya.
3. Hotel Langkasuka
Kalau anda tak suka berkereta dan nak hotel yang dekat dengan mall, book hotel Langkasuka sebab ia cuma kat sebelah Langkawi Parade. Senang nak beli coklat, makan roti pagi-pagi atau beli Tealive hari-hari.
Ia pun ada swimming pool walaupun saiznya kecil saja. Bilikmemang agak berusia, tapi saiznya selesa untuk keluarga.
4. Langkawi Seaview
Hotel murah di Kuah yang satu ini ada bilik yang luas untuk harganya. Dan kalau nasib anda baik anda akan dapat pemandangan laut. Hotel ni pun ada swimming pool walaupun kecil.
Cuma kalau nak makan, wajib memandu keluar sebab tak ada tempat makan berhampiran dalam jarak jalan kaki. Dari segi harga, ia hotel murah di Kuah yang ada swimming pool paling murah harga biliknya.
5. Hotel Adya
Hotel Adya ini ialah hotel mesra muslim kat Kuah, Langkawi. Jadi tak perlu risau status halal lauk sarapan di hotel nanti. Dan kalau hotel lain ada swimming pool untuk semua, hotel Adya ini pula ada swimming pool khas untuk wanita.
Bilik kat sini besar, dan kalau nak cari makan dan shopping dekat saja, walaupun masih kena berkereta. Contohnya kalau nak shopping coklat last minute sebelum balik, Langkawi Parade ada, cuma 2 minit berkereta.
6. Chil Suites Langkawi
Untuk anda yang mahukan bilik moden dan luas kat Pekan Kuah anda boleh tempah Chill Suites Langkawi.
Harga bilik budget ini murah untuk saiznya. Ia juga datang dengan toiletries, peti keselamatan dan juga mini fridge untuk anda letakkan coklat yang anda beri waktu shopping nanti.
Kalau mahu shopping ke kat IG cuma 10 minit memandu. Taman Tema Splash Out pun tak jauh mana.
7. Hotel De Bleu
Hotel bajet dengan bangunan biru laut ini dibina pada 2018, dan ia ada bilik-bilik yang ringkas tapi bersih.
Kalau anda malas memandu, nak shopping di Pekan Kuah tambang Grab pun lazimnya bawah RM 7.
Kalau nak makan, ada kedai nyonya kat tepinya. Dan kalau nak kedai Siam, kedai Wan Thai yang famous ada dalam kawasan yang sama.
8. Virtuez Inn
Hotel bajet kecil ini dibuat di atas rumah kedai yang baru dibuka pada 2019. Jadi bilik anda memang baru dan selesa. Dari segi lokasi yang memang bagus sebab kedai makan dekat. Begitu juga bank dan dobi.
Cuma parking tidak best sebab anda perlu parking kereta kat tepi jalan. Jadi anda kena siapkan kupon parking majlis bandaran.
9. Motel Seri Mutiara
Ini penginapan budget di Kuah untuk orang yang tak kisah kan fasiliti dan lokasi. Yang penting harga bilik murah dan dan biliknya besar.
Kalau ada datang berkumpulan atau dengan keluarga, saiz biliknya memang selesa. Suasana kelilingnya kampung, dan sesuai untuk anda yang tak suka sibuk pekan Kuah dengan kereta sini sana.
Diingatkan jika anda cuma datang solo, lebih baik cari penginapan lain dekat dengan jalan utama.
10. HIG Hotel
Hotel HIG kat Kuah ini sesuai untuk anda yang mahukan hotel selesa untuk shopping masa cuti kat Langkawi. Sebab shopping mall Haji Ismail Group dekat tepi hotel anda saja.
Bolehlah anda jadi orang yang pertama dan terakhir masuk dan keluar dari mall ini tiap-tiap hari.
Bilik kat sini luas. Ia pun dekat dengan jalan utama. Sesuai sangatlah untuk anda yang datang cuti kat sini, semuanya wanita. Dan hati pun tenang saja sebab ayat Quran dibuka di luar bilik senantiasa.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Jauhi Pantai & Kawasan Berisiko, Fenomena Air Pasang Besar Landa Empat Negeri Minggu Ini
Fenomena air pasang besar dijangka melanda Kedah, Perak, Selangor dan Johor selama empat hari mulai 4 Nov depan.
Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Datuk Ir Nor Hisham Mohd Ghazali berkata fenomena tersebut akan menjadi lebih buruk jika disertai angin kencang, ombak besar dan hujan lebat secara serentak.
Katanya, ia berisiko mengakibatkan banjir kilat, limpahan air laut dan banjir pantai.
Menurut Nor Hisham kawasan terbabit di Kedah adalah Kuala Muda; Perak (Bagan Datuk); Selangor (Klang, Kuala Langat, Sabak Bernam dan Kuala Selangor) serta Johor (Batu Pahat dan Pontian).
"Orang ramai terutama penduduk di pesisir pantai dinasihatkan supaya berwaspada berdepan dengan fenomena air pasang ini selain memantau keadaan cuaca," katanya dalam kenyataan di sini malam tadi.
Selain itu, pengunjung pantai dinasihatkan lebih berhati-hati dengan tidak menjalankan sebarang aktiviti air, riadah dan rekreasi pada tarikh tersebut. Sumber: BERNAMA
Dalam pada itu,seorang pengguna Tik Tok @simatasyepet memuat naik kejadian air pasang besar yang berlaku di Tanjong Karang yang sering menjadi tumpuan cuti bagi warga Selangor pada 1 November lalu yang mana fenomena ini berlaku lebih awal dari jangkaan. Jelas ia bukan berlaku di tepi pantai saja sebaliknya berlaku di tengah bandar kerana dari video dikongsikan air sudah menaiki kawasan tersebut hingga kenderaan rendah berisiko meredahnya.
https://www.tiktok.com/@simatasyepet/video/7025711794081582362?is_copy_url=0&is_from_webapp=v1&q=simatasyepet&t=1635834217042&sender_device=pc&sender_web_id=6973624686812366338
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kuantan, Seremban & Subang Jaya Bakal Bertukar Status Bandaraya Menjelang 2020
Tahun 2020 bakal memberi perkhabaran gembira buat tiga buah bandar di Malaysia kerana bakal diiktiraf sebagai Bandaraya baru. Tiga bandar dijangka bakal berstatus Bandaraya adalah Kuantan, Seremban dan Subang Jaya.
Ikuti perkongsian daripada sumber facebook saudara Zulkifli Marzuki
Bagaiamana Pemilihan Sesebuah Bandaraya
Dewan atau Bandaraya merupakan hierarki tertinggi bagi sesebuah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Buat masa ini terdapat 14 buah bandar atau PBT yang diiktiraf berstatus Bandaraya di Malaysia iaitu Kuala Lumpur, Shah Alam, Petaling Jaya, Georgetown, Johor Bahru, Ipoh, Melaka, Kuching, Kota Kinabalu, Alor Setar, Miri, Kuala Terengganu, Iskandar Puteri dan terkini Seberang Perai.
Penentuan status Bandaraya ini tertakluk kepada beberapa syarat, pekeliling dan juga Akta yang membentuk sesebuah PBT seperti Akta Kerajaan Tempatan (Akta 171) di Semenanjung, Akta Ibukota Persekutuan (DBKL) dan Ordinans (Sabah & Sarawak). Pemberian status Bandaraya ini juga berdasarkan penilaian dan syor KPKT di peringkat Persekutuan dan SUK Negeri sebelum dibawa untuk kelulusan Kabinet sebelum watikah pengisytiharan ditandatangani oleh DYMM Agong.
Berdasarkan Pekeliling yang ditetapkan oleh KPKT, terdapat 11 kriteria untuk melayakkan sesebuah PBT dinaiktaraf sebagai Bandaraya.
- Meliputi pusat pentadbiran negeri;
- Jumlah penduduk tidak kurang 500,000;
- Jumlah hasil tahunan melebihi RM100 juta daripada sumber kewangan secara ‘fiscal sustainable’ dan seimbang;
- Berupaya menyediakan perkhidmatan pada tahap tinggi termasuk hasil kutipan hasil, kelulusan pembangunan, penguatkuasa dan lain-lain fungsi PBT serta mempunyai organisasi yang mantap serta kakitangan yang berkebolehan menjalankan tugas dengan cekap dan berkesan;
- Penekanan kepada pembangunan bandar secara ‘sustainable development’ dan usaha-usaha menangani isu perbandaran. Indikator bandar mampan seperti ditekankan dalam ‘Malaysia Urban-Rural National Indicators Network for Sustainable Development’ (MurniNets) akan diambilkira;
- Pembentukan imej dan identiti sesuai dengan fungsi bandar dan budaya nasional yang melambangkan sejarah termasuklah memelihara bangunan warisan;
- Mempunyai pusat perindustrian, institusi kewangan dan kemudahan menjalankan perniagaan dan perdagangan bagi menarik pelabur, termasuklah perhotelan bagi menggalakkan pelancong dan urusan perniagaan dengan tumpuan kepada sektor perkhidmatan dan aktiviti ekonomi yang mempunyai nilai tambah;
- Mempunyai instituti pendidikan yang lengkap termasuklah universiti dan kolej, maktab, muzium dan perpustakaan awam;
- Pusat aktiviti kebudayaan, acara sukan dan riadah serta konvensyen di peringkat kebangsaan dan antarabangsa;
- Mempunyai kemudahan infra dan utiliti yang cukup termasuklah taman awam yang mesra OKU, kemudahan pengangkutan awam, sistem pengurusan lalulintas dan rangkaian jalanraya yang cekap serta perkhidmatan ICT; dan
- Mendapat pengiktirafan tertentu di peringkat kebangsaan atau antarabangsa sejajar sebagai status sebuah bandaraya.
- (Walau begitu, terdapat sesetengah bandaraya tidak menggunakan kriteria ibu negeri dan beberapa kriteria lain atas faktor-faktor tertentu).
Tiga (3) buah bandar yang dijangka berstatus Bandaraya pada tahun hadapan adalah:
Majlis Bandaraya Kuantan (MBK)
Merupakan ibu negeri Pahang selepas pusat pentadbiran negeri berpindah dari Kuala Lipis pada tahun 1976. Mempunyai penduduk yang diunjurkan berjumlah 517,200 pada tahun 2015 dan 590,621 pada tahun 2020 (RTD Kuantan 2035 Pengubahan). Kuantan sebenarnya dari awal telahpun memenuhi kriteria sebagai Bandaraya namun cadangan tersebut ditangguhkan oleh Kerajaan Negeri bagi melihat secara teliti kesediaan infrastruktur dan kemudahan serta implikasi terhadap kos sara hidup penduduk. Walau bagaimanapun berdasarkan maklumat, Kuantan telahpun mendapat kelulusan kabinet dan hanya menunggu masa untuk diisytiharkan sebagai sebuah Bandaraya. Mungkin secara kebetulan, watikah yang akan ditandatangani oleh DYMM Agong yang juga berasal dari Negeri Pahang akan memberi lebih makna kepada pengisytiharan ini nanti.
Majlis Bandaraya Seremban (MBS)
Cadangan menaiktaraf Majlis Perbandaran Seremban kepada Bandaraya seperti yang diketahui sepatutnya pada Januari 2019 namun ditangguhkan sehingga awal 2020 bagi tujuan pemindahan pejabat ke bangunan baharu serta bagi tujuan penstrukturan semula pentadbiran sedia ada yang akan bergabung dengan Majlis Perbandaran Nilai. Penubuhan Bandaraya ini akan menjadikan keseluruhan daerah Seremban di bawah satu Pihak Berkuasa Tempatan. Penggabungan ini dijangka akan memberi kelebihan kepada usaha Kerajaan Negeri merancakkan pembangunan Malaysian Vision Valley (MVV) sehingga tahun 2045.
Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ)
Subang Jaya pula dijangka diisytiharkan sebagai Bandaraya pada tahun 2020 dan diikuti oleh Klang. Kertas kerja berkaitan cadangan naik taraf ini sebenarnya telah diteliti dan diulas pada tahun 2016 termasuklah cadangan naik taraf Majlis Perbandaran Kuala Selangor dan Kuala Langat. Sebagai sebuah bandar yang mempunyai penduduk terpadat di Malaysia berdasarkan banci penduduk 2010 walaupun hanya berkeluasan 16,187.68 hektar, Subang Jaya sememangnya mempunyai pelbagai kemudahan dan infrastruktur yang mencukupi dan layak untuk diiktiraf serta bersedia menggalas tanggungjawab sebagai sebuah PBT berstatus Bandaraya selaras dengan keperluan kualiti perkhidmatan yang perlukan oleh penduduk di dalamnya dan seiring dengan perancangan Draf Rancangan Tempatan Subang Jaya 2035 yang menunggu proses seterusnya sebelum diwartakan.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI