Sekarang semakin ramai golongan belia yang mula melibatkan diri dengan aktiviti outdoor seperti mendaki. Mendaki ni umum, jadi tak kira naik gunung atau bukit, itu semua dikira mendaki.
Untuk mereka yang baru nak berjinak-jinak dengan aktiviti mendaki, jangan risau. Artikel ini akan kongsikan basic 101 apa yang perlu kita lakukan untuk pergi mendaki.
1. Bila nak pergi dan berapa lama? Ini persoalan pertama yang kita perlu tahu supaya senang nak rancang durasi trip. Dalam masa yang sama, mudah untuk mohon tarikh cuti dan sebagainya.
2. Berapa ramai nak pergi? group atau solo? Sebaiknya, untuk pendaki yang baru nak berjinak-jinak dengan aktiviti mendaki, jangan pergi berseorangan. Lebih baik pergi berkumpulan. Sekiranya ada apa-apa yang terjadi, kita tak bersendirian.
3.Kenalpasti kapasiti diri. Tahu kemampuan diri kita. Kalau rasa fizikal kita tak mampu, jangan seksa fizikal dengan mendaki bukit atau gunung yang tinggi. Takut nanti berlaku kecederaan.
4. Pilih lokasi sebaiknya. Ada sesetengah hutan lipur menyediakan fasiliti kepada para pengunjung manakala ada sesetengah yang lain tidak. Jadi, pastikan kita tahu serba sedikit maklumat tentang tempat tujuan kita.
5. Maklumkan kepada waris. Ini paling penting. Jangan pergi semberono je. Maklumkan kepada kenalan rapat akan ketiadaan kita. Kalau boleh, maklumkan juga keberadaan kita di balai polis berhampiran dengan lokasi. Jangan risau, polis tak akan tangkap punya.
1. Nak pakai kasut apa? Mesti la kena pakai kasut hiking. Kasut hiking ni ada dua jenis; satu kasut biasa dan satu lagi but. Bergantung kepada keselesaan kita. Kalau rasa nak lebih protection, pakai but kerana ia akan beri perlindungan kepada buku lali.
2. Nak pakai stokin yang macam mana? Cari stokin yang lightweight. Sekarang dah ada jenis stokin yang cepat kering dan anti bakteria. Jadi tak adalah stokin tu berbau busuk.
3. Baju apa yang sesuai? Semestinya baju dri-fit sebab kain baju jenis ini sejuk dan cepat kering bila berpeluh. Nak pakai jenis baju lain pun boleh tak ada larangan, cuma pastikan pengudaraan baju tu bagus dengan aktiviti mendaki kita.
4. Seluar panjang atau seluar pendek? Secara peribadi, Libur lebih suka seluar panjang kerana hutan di Malaysia ini hutan hujan tropika. Hutan tebal dengan pelbagai jenis pokok seperti pokok rotan yang berduri, menutupi hampir keseluruhan lantai hutan. Melainkan kalau kita hiking ke hutan alpine yang mana pokoknya renek, tak ada masalah. Tak adalah bercalar-balar kaki kalau terkena duri atau dahan pokok.
5. Perlu ke pakai topi? Bergantung kepada cuaca. Kalau hujan atau panas, seeloknya pakai. Tapi kalau cuaca redup, tak pakai tak menjadi masalah. Boleh juga pakai topi sebagai aksesori pakaian mendaki.
6. Perlu pakai jaket? Perlu, kalau kita mendaki ke tempat tinggi yang sejuk atau kita akan bermalam di camp site berketinggian lebih 800 meter dari aras laut. Jangan tak bawa! Percayalah, anda akan menyesal.
1. Apa jenis backpack yang sesuai? Backpack ada banyak jenis mengikut isipadu dan sistem galasan beg. Kalau trip daypack, cukup kalau kita bawak backpack 15 liter ke bawah. Tapi kalau bermalam sehari dua, persiapkan diri kita dengan backpack 45-70 liter.
2. Air. air sangat penting dan jangan sesekali kita hike tanpa bawa barang sebotol air pun. Ini untuk mengelakkan diri kita daripada dehydration akibat mendaki. Bawa dalam 1.5 liter air setiap seorang. Jangan minum banyak semasa mendaki, itu akan membuatkan kita menjadi cepat penat. Minum seteguk sewaktu berhenti rehat di checkpoint sudah memadai. Minum untuk elak dehydration, bukan untuk hilangkan dahaga.
3. Bawa first aid. Ini sangat penting. Ramai Libur perhatikan bila mendaki atau masuk hutan, benda basic macam ini selalu diabaikan pendaki-pendaki baru. Kalau sakit pening, mana nak cari ubat? Takkan nak kemam kulit pokok dan akar kayu? So, Libur tegaskan di sini, ubat-ubatan persendirian wajib dibawa!
4. Bawa pisau lipat. Tak perlu pisau komando. Cukup satu pisau lipat yang kecil sekiranya ada apa-apa yang hendak kita potong nanti. Tapi jangan potong pokok ya! Sayangilah alam sekitar kita.
5. Last but not least, bawa makanan secukupnya. Satu trick Libur ajar, siapkan satu set makanan untuk satu malam sekiranya kita hiking daypack. Sebabnya, malang tak berbau. Ada kawan-kawan yang hiking daypack pun kadang-kadang tersesat dalam hutan. So, set makanan yang kita bawa tu adalah untuk emergency. Jangan makan makanan tu sehingga habis trip kecuali kalau kita berada dalam keadaan kecemasan.
So, ini tips yang dapat Libur kongsikan. Kalau nak lebih lagi, selalulah berdampingan dengan otai-otai outdoor yang ada diluar sana. Sesungguhnya, ilmu mereka lebih banyak lagi.
Selamat mendaki!