Perintah berkurung di kawasan perairan tujuh daerah dalam Zon Selamat Timur Sabah (ESSzone) yang sepatutnya berakhir 20 Februari 2020 akan dilanjutkan sehingga 6 Mac 2020 ini.
Perintah berkurung ini bagi menjamin keselamatan dan kesejahteraan rakyat Sabah yang menjadi pengguna perairan dan mereka yang berada di daratan ESSzone.
- Perintah berkurung dari jam 6 petang hingga jam 6 pagi itu meliputi kawasan perairan Tawau, Semporna, Kunak, Lahad Datu, Kinabatangan, Sandakan dan Beluran.
- Dengan berkuat kuasa perintah berkurung itu, orang ramai yang tinggal di kawasan berkenaan dikehendaki berada di dalam rumah dan orang lain tidak dibenarkan masuk atau berada di kawasan diisytiharkan antara jam 6 petang hingga jam 6 pagi pada tarikh dinyatakan.
- Perintah berkurung diteruskan bagi memastikan kawasan perairan berkenaan tidak diceroboh oleh pengganas yang mengancam keselamatan para penyelidik menjalankan penyelidikan dan pelancong asing melawat pulau peranginan.
- Perintah berkurung itu juga akan memudahkan penguatkuasaan dan pemantauan terhadap pergerakan bot selain menimbulkan rasa selamat serta yakin kepada pengusaha chalet dan nelayan dengan kehadiran pasukan keselamatan.
- Semua Ketua Polis Daerah di ESSzone juga diberi kuasa bagi mengeluarkan permit kepada pemohon layak bagi tujuan aktiviti perikanan atau keperluan mendesak untuk melalui kawasan perintah berkurung.
Sumber: Bernama