Setiap kali hendak memulakan perjalanan sama ada mahu pulang ke kampung atau pergi bercuti, sebaiknya anda memastikan kenderaan sentiasa dalam keadaan baik. Nak dapat pemeriksaan secara percuma? Lebih best lagi berpeluang menangi hadiah lumayan daripada PUSPAKOM.

Sempena sambutan Tahun Baru Cina PUSPAKOM melancarkan kempen Pemeriksaan Kenderaan  Sukarela Secara Percuma sambil memberi peluang kepada pelanggan memenangi hadiah lumayan sepanjang tempoh kempen bermula 11 Januari hingga 20 Januari 2023.

Periksa Kenderaan Percuma & Berpeluang Menang Hadiah Di Musim Perayaan CNY!

Dengan tanda pagar #drivesafenoregrets PUSPAKOM ingin mengingatkan orang ramai khususnya pemilik kenderaan persendirian yang ingin pulang ke kampung untuk menyambut Tahun Baru Cina supaya memastikan kenderaan mereka berada di tahap kondisi yang terbaik sebelum memulakan perjalanan.

Baca: Panduan Mudah Periksa Kenderaan Sebelum Jalan Jauh

Ads

Orang ramai boleh mendapatkan Pemeriksaan Kenderaan Secara Sukarela atau dengan nama singkatan VVI (Voluntary Vehicle Inspection) secara percuma ini di mana-mana cawangan PUSPAKOM seluruh negara (kecuali cawangan Taman Bukit Maluri, Shah Alam dan Pasir Gudang) dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang dengan membuat janji temu di www.mypuspakom.com.my atau aplikasi mudah alih MyPUSPAKOM.

Demi kemudahan orang ramai, PUSPAKOM turut mengerah Unit Pemeriksaan Bergerak bagi menawarkan pemeriksaan kenderaan percuma kepada orang ramai di beberapa lokasi terpilih seperti berikut:

NOTEMPATTARIKHMASA
1Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi12 Januari 20239.00 pagi – 4.00 petang
2Lotus’s  cawangan Kepong14 Januari 20239.00 pagi – 4.00 petang
3Wisma DRB-HICOM16 Januari 20239.00 pagi – 4.00 petang
4Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Gombak17 Januari 20239.00 pagi – 4.00 petang
5Lebuh Ayer Keroh, Melaka (Berdekatan pintu gerbang, Ayer Keroh)19 Januari 20239.00 pagi – 4.00 petang

 

Ads

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif PUSPAKOM, Mohammed Shukor Ismail, ”Kempen VVI percuma ini bertujuan membantu orang ramai mendapat maklumat tentang kondisi kenderaan mereka melalui pemeriksaan kenderaan menggunakan peralatan berkomputer supaya mereka dapat melakukan penyelenggaraan yang sewajarnya sebelum pulang ke kampung halaman sempena Tahun Baharu Cina”.

”PUSPAKOM amat menitikberatkan kepentingan keselamatan kenderaan dan menjadikan pemeriksaan kenderaan percuma ini sebagai tanggungjawab korporat kami sebagai badan pemeriksaan kenderaan yang dilantik kerajaan. PUSPAKOM juga berhasrat meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap aspek keselamatan kenderaan melalui pemeriksaan terutamanya ketika musim perayaan yang kebanyakan pemilik kenderaan melakukan perjalanan jauh”, ujar Shukor.

Periksa Kenderaan Percuma & Berpeluang Menang Hadiah Di Musim Perayaan CNY!

Ads

”Berlainan dengan pemeriksaan kenderaan yang ditawarkan  oleh sesetengah syarikat. VVI PUSPAKOM melibatkan 25 item pemeriksaan yang menggunakan alatan berkomputer yang dikalibrasi setaraf dengan alatan yang digunakan oleh negara maju seperti Perancis, Belgium dan Sepanyol  yang mengikut standard piawaian antarabangsa. Pemeriksaan ini lebih tertumpu kepada aspek keselamatan iaitu melibatkan pemeriksaan brek, gelincir sisi, tayar, suspensi, asap, lampu, bawah dan atas kenderaan, cermin gelap dan lain-lain lagi”, kata Shukor lagi.

Untuk maklumat lanjut dengan Pemeriksaan Kenderaan Sukarela Secara Percuma dan cara memenangi hadiah, layari Facebook PUSPAKOM Sdn Bhd

Baca: 14 Negeri 60 Port OOTD, Paling Win Gambar Pegang Bendera, Tanda ‘Hadir’ Seluruh Negara!

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI