Kalau anda ada plan nak ke Jakarta, Indonesia, ini antara beberapa tempat menarik yang patut anda pergi.
Ya, mestilah tempatnya sesuai untuk bawa anak-anak bersama. Siap ada zoo dan tempat fantasi kanak-kanak, rugi tak singgah!
Zoo Ragunan
Zoo ini merupakan terbesar di Jakarta yang mempunyai lebih dari 2,000 haiwan daripada 200 spesies dengan keluasan sekitar 147 hektar.
Bukanitu sahaja, dalam zoo itu juga ada lebih 2,000 spesimen dan 50,000 pokok bagi mewujudkan persekitaran yang nyaman kepada haiwan-haiwan serta sesiapa yang melancong di situ. Memang terbaik!
Ada haiwan seperti gorila, gajah, orang utan, chimpanzi, unta, zirafah, komodo dan banyak lagi. Menariknya, anda boleh sewa basikal atau pun dengan menaiki bot untuk melihat ragam haiwan di sana.
Dunia Fantasi
Ads
Dunia Fantasi atau Dufan merupakan taman tema terbesar di Indonesia yang sudah mula beroperasi sejak tahun 1985 lagi.
Di sini anda boleh ‘layan’ permainan berteknologi tinggi yang dibahagi kepada 9 bahagian iaitu Indonesia, Jakarta, Asia, Eropah, Amerika, Yunani, Hikayat, Kalila dan Fantasy Lights.
Antara permainan popular di Dufan adalah Kereta Misteri, Rumah Riana, The Conjuring House, Baling-Baling, Hysteria, Niagara Gara dan banyak lagi!
Ads
Sea World Ancol
Anda boleh teroka hidupan di bawah laut dekat Sea World Ancol ini yang memfokuskan kepada pendidikan, konservasi dan hiburan. Sesuai sangat kalau nak bawa anak-anak.
Kalau nak tahu, ada lebih kurang 7,000 ekor hidupan air tawar dan 11,000 hidupan laut yang akan dipamerkan pada akuarium dan kolam di sana.
Ads
Taman Mini Indonesia Indah
Kalau anda pergi ke Taman Mini Indonesia Indah, umpama anda sudah habis pusing satu Jakarta sebab di sana akan memaparkan budaya daripada 300 etnik di Indonesia.
Untuk pengetahuan, TMII kini sudah berwajah baru dan menampilkan 70% kawasan hijau terbuka dan 30% bangunan-bangunan.
Ada juga persembahan budaya dan replika rumah tradisional, muzium, taman rekreasi, taman budaya, teater IMAX Keong Mas, anjungan dan Istana Anak.
Haa… banyak tempat berbaloi datang, bukan? Nanti kalau sampai Jakarta, jangan lupa singgah beberapa tempat ini untuk gembirakan anak-anak!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Cuti sekolah masih berbaki, sempat lagi kalau nak bawa anak bercuti dekat-dekat. Untuk yang tinggal di Lembah Klang atau Perak, Sekichan memang tak jauh dari destinasi masing-masing.
Sekichan memang terkenal dengan pemandangan sawah padi yang menghijau, memang sejuk mata memandang. Kalau dapat pula stay kat bilik dengan pemandangan sebegitu tentu seronok.
Memang banyak penginapan dengan pemandangan padi yang menghijau di Sekichan dan salah satunya adalah Villa Chee. Kat sini paling best setiap bilik memang akan ada view sawah padi. Kalau pergi musim padi tengah menghijau memang cun sangat.
Siap dengan balkoni untuk lepak santai sambil tengok view dan juga sunrise waktu pagi, dengar pun seronok kan?
Pilih untuk tinggal di ruang kediaman kontena yang unik atau bilik hotel yang selesa dan moden di kompleks utama. Sesuai sangat untuk yang ingin lari dari kesibukan kota untuk berehat.
Lengkap dengan kolam renang untuk si kecil, pemandangan malam tak kurang hebatnya. Dihiasi lampu warna-warni, ambil gambar waktu malam pun cukup cantik. Waktu siang sebelum check out boleh jalan-jalan dulu explore apa yang ada di Villa Chee, perkhidmatan sewa basikal juga disediakan. Bawa basikal keliling sawah padi sambil berhenti bergambar untuk rakam kenangan terindah memang mengujakan!
Lengkap dengan WiFI, antara kemudahan lain yang ada kat sini adalah restaurant makanan laut yang menyediakan pelbagai hidangan enak, tempat karaoke dan banyak lagi. Kunjungan ke sini memang berbaloi!
Alamat: VILLA CHEE, Lot 3919, Jalan Sawah Ban Site B, 45400 , Sekinchan, Selangor, Malaysia
Tiga lagi negeri iaitu Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan mula memberi beberapa kelonggaran terhadap premis makanan. Namun perlu mengikut beberapa prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan negeri masing-masing.
PULAU PINANG
Pulau Pinang beri kelonggaran orang ramai untuk makan di hotel, pasar raya atau francais restoran makanan segera seluruh negeri itu mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan. Kebenaran makan dalam premis seperti hotel, pasar raya dan francais restoran makanan segera akan dibuat secara berperingkat bermula 15 Mei 2020.
Ia selaras dengan pelaksanaan Fasa Pembukaan bagi Strategi Pemulihan Berperingkat Pulau Pinang yang diumumkan. Bagi premis makanan lain-lain kategori, kebenaran makan di dalam premis bakal diperhalusi berdasarkan nasihat daripada JKNPP pada Fasa 2 kelak dan masih belum dibenarkan.
KEDAH
Negeri Kedah juga membenarkan orang ramai untuk makan dan minum di premis makanan bermula hari ini. Waktu operasi bagi restoran bukan Muslim ialah dari 8 pagi hingga 10 malam manakala bagi restoran Muslim untuk sepanjang Ramadan operasi dibenarkan dari 3 petang hingga 10 malam.
KELANTAN
Semua restoran dan kedai makan di Kelantan dibenarkan beroperasi dari jam 3 petang sehingga 10 malam, berbanding hanya setakat 6.30 petang sekarang. Bagaimanapun katanya kebenaran itu adalah untuk jualan makanan secara bungkus sahaja. Makan di restoran masih tidak dibenarkan.
Bermula hari raya ketiga nanti, pengusaha kedai makan dan restoran akan dibenarkan beroperasi dari 7 pagi hingga 10 malam mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.
Sesetengah destinasi percutian memerlukan kita menyewa kereta ketika ke sana seperti salah satunya adalah di Pulau Langkawi, Kedah.
Sekiranya anda pergi bercuti secara berkumpulan, sudah tentu anda mahu kongsi sewa kereta beramai-ramai dan memerlukan kereta yang besar untuk menjimatkan kos.
Bila cerita bab sewa kereta ni, ada sesetengah orang yang paranoid kerana ini mungkin kali pertama mereka ingin menyewa kereta. Sebab ada sesetengah kes sewa kereta yang minta deposit tetapi bila tiba hari yang dijanjikan, kereta tiada. Deposit pun burn.
Jadi bagaimana cara untuk mendapatkan kereta yang sesuai, elok dan mampu disewa? Entri Libur kali ini akan cuba membantu anda menjawab persoalan ini. Ikuti tip yang kami sediakan di bawah:
Pilih kereta yang selesa
Tidak perlu pilih kereta yang terlalu besar jika tidak perlu. Paling penting dapatkan kereta yang selesa dan berada dalam keadaan yang elok (sudah diservis dan bersih). Kereta bersaiz sederhana adalah paling sesuai kerana kosnya tidak mahal.
Buat perbandingan
Sangat penting untuk anda mencari maklumat tentang kereta sewa. Pastikan ada beberapa pilihan supaya anda boleh membuat perbandingan. Ini bagi mengelakkan anda daripada ditipu dan pada yang sama dapat menjimatkan bajet percutian anda.
Pilihan di tangan anda
Sesetengah kereta sewa datang dengan pakej bersama pemandu pelancong. Jika harganya terlalu mahal, eloklah anda memandu sendiri. Lebih baik begitu kerana anda tidak terikat dengan jadual pemandu pelancong tersebut.
Elak masalah Bagi memastikan anda terlibat dengan sebarang masalah, sebaiknya periksalah status syarikat kereta sewa tersebut. Pastikan perniagaan mereka sah dan berdaftar. Elakkan menyewa daripada syarikat tidak berdaftar kerana dikhuatiri anda terlibat dengan sindeket kecurian kereta dan sebagainya.
Tanya orang
Jika anda merancang untuk ke destinasi yang pernah dikunjungi orang-orang terdekat dengan anda, lebih baik minta pendapat mereka. Mungkin mereka ada cadangan kereta sewa yang bagus. Anda akan lebih yakin dan urusan menyewa kereta akan menjadi lebih mudah.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!