Berita

Pergi Hatyai Naik Train, KTMB Sedia 3 Perjalanan Khas MySawasdee Sepanjang Disember. Tiket Dijual Bermula 29 November Jam 3 Petang!

Share

Jom pergi Hatyai naik train!

Mendapat sambutan yang menggalakkan daripada orang ramai dengan tren khas MySawasdee dari KL Sentral Ke Hatyai, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) sekali lagi membuka peluang dengan menawarkan tiga perjalanan tren khas tersebut sepanjang bulan Disember ini.

Dalam perkongsian di akaun laman sosial rasmi media mereka, KTMB menyatakan tiket akan mula dijual pada hari ini iaitu 29 November 2022 mulai jam 3 petang. Anda boleh pilih sama ada untuk menaiki tren sehala atau pergi balik dengan harga tiket dari RM75 sehala.

Tiga perjalanan tren MySawasdee yang ditawarkan adalah pada 9 Disember dari KL Sentral dan pulang pada 12 Disember dari Hatyai, 23 Disember dari KL Sentral dan pulang dari Hatyai pada 26 Disember dan perjalanan terakhir untuk Disember Mania iaitu pada 30 Disember dari KL Sentral dengan tren dari Hatyai pada 2 Januari 2023.

Antara terma dan syarat:

  1. Tiket boleh dibeli untuk perjalanan

sehala atau dua hala.

  1. Harga tiket adalah bagi Dewasa

sahaja. Tiada tambang kanak-

kanak atau konsesi ditawarkan.

  1. Harga tiket hanya untuk

perjalanan dari Kuala Lumpur ke

Hatyai dan sebaliknya.

  1. Tiket tidak termasuk makanan/

minuman/pakej lawatan di Hatyai.

Untuk anda yang ada plan nak ke Hatyai dengan menaiki train dah boleh stanby untuk beli tiket bermula petang ini jam 3 petang. Tiket boleh dibeli di kaunter pembelian tiket atau secara online di https://online.ktmb.com.my/

Seronok naik train jauh-jauh, macam-macam boleh buat dalam train selain dapat pengalaman berbeza daripada naik kereta sendiri atau bas dan kapal terbang. Jadi yang dah plan tu bolehlah beli tiket tren MySawasdee ke Haytai untuk cuti hujung tahun anda!

Sumber: Instagram KTMBofficial

CONTEST!!CONTEST!!CONTEST
Dah habis tengok video ni, LIBUR nak bagi korang feel sendiri ke KL Museum of Illusions ni.
Syarat mudah nak menang tiket Museum of Illusions
  • LIKE & FOLLOW FB Majalah Libur
  • Share video ni di wall korang (PUBLIC)
  • Tag 2 orang kawan &…
  • Jawab 2 soalan mudah ni di ruangan komen
1. Berikan nama 3 bilik ilusi yang ada di Museum of Illusions KL?
2. Bilakah waktu operasi Museum of Illusions KL?
HADIAH HADIAH HADIAH!!!
12 Pemenang dengan jawapan paling tepat dan pantas akan memenangi:
*** 4 Tiket Museum Of Illussions KL Setiap Seorang
Tarikh tutup: 30 NOVEMBER 2022
JANGAN LEPASKAN PELUANG!!!

 

Oleh
SAHR