Pergi Disneyland & Disneysea Baru Lengkap Percutian Ke Tokyo. Ini Tip Korang Kena Tahu, Baru Enjoy To The Max!

Share

Sejak Jepun melonggarkan syarat kemasukan pelancong ke negara Matahari terbit itu, makin ramai yang mula bercuti ke sana. Dah sampai ke Tokyo memang rugilah kalau tak masuk taman tema seperti Disneyland dan Disneysea di sana.

Namun disebabkan orang Jepun sendiri memang suka ke taman-taman tema yang ada di negara mereka, membuatkan pelancong luar negara juga perlu beratur panjang kalau nak menaiki ride dan games yang ada di taman tema tersebut.

Nor Azam Aziz berkongsi tip di group Backpackers Buddies Malaysia (BBM) untuk anda yang merancang ke Disneyland atau Disneysea di Tokyo. Barulah anda boleh enjoy to the max!

Tips ke Disneyland + Disneysea Tokyo

  1. Sekarang boleh booking online dan print terus. So boleh terus masuk ke park tanpa queue

2. Datang awal. datang awal. datang awal. Weekend selalunya pukul 8 am dah bukak dan tutup pukul 10pm. Boleh check online schedule kat internet

3. Elakkan public holiday Japan untuk masuk ke park kerana queue dia boleh sakit jiwa. Boleh google sendiri tarikh public holiday Jepun

4. Carik homestay yang berdekatan disneyland. Area Urayasu dah dekat.kalau duit banyak boleh duduk dekat Disneyland atau Disneysea hotel. Rate dia rm 800++. Sebab kenapa pilih dekat? Sebab dekat kita bole pergi awal pagi + kurangkan kos pengangkutan.

5. Kalau betul-betul nak cover semua attraction disneyland +disneysea kene ambik 2+2 days baru sempat cover

6.Kene target dari pagi sampai malam. Pagi untuk cover attraction +tengok parade and performance dan malam untuk santai + tengok AV lightshow.

7.Jangan beratur di attraction yang ada fastpas!!!!!beratur di attraction yang tiada fast pass. Anggaran beratur di tempat yang ada fast pass dalam sejam ke 2 jam

8.Masuk je terus Guna terus fast pass dan ada waiting time 2hours to 2.5 hours sebelum boleh digunakan untuk the next attraction yang ada fast pass

9.Maksimumkan penggunaan fast past anda sebab fast pass pon ada user limit. Kalau ideally 8 am to 10 pm =14 hours/2hours = 7 fast pass attraction.

10.Check online untuk parade dan performance .Berbaloi memang berbaloi dan jangan lepaskan peluang

Kredit: Nor Azam Aziz

 

 

Oleh
SAHR