Pergi Airport Bukan Semata Naik Pesawat. Lelaki Ini Explore Jewel Changi Airport, Banyak Aktiviti Best Rupanya Boleh Buat!

Share

Biasanya kalau ke airport tujuannya adalah untuk menaiki pesawat, namun jika berpeluang transit atau turun di Changi Airport, Singapura, rupanya banyak aktiviti yang boleh dilakukan di The Jewel.

Terkenal dengan seni bina ikoniknya, taman yang menghijau, tarikan yang unik, serta pilihan pusat membeli-belah dan tempat makan yang unik, The Jewel boleh dikatakan destinasi gaya hidup pelbagai dimensi untuk dinikmati oleh penduduk Singapura dan juga pelancong antarabangsa.

Ternyata bukan itu sahaja tarikan yang ada di lapangan terbang tersebut, The Jewel ada banyak aktiviti yang anda boleh explore terutamanya di tingkap 5 terminal tersebut. Nak tahu apa yang menarik, ikuti perkongsian Ahmad Firdaus ini:

Aktiviti Best Di Jewel Changi Airport

Biasanya kalau ke airport, mesti samada nak naik flight ataupun nak ambil kenalan pulang.

Tapi Changi Airport ni lain sikit. The Jewel di Terminal 1 adalah tempat yang sangat happening dan menarik. Satu hari boleh duduk sini buat segala bagai aktiviti.

Untuk buktikan tahap ke-best-an Changi, saya ke Singapura hanya untuk ke Changi. Sebarang Selat Tebrau naik bas dan terus naiki MRT dari Kranji ke Changi Aiport.

Sampai sahaja, kena terus cari HSBC Rain Vortex di tengah-tengah The Jewel. Memang cantik sangat tempat ni. Ia bagaikan air terjun yang dikelilingi hutan tropika. Kehijauan di sekililing vortex bukan tipu-tipu. Semuanya adalah pokok hidup. Suhu di sini pula ditetapkan pada suhu yang nyaman.

Boleh ke tingkat bawah untuk lihat ke mana air Vortex pergi
Had ketinggian adalah 110cm untuk tarikan di The Jewel

Ada banyak tempat duduk disekeliling Vortex untuk kita lepak-lepak. Saya nampak banyak keluarga yang berpiknik di kawasan ini. Saya pun makan packed lunch & snacks di sini.

Di sekeliling Vortex kebanyakkannya adalah gedung-gedung premium yang tak mampu milik untuk rakyat marhaen. Boleh la cuci mata, tapi sebelum berbelanja tu jangan lupa untuk kali 3.2!

Tarikan utama kebanyakannya di tingkat atas sekali (L5). Antaranya adalah:

  1. Changi Experience Studio
  2. Canopy Park
  3. Walking Net
  4. Bouncing Net
  5. Hedge Maze
  6. Discovery Slides (termasuk dalam harga Canopy Park)
  7. Mirror Maze
  8. Jewel-Rassic Quest
kiosk layan diri untuk pembelian tiket

Semua tarikan ini adalah berbayar dan boleh dibeli secara pakej. Paling murah adalah Canopy Walk dengan harga SGD 8.

Saya hanya sempat ke Hedge Maze + Canopy Park. Harga untuk dewasa adalah SGD 13.90 untuk dewasa dan SGD 11.90 untuk kanak-kanak.

Kalau ikutkan anak-anak, mereka nak masuk Bouncing Net. Disebabkan harganya agak kers (SGD 24.90 (A), SGD 19.90 (C)) dan saya sedang alami sakit belakang, maka kena datang pula next trip.

Tempat naik slides. Dewasa pun boleh layan
Canopy Walk
walking net

Untuk diskaun tambahan, saya gunakan Klook. Dapat juga dalam SG 2-3 beza harga. Nampak kecil tapi bila kali dengan 4, banyak juga la jimatnya. Siapa yang belum ada akaun Klook, boleh klik link untuk dapatkan voucher tambahan. Gunakan kod rujukan: J4N44 dan https://www.klook.com/en-MY/invite/J4N44?c=MYR

Senang je pakai Klook ni. Bila dah buat pembayaran, satu dokumen dengan QR code akan diberi. Gunakan terus QR code untuk masuk ke tarikan yang kita nak. Senang, tak perlu beratur di kaunter untuk tebus. Nak beli secara manual pun boleh je, ada banyak kiosk layan diri disediakan dan juga kaunter manual.

Boleh rujuk gambar untuk aktiviti-aktiviti.

Pokemon store
Apple Store

Nota tambahan:

  1. Surau hanya ada di ruang transit. Perlu check in untuk ke surau. Masjid terdekat pula dalam 30 minit dari Airport. Boleh cari mana-mana ruang bersih dan terlindung untuk solat.
  2. Tandas dengan bidet ada tapi tak banyak. Pandai pandai guna botol air terpakai sebelum membuang.

Kredit: Ahmad Firdaus

 

 

Oleh
SAHR