Mempunyai masalah pergerakan terbatas tidak menghalang seorang wanita dan anaknya yang berusia 10 tahun mengembara ke negara-negara Balkan. Trip DIY yang dibuat selama hampir sebulan itu satu pengalaman dan kenangan indah buat Surani Sujor dan anaknya.
Berkongsi pengembaraan yang dibuat tiga tahun yang lalu, Surani memberikan info-info, kos dan juga tip buat yang ingin mengembara secara sendiri seperti mereka.
Menjelajah ke 11 negara dengan keadaan kesihatan yang terbatas, Surani berjaya membuktikan jika ada minat, semangat dan berani serta kewangan yang cukup, itu semua dapat terlaksana.
Berkongsi juga pengalaman kehilangan duit ketika kunjungannya ke sana, wanita ini sempat berpesan supaya setiap traveler tidak memandang remeh aspek keselamatan terutamanya apabila ke luar negara.
Cukup menarik untuk dibaca disamping dapat kumpulkan informasi buat yang ingin melawat ke negara-negara Balkan, ikuti perkongsian Surani ini:
Assalammualaikum dan salam Sejahtera semua
Saya tahu ramai dah berkongsi tentang trip solo/berkumpulan/pakej ke Balkan. Tapi kali ini saya nak berkongsi serba sedikit tentang perjalanan saya dan anak saya yang berumur 10 tahun travel secara DIY ke Balkan. Trip ini ialah selama 24 hari dari 25 Oktober ke 17 Nov 2019 yang lepas.
Antara soalan2 yang biasa kawan2 tanya:
Soalan : Susah ke nak travel DIY ke Balkan?
Jawapan : Susah tapi tak mustahil
Soalan : Penat tak nak travel DIY ke Balkan?
Jawapan : Penat sangat tapi boleh berehat dan ambil masa sendiri di sesuatu tempat
Soalan : Boleh ke saya nak buat sendiri?
Jawapan : Boleh, kalau saya dan Ilman (anak berumur 10 tahun) boleh, kenapa anda tak boleh?
Untuk makluman tambahan, saya mempunyai masalah pergerakan terbatas disebabkan pembedahan lutut kiri (Total torned ligament – ACL surgery- metal screw permenantly inserted in left knee) dan slipped disc (titanium metal spacer surgery di 2 ruas tulang belakang saya, L3/L4 dan L4/L5). Semua pergerakan saya perlu perlahan dan berhati2. Berjalan, menaiki tangga, mengangkat beban berat dan menaiki bukit perlu dilakukan secara perlahan dan berhati2. Saya mempunyai mobility issue tetapi ia tetap tidak menjadi penghalang untuk saya travel. Semoga ini menjadi motivasi kepada kawan2 lain yang mempunyai masalah seperti saya.
Soalan : Apa yang perlu saya ada untuk buat trip DIY ke Balkan ni?
Jawapan :
Perlu ditekankan, mengetahui kiraan kos sahaja masih tidak mencukupi untuk anda melakukannya secara DIY. Persediaan lain juga amat diperlukan.
Kerajinan adalah sangat diperlukan untuk melakukannya. Ini kerana semua laluan perjalanan anda perlu disediakan/cari sendiri setelah sampai ke destinasi. Anda juga perlu rajin membaca tentang kawasan yang akan dilawati seperti pengetahuan tentang sejarah/bahasa/bangsa/musim/agama/budaya dan sebagainya. Contoh biasa, bila turun dari bas, kemana arah yang hendak dituju? Ke kiri atau ke kanan? Di mana jalan keluar untuk ke tempat penginapan?Inilah cabaran travel DIY. Anda perlukan kemahiran mencari arah/membaca peta/kemahiran berkomunikasi/tidak malu untuk bertanya/berani. Harap maklum, bahasa juga merupakan cabaran utama di jajahan Balkan ini kerana bukan semua tahu berbahasa Inggeris. Jika mereka tidak faham, jangan panik, gunakan pen dan kertas untuk menulis nama tempat, tak cukup dengan itu, body/hand language juga boleh membantu kita. Di sinilah akan terpahat memori2 lucu perjalanan kita. Ayam bercakap dengan itik
Aspek keselamatan juga amat perlu dititikberatkan. Sebelum ini kami telah mendengar pelbagai kisah pickpocket yang berlaku kepada traveller yang ke Balkan. Tak sangka, kami juga tak terkecuali dan termasuk dlm senarai mangsa picpocketk . Walaupun telah mengambil langkah2 keselamatan, kelalaian 2 saat sahaja telah menyebabkan kami kehilangan 20 euro. Hehe…mujur bukan jumlah yg besar. Saya memang tidak mengumpulkan semua wang tunai yang banyak di satu tempat. Saya asingkan 3 tempat yang berlainan. Ketika itu kami baru turun dari bas di Stesen Bas Zagreb. Saya tergesa2 turun untuk membantu anak saya mengeluarkan beg dr bawah bas, dlm masa beberapa saat sahaja, beg yg saya silang dihadapan saya dibuka. Dan uncang kecil berisi sedikit wang tunai saya diambil dgn licik. Mereka pencuri profesional. Pencuri pura2 menghalang laluan saya. Bila saya ke kanan, dia ke kanan. Bila saya kiri, dia ke kiri. Bila saya tersedar itu taktik pencuri, saya tolak pencuri itu kehadapan. Tetapi telah terlambat, hanya beberapa saat saja. Wang kertas yang saya gulung dlm uncang kecil saya berjaya dicuri. Ketika dia ditolak, uncang duit saya jatuh dan saya cepat2 pungut. Semasa saya tunduk dan pungut itulah, dia melarikan diri di celah2 org ramai. Pencuri memakai baju sejuk besar dan melindungi tangannya di dalam baju. Seorang wanita muda berambut blonde. Too young to be a thief. Kesian
Berikut ialah kos pengangkutan antara negara ke negara (11 negara):
Kuala Lumpur > Almaty > Istanbul ,
Istanbul > Almaty > Kuala Lumpur Istanbul
Total: RM2578 (Online Booking)
Istanbul, Turkey > Sofia, Bulgaria
Total: RM87 (2 bed sleeper couch)(Bought at Sirkeci Train Station Counter)
Sofia, Bulgaria > Skopje, Macedonia
Total: RM71 (Bought at Sofia Bus Station Counter)
Skopje, Macedonia > Ohrid, Macedonia
Total: RM39 (Bought at Skopje Bus Station Counter)
Ohrid, Macedonia > Struga, Macedonia
Total: RM 46 ( Taxi called by hotel)
Struga, Macedonia > Tirana, Albania
Total: RM 46 (Bought at Struga Bus Station Counter)
Tirana, Albania > Kotor, Montenegro
Total: RM115 (Online Booking )
Kotor, Montenegro > Dubrovnik, Croatia
Total: RM 69 (Online Booking)
Dubrovnik, Croatia > Mostar, Bosnia and Herzegovina
Total: RM66 (Online Booking)
Mostar, Bosnia and Herzegovina > Sarajevo, Bosnia and Herzegovina
Total: RM50 (Online Booking)
Sarajevo, Bosnia and Herzegovina > Zagreb, Croatia
Total: RM 100 (Bought at Sarajevo Bus Station Counter)
Zagreb, Croatia > Ljubljana, Slovenia
Total: RM42 (Bought at Zagreb Bus Counter)
Ljubljana, Slovenia > Salzburg, Austria
Total: RM93 (Bought Online)
Salzburg, Austria > Berchtesgaden, Germany
Total: RM 46 (Day trip, Bought on the bus)
Salzburg, Austria > Istanbul, Turkey
Total: RM 415 (Bought Online)
Total Semua Kos Pengangkutan Antara Negara
= RM 3863 (kos untuk seorang dewasa)
Total kos penginapan pula ialah purata RM150 semalam. Penginapan kami hanya yang asas sahaja dan bukan berbintang2. Cukuplah yang ada private bathroom. Di Balkan kebanyakan penginapan murah perlu naik tangga ye kawan2. Jadi siapa yang rajin berOOTD perlu sediakan budget lebih untuk tinggal di penginapan dengan kemudahan lif untuk angkat beg2 anda yang berat itu . Semuanya terpulang kepada pilihan peribadi
Setakat ini dulu perkongsian kami semoga bawa manfaat kepada sesiapa yang berminat. Setiap orang mempunyai sebab tersendiri untuk kembara melihat negeri orang. Bagi kami, peluang melihat negara orang itu tentunya menjadi keutamaan kami tetapi selain itu, dapat mengenali dan berbual2 dengan penduduk tempatan juga adalah keutamaan kami. Itulah nikmat sebenar kembara kami
Surani & Ilman
Youtube Channel
https://www.youtube.com/@SuraniIlmantahilalatdikakiku
Sumber: Surani Sujor