
Anda kerap ke pawagam?
Jika ya, anda tentu sudah terbiasa menyaksikan filem kegemaran di dalam ruang yang besar, kemudahan visual dan audio yang berkualiti dan kerusi yang selesa. Pendek kata, anda boleh membuat pelbagai pilihan cara menonton wayang yang anda inginkan untuk menghabiskan masa terluang.
Namun adakah anda sedar, masih ada individu yang tidak berpeluang menonton wayang seperti mana anda lakukan. Disetengah-setengah bandar atau kawasan, ada yang tidak menerima kemudahan destinasi menonton wayang cara biasa seperti dia pusat membeli-belah. Namun mereka mengambil satu inisiatif yang kreatif dengan menghasilkan lokasi menonton wayang sendiri berkonsep sederhana dengan beberapa kemudahan menarik tersedia.
Bertempat di Labuan, Sabah Perdana Cineplex Labuan dianggap antara lokasi wayang yang unik ada di Malaysia. Penduduk sekitar berpeluang merasai suasana menonton wayang lengkap dengan kemudahan makan dan minum, kaunter tiket dan kemudahan tandas.
Mereka kelihatan gembira dan begitu 'enjoy' menonton wayang sambil memakan kudapan seperti bertih jagung dan minuman bersoda seperti lazim yang dilakukan dalam panggung wayang lain.
Kalau anda singgah sekitar kawasan sini, jangan lupa untuk singgah dan merasai pengalaman menonton filem di panggung wayang mini yang rare ini.
Sumber: FB Petapena&Kamera
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Nak Buat Umrah DIY, Wanita Ni Kongsi Bajet Lengkap untuk 17H17M Beribadat Di Tanah Suci Mekah & Madinah!

Selepas kerajaan Malaysia mengumumkan kelonggaran untuk yang ingin menunaikan umrah di tanah suci Mekah dan Madinah, semakin ramai yang tak lepaskan peluang untuk berkunjung ke bumi Harmain itu.
Selain mengikuti pakej yang disediakan oleh banyak agensi pelancongan, ada juga yang membuat Umrah DIY iaitu menguruskan kesemuanya secara sendiri. Namun menurut Nurul Wahidah Mahamud, untuk yang baru pertama kali ingin menunaikan ibadah tersebut sebaiknya menggunakan perkhidmatan pakej yang banyak ditawarkan kerana bimbang tidak arif dengan pantang larang sepanjang mengerjakan ibadat umrah di sana.
Ikuti perkongsian Nurul Wahidah Binti Mahamud dan suami serta beberapa orang rakan yang berkesempatan membuat umrah DIY pada Mac yang lalu. Semoga bermanfaat untuk semua!
Umrah DIY
Since ramai yang bertanya camna nak buat umrah secara DIY dan berapa kos keseluruhan..maka hari ini, saya share sikit dulu apa yang saya ingat ya.
Segala apa yang saya tulis ni berdasarkan peraturan or syarat-syarat semasa setakat 19hb Mac 2022 ya..selepas tu, kena keep updating dengan syarat-syarat semasa kerajaan Arab Saudi dan Malaysia ya.
Trip umrah secara DIY yang pertama kami.
3hb Mac hingga 19hb Mac 2022
17Hari 17Malam
Perkara yang perlu dibuat ikut no ya:
- Passport = RM200 x 2 pax :RM400
- Visa pelancong (online)= RM 650.00 x 2 pax = RM 1300
- Flight tix (Etihad airways (return)= RM3180(hrga cuti sek) x 2 = RM6360 KLIA-Abu Dhabi -Jeddah
- Insurans (cover covid case) = RM 188.20 x 2: RM376.40 (Etiqa International Tripcare 360 takaful)
- Hotel di madinah (Dar Al naeem)= RM120 x 6N x 2 pax : RM144
Hotel di Mekah (Jawad alyad)=RM120 x 5N x 2 pax = RM1200
Extend hotel (Hotel Al Siraijy)= RM144 x 4N=RM576 - Sewa bas (share ramai2) = RM200 x 2 pax= RM400
- Mutawwif (share ramai2) = RM200 x 2 pax = RM400
- Makan/minum(kami mkn sndIri) = RM70 x 17 hari= RM1290 (x guna abis sbb ada org sedekah food n belanja)
- Ziarah luar (share ramai2)=RM270 x 2 pax =RM 540
- Extend flight fee (5 hari) =RM126 x 2 pax = RM252
- Transport pi Miqat(Niat umrah)= RM100 x 2 pax = RM200
- Duit belanja lain (shopping ke) = RM3000 *tukaq siap2 ke SR kat Malaysia..lg byk dpt..
- PCR test (KLIA) =RM260 x 2 pax =RM520 (valid dlm 48 jam sblm smpai jeddah)
- PCR test Mekah = RM200 x 2 pax = RM400
- Borang Al-Muqeem (online -untuk msuk Arab Saudi) free -diisi 3 hari sebelum berangkat ke sana
- simcard Arab Saudi(mesti ada sebab nak guna Apps Tawakalna dan Eatamarna(mcm mysejahtera tu) untuk booking slot Rawdah dan umrah =RM110 x 2pax = RM220(kami beli kt airport Jeddahh sebab boleh signup apps cepat dan nak booking slot rawdah masa dalam bas otw ke Madinah tu)
*Total =RM 18,874.40* (termasuk duit shopping aka duit poket ye rm3000)
Kalau nak tau jimat ke trip secara DIY ni..untuk first time, mungkin kos agak banyak sebab maklumlah first time dan ditambah plak dengan SOP dalam pandemik covid-19 ni.
Kami tak biasa p trip umrah lagi sblm ni..tapi kami besa buat umrah..
Dinasihatkn untuk yang tak besa buat umrah, elok p dengan pakej yang banyak disediakan untuk first time sebab banyak pantang larang semasa berihram,tawaf wida’, adab-adab masuk Masjidilharam, Masjidil Nabawi dan apa yang boleh dibuat dan diisi semasa dikedua-dua Tanah Suci ni akan lebih diterang details oleh ustaz-ustaz yang menerajui pakej umrah..sebab trip ke Tanah Suci ni tak sama peraturannya macam kita p trip DIY brcuti ke oversea …silap terlanggaq pantang larang (kena bayaq dam) tak pasal-pasal kita berhutang dengan Allah..bukan dengan manusia ya..
Walaupun pergi secara DIY, keluarkan duit sikit untuk bayaq mutawwif ya untuk mutawwif refresh ilmu umrah yang kita ada sebelum ni..kecuali anda p tiap-tiap bulan ke Tanah suci la..
Kebaikan umrah DIY ni ialah anda boleh stay selama mana anda suka ikut bajet dan niat apa anda nak buat di tanah Suci la..tapi kami terpaksa balik dahhh sebab cuti sekolah dah abih..huhuhu
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Syok Kayuh Sampai Tayar Basikal Koyak, Tapi Lelaki Ini Puas Dapat Lihat Keindahan Malam Di ‘Bandar Muo’

Walaupun baru-baru ini Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Khairy Jamaluddin mengalami kemalangan ketika menaiki basikal tetapi aktviti ini sangat menyeronokkan.
Apatah lagi jika dilakukan bersama teman-teman yang mempunyai minat sama.
Seperti perkongsian Jazlan Nangar yang juga merupakan anak jati Johor berkesempatan menjejakkan kaki ke Bandar Muar dengan menaiki basikal.



Mengambil kesempatan ketika cuti krismas tempohari berama Geng Cylo dan Camping Southern Foldies.
Bermula dari Jumaat malam mengayuh santai di Banda Muar atau terkenal dengan nama sebutan Bandar Muo, sebelum keesokannya meneruskan perjalanan seharian Le Tour De Pagoh-Muar.



Perjalanan kali ini melalui mukim yang ada di kawasan sekitarnya. Menurutnya route ini sangat menyeronokkan dan antara part paling ditunggu adalah ketika menaiki bot.
Biarpun berpanas dan berhujan, tetapi trip kali ada penuh dengan momen yang menyeronokkan.
Antara diingati, tayar basikal ‘koyak’ dek penangan melihat keindahan bandar Muar.




Artikel Berkaitan:
Trend Berbasikal, Kayuhlah Dilokasi Selamat. Elak Mengundang Cacian Ramai
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Pesona Ranu Kumbolo: Syurga Dunia Bualan Pelancong

Pernah dengar tentang Ranu Kumbolo? Jika anda seorang pendaki tegar pasti anda tahu tentang Gunung Semeru yang terletak di Taman Nasional Bromo Tengger Semeru, Jawa Timur, Indonesia. Ranu Kumbolo merupakan syurga dunia yang sering menjadi bualan ramai pendaki yang dalam perjalanan ke puncak Semeru, mahupun di kalangan mereka yang gemarkan aktiviti lasak.
Jadi untuk berkenalan dengan ‘Ranu’ yang membawa maksud tasik atau danau ini, ia memerlukan perancangan bijak. Bukan main redah sahaja kerana perjalanan ke Ranu Kumbolo sangat menguji ketahanan mental dan fizikal. Tak kiralah sama ada kaki gim atau sebaliknya, kalau persiapan tidak kena cara, pasti mengundang insiden tidak diduga.
Terletak di ketinggian 2400 meter daripada paras laut, perjalanan ke Ranu Kumbolo mengambil masa kira-kira lima jam waktu trekking. Itu pun jika anda cukup stamina dan tidak berhenti terlalu lama di setiap pos rehat. Jika tidak, pasti masa perjalanan mengambil masa lebih lama. Tip untuk kekal bertenaga, jangan lupa bawa air minuman secukupnya dan beli beberapa paket madu yang banyak dijual di setiap pos rehat. Tidak mahal harga sepaket hanya Rp2,000. Percayalah madu ini memang sangat membantu kerana ia meningkatkan stamina.
Sejujurnya, perjalanan menuju ke Ranu Kumbolo bukanlah perjalanan yang mudah, namun berbaloi kerana kanvas alam yang menanti memukau pancaindera. Sukar dilafazkan dengan kata-kata. Cukup indah ditambah suasana hening yang mendamaikan fikiran. Satu perkara yang diidamkan oleh setiap pendaki apabila menjejak kaki sini ialah menyaksikan keindahan mentari di saat ia menyapa pagi.
Biarpun badan terasa penat, otot-otot mula sakit-sakit, jangan sesekali lepaskan saat-saat indah ini. Pengalaman menyaksikan sang mentari terbit dari balik dua bukit di pinggiran tasik, pasti sukar dilupuskan daripada ingatan. Biarpun cuaca sejuk mencengkam tubuh badan, namun cetusan rasa kepuasan mengatasi segalanya. Indah bumi ciptaan tuhan!
Teruja sepanjang perjalanan ke Ranu Kumbolo
Keterujaan ke lokasi perkhemahan ini sebenarnya bermula seawal perjalanan, iaitu ketika menaiki jip untuk ke Ranu Pani, pos pendaftaran dan gerbang ke Taman Nasional Bromo Tengger Semeru. Sebelum memulakan pendakian, anda perlu mendengar taklimat keselamatan terlebih dahulu. Seronok mendengar kisah-kisah yang dikongsi oleh renjer hutan. Banyak juga info berguna untuk dijadikan panduan.
Dari pos Ranu Pani ini anda perlu berjalan kaki sejauh lima sampai tujuh kilometer menyusuri lereng bukit yang ditumbuhi dengan Bunga Edelweis. Kemudian anda akan tiba di Watu Rejeng. Dari sini anda sudah boleh melihat pemandangan lembah dan bukit yang ditumbuhi pohon cemara dan pines.
Semakin tinggi pendakian, semakin sejuk cuaca, jadi pakai pakaian yang sesuai jika tidak mahu menggigil kesejukan. Sepanjang perjalanan, terdapat empat pos rehat yang membolehkan anda melepaskan lelah. Ada gerai-gerai kecil yang menjual minuman, buah-buahan, makanan ringan dan juga madu. Satu perkara yang anda perlu tahu, semangat untuk sampai ke Ranu Kumbolo akan berkobar-kobar setiap kali berselisih dengan pendaki-pendaki yang mula turun dari gunung.
Mereka memberikan kata-kata semangat agar tidak mudah berputus asa. “Semangat, semangat! Pasti kamu boleh,” itu ucap mereka. Setibanya di Ranu Kumbolo, carilah tempat atau tapak yang dirasakan ideal untuk mendirikan khemah. Kalau gunakan khidmat porter, tak perlu susah-payah sebab mereka yang akan lakukan semua. Sambil menunggu, bolehlah melihat ribuan bintang menghiasi langit. Selamat bereksplorasi!
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI