Percutian Rare Kat Tengah Laut Di Kelong Paradise Sabak Bernam. Port Baik Untuk Kaki Pancing Bawak Keluarga Bercuti!

Share

Selalu orang bercuti kat tepi pantai, kali ni khas untuk kaki pancing boleh bercuti bersama keluarga sambil memancing di tengah laut di Kelong Paradise yang terletak di Sabak Bernam.

Destinasi percutian yang dibuat khas untuk kaki pancing ini mempunyai kelengkapan lengkap dengan bilik, surau, tandas. Makanan juga turut disediakan bagi yang menginap di sini.

Sesuai untuk bawa keluarga bersama, untuk yang ada anak kecil, siap ada playground untuk mereka bermain sementara ayah dan geng-geng memancing lain seronok memancing.

Ikan memang banyak kerana di sini telah diletakkan lebih 30 tukun, jadi rugi kalau ke sini tak memancing dan bawa pulang hasil tangkapan.

Lagi best, Kelong Paradise Sabak Bernam ini juga turut beroperasi ketika bulan Ramadan. Untuk kaki pancing, bolehlah plan bawa keluarga ke sini!

Kredit: Kelong Paradise Sabak Bernam

Oleh
SAHR