Kepada anggota barisan hadapan negara yang terlibat secara langsung dengan usaha pemutusan rantaian penularan COVID-19, jasa kalian sangat dihargai. Pelbagai pihak tampil untuk memberi penghargaan kepada usaha besar mereka selama ini.
Terbaru, pengusaha hotel dan produk pelancongan di Langkawi bersetuju menawarkan pakej percutian menarik untuk petugas barisan hadapan COVID-19 di pulau peranginan itu selepas berakhirnya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Beritahu khabar gembira ini kepada pada barisan hadapan kita!
Ads
Gabungan tersebut antaranya melibatkan hotel, pemandu pelancong, ejen pelancongan dan pengembaraan, pengusaha dobi dan pengusaha kapal layar yang membawa pelancong melihat pemandangan matahari terbenam.
Tawaran yang dibuka buat barisan hadapan di seluruh negara itu sebagai menghargai jasa doktor, jururawat, polis, tentera, bomba dan sebagainya yang bergadai nyawa membendung penularan pandemik COVID-19.
Ads
Selain penginapan percuma, petugas barisan hadapan yang bercuti ke Langkawi akan turut menikmati tawaran istimewa lain seperti tiket masuk percuma ke Langkawi SkyCab dan Taman Hidupan Liar Langkawi (THLL) serta menaiki kapal layar menelusuri gugusan kepulauan Langkawi ketika matahari terbenam.
Ads
Gabungan pemain industri terlibat akan mewujudkan satu laman Facebook khas memaparkan pakej yang ditawarkan kepada barisan hadapan sepanjang percutian mereka di pulau ini. Dijangka purata (barisan hadapan) akan bercuti selama tiga hari dua malam, jadi ada hotel tawarkan penginapan percuma untuk satu malam dan ada juga yang beri penginapan percuma untuk dua malam.
Tempahan boleh dibuat dengan mengemukakan bukti seperti kad identiti sebagai pekerja barisan hadapan, anggota polis dan tentera perlu kemukakan kad kuasa dan selain tawaran itu turut diberikan kepada pengamal media.
Jepun bukan terkenal sebagai sebuah negara yang mempunyai pelbagai pemandangan menarik, tetapi juga sebuah detinasi yang sangat fun dan happening.
Terbaru memperkenalkan Theme Park Super Mario. Theme Park Super Mario dibuka pada 4 Feb 2021 lalu.
Dan pastinya ramai yang main video game semasa zaman kanak kanak dahulu cukup sinonim dengan watak Super Mario ini.
Mulai tahun 2021 pelbagai golongan dan generasi peminat Super Mario akan dapat merasai pengalaman baru dengan kewujudan Theme Park Super Mario ini.
Ia merupakan sebahagian daripada theme park Universal Studio Japan. Attraction seperti Bower’s castle pasti akan menggamit memori mereka yang pernah bermain game Super Mario.
Jadi apa lagi, lepas pintu sempadan sudah dibuka nanti, apa kita sama-sama merasai keseronokan Theme Park Super Mario ini.
Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) secara pentadbiran di 28 mukim di Kota Setar bermula 11 September 2020 tiada kaitan dengan Pulau Langkawi yang turut mengamalkan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang tinggi.
Oleh itu, pengunjung yang berhasrat ke Pulau Langkawi tidak perlu risau akan faktor perintah kawalan terbabit kerana tidak melibatkan pulau lagenda ini yang berstatus hijau.
Langkawi kekal sebagai zon hijau COVID-19, justeru pelancong tidak perlu risau untuk ke pulau peranginan ini, kata Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) Dr Hezri Adnan. Menurutnya usaha LADA dan pemain industri untuk menarik pelawat ke pulau peranginan itu selepas kerajaan membenarkan pergerakan rentas negeri mula menunjukkan hasil dengan kira-kira 82,000 orang mengunjungi Langkawi pada Jun 2020.
"Pada Julai jumlah meningkat kepada 189,000 dan kita lihat trend yang sama pada Ogos, namun pelaksanaan PKPD sedikit-sebanyak menjejaskan usaha yang dilakukan mungkin kerana ada kekhuatiran dalam kalangan pelancong. Ini tidak benar, aktiviti pelancongan di Langkawi masih berjalan seperti biasa, kita berada dalam zon hijau tidak harus ada kegusaran atau risau dalam kalangan pengunjung untuk datang ke Langkawi. Oleh itu, saya nak mengajak pengunjung yang bercadang untuk melancong ke Langkawi terus datang ke sini, kita selamat and it’s fun to be here," katanya.
image via google | Sumber: Bernama
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Seorang pemandu pelancong warga Malaysia adalah antara terkorban akibat COVID-19 di Thailand
Lelaki berumur 55 tahun dari Kelantan itu meninggal dunia pada 14 April 2020 di sebuah hospital di Bangkok.
Jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 (CCSA), Thaweesilp Wissanuyothin berkata, lelaki berkenaan mempunyai sejarah perjalanan ke Georgia, sebuah negeri di bawah bekas Soviet dari 13 hingga 19 Mac dan seorang daripada kumpulan pelancong yang diikutinya itu dijangkiti COVID-19.
Lelaki rakyat Malaysia berkenaan jatuh sakit pada 21 Mac dan mendapatkan rawatan di hospital pada 29 Mac serta kemudian disahkan positif COVID-19. Keadaannya didapati semakin merosot selepas dua minggu. Isteri lelaki tersebut juga disahkan positif COVID-19.