Jika anda nak merasa percutian menarik di Sabah, inilah masanya! Mungkin sebelum ini anda biasa pergi tempat yang ramai orang dan biasanya akan melawat pulau-pulau di negeri itu.
Antara lokasi pulau percutian yang sering mendapat perhatian ramai adalah di sekitar kawasan Sipadan, Sibuan, Mataking dan Semporna.
@travelmora Indahnya Pantai Kelambu, Kudat, Sabah. Menariknya pantai bersambung dengan sebuah pulau melalui beting pasir. Warna air laut di sini sangat jernih dan kebiru-biruan. Paling best, pantai ni tak crowded! #kudat #sabah #beach #sabahan #sabahantiktokers #sabahancrew_fams #sabahantiktok #borneo #travel #fyp #sarawaktiktok #pantaikelambu #sabahtravel #sarawakiangirl @sabahtourism ♬ Langit – travelmora
Haa… memang banyak tempat menarik di Sabah tetapi inilah keindahan Pantai Kelambu yang kurang dikenali di Kudat.
Bagi mereka yang ingin berada di tanah besar, pantai Simpang Mengayau adalah tempat yang sesuai untuk pengunjung pantai yang ingin menikmati pantai pasir putih, kejernihan air biru dan pemandangan yang tenang.
Seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Rider Chris telah pun berkongsi tempat menarik tersembunyi di Sabah.
Paling penting, disini juga banyak port yang menarik untuk korang ber’OOTD’. Sudah tentu gambar korang akan menjadi lebih cantik dengan pemandangan semula jadi di persisiran pantai.
Hanya kira-kira 2 kilometer dari pantai ini, korang boleh menjejaki northernmost point di Pulau Borneo dan berada di sempadan terdekat antara Filipina dan Malaysia sambil melihat pemandangan panorama Laut China Selatan dan Laut Sulu.
Terdapat banyak chalet, kafe, restoran, tandas awam dan tempat ini juga menjadi antara lokasi melihat matahari terbenam yang sangat indah. Penting untuk korang tahu juga, di kawasan ini juga hanya transaksi tunai diterima kerana liputan internet yang terhad. Jadi, bawa wang tunai siap-siap ya.
Cantikkan tempat tersembunyi ini? Sementara lokasi ini masih tidak dikunjungi ramai lagi, eloklah sekiranya korang bertandang ke sini dulu.
Selamat bercuti.
Kredit video: travelmora