Dah hampir hujung tahun, pasti ramai yang dah merencana untuk percutian bersama keluarga, yang tersayang atau teman-teman baik. Sempena itu, tiket.com dan Antis, Sanitizer Tangan No. 1 di Indonesia bekerjasama memperkenalkan program “Percutian Lebih Selamat dengan tiket.com x Antis” yang boleh dinikmati oleh pelancong yang ingin melancong ke Malaysia, Singapura, Thailand, dan Vietnam.
Program tersebut telah diperkenalkan dalam satu majlis yang diadakan pada hari Jumaat, 2 Disember 2022 di M Resort & Hotel, Kuala Lumpur, Malaysia. Melalui program ini, tiket.com dan Antis ingin memastikan pelanggan mereka mendapat percutian yang selesa dengan menyediakan kit penjagaan diri, yang boleh menjadi penyelesaian sehenti untuk kesihatan.
Kit penjagaan diri ini tersedia secara percuma kepada setiap pelanggan yang menempah penginapan hotel melalui tiket.com dan diedarkan semasa daftar masuk di hotel masing-masing.
Awin Sirait, Ketua Pemasaran Kumpulan Enesis menyatakan bahawa ini bukan kali pertama tiket.com dan Antis bekerjasama dalam memberikan perlindungan tambahan kepada pelanggan.
“Kami perhatikan peningkatan trend orang melancong, bukan sahaja dalam negara tetapi juga antarabangsa, jadi kami meluaskan kerjasama ini ke negara-negara
sekitar Indonesia yang sering dikunjungi pelancong domestik,” jelasnya.
“Peningkatan bilangan orang yang melancong adalah baik untuk pemulihan ekonomi dan pelancongan, jadi ia mesti disokong sementara masih mempertimbangkan kesihatan pelanggan, untuk mengelakkan peningkatan kes.
“Kami sertakan Antis dalam kit penjagaan diri yang disediakan, yang sudah dipercayai oleh pelanggan sebagai pembersih tangan yang berkesan yang membunuh 99% kuman dalam 4 saat,” tambahnya.
Sara Elorza Susanto, AVP Perniagaan Antarabangsa tiket.com, menjelaskan, “Di tiket.com, kami sentiasa memberi perhatian kepada trend serta keperluan masyarakat dari segi pengembaraan dan pelancongan. Pada masa ini, keadaan pandemik yang semakin baik dan pembukaan akses ke pelbagai negara, minat untuk bercuti ke luar negara semakin meningkat dan Malaysia, Singapura, Thailand, dan Vietnam adalah sebahagian daripada destinasi kegemaran rakyat Indonesia.
“Kami di tiket.com sentiasa berusaha untuk memberikan lebih banyak faedah untuk pelanggan kami, kerjasama kami dengan Antis bertujuan untuk menambah rasa selamat dan selesa apabila menikmati percutian terutama di luar negara.”
Program ini dijangka dapat meningkatkan kesedaran jenama tiket.com dan Antis di kalangan hotel antarabangsa. Kerjasama antara Antis dan tiket.com telah terjalin sejak awal pandemik, termasuk kempen TIKETCLEANxANTIS dan Program Ganjaran Long Stay & VACcation.
Tiket.com merupakan Online Travel Agent (OTA) yang sudah beroperasi sejak tahun 2011. Ia merupakan salah satu syarikat pelancongan dalam talian terbesar dan komprehensif di Indonesia. Tiket.com menawarkan perkhidmatan seperti pembelian tiket penerbangan, tiket keretapi, tempahan hotel, kereta sewa dan keperluan percutian lain. Manakala Antis pula merupakan Sanitizer tangan No.1 dan telah menjadi produk terlaris masyarakat Indonesia yang telah wujud sejad tahun 1999 dan selama 20 tahun di Indonesia.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI